Tuesday, July 30, 2013

Beli online lagi??

Ini 2 bulan lepas punya order. Sebab pre-order makanya hari ni baru sampai. Beli sebab tertarik dengan iklan budak korea yang cantik tu. Untuk selamat belikan saiz 4 tahun takut kononya2 tak muat sbb biasa beli baju dia kecik. tapi kali ni memang ikut saiz budak biasa. jadi seluar besar sikit ngan dhiya. baju dah OK. dan materialnya juga oke. tukar plan. boleh pakai untuk raya juga. so, baju raya dhiya kiranya dah cukup lah. cuma kena fikir pasal seluar. nak teruskan pakai seluar ni atau belikan legging. mama prefer dhiya pakai legging compare ngan seluar ni sebab kalau labuh dan meleret senang kotor. papa............nak kena g kedai lagi beli legging. hahaha! 




Ini model bajet hot gayakan baju baru. siap hari2 minta pakai sandal baru dalam umah. sebijik perangai mama masa kecik2 dulu. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. ye tak? 


Alhamdullilah atas rezki dariMu ya Allah.

ps: saya beli online di SINI


Sunday, July 28, 2013

Shopping raya done!

Alkisahnya semalam ke masjid jamek lah kita. pergi dengan lrt sebab sudah tahu kalau pergi dengan kete pusing2 cari parking dan end up balik macam tu je sebab sume parking sudah full. dhiya amani pula rancangnya tak nak bawa sebab dah tahu condition kat sana macam mana. ketuk2 rumah bs dhiya tak buka2 pintu rupa2nya bila telefon cakap dia masuk wad. tukar plan. bawa dhiya sekali. suka gler dia dapat naik train. biasa tengok je train. oh ye! mama pernah bawa dia naik sekali hari tu. tapi kali ni happynya lain macam sikit sebab papa ada sama. 

tujuan utama nak beli baju raya ngan selipar raya dhiya dan t-shirt ngan baju melayu papa. oke itu je sebenarnya matlamat. tapi ndak mengharungi lautan manusia memang penat. dhiya amani siap cakap2 lagi "mama panas mama", "panas mama" wah risau2 takut anak tak cukup oxygen terus keluar dari crowd tu bagi dia minum air ngan makan roti pastu misi bersambung lagi. dhiya amani ni dia behave je kalau bawak g mana2. cumanya dia kan kecik lagi kalau nak suh dia jalan sendiri mengharungi lautan manusia tu mahu kena pijak dek orang pula dia. jadi kami take turn dukung. nasib bek mama cuti (P) kalau tak tak tahu lah macam mana. 

dua2 orang tu balik terus flat tido smpai dekat nak berbuka baru bangun. 

oke nak citer ni. wakaka. baju melayu papa beli kat jakel. ala yang aaron aziz tu lah. mamanya punya gler papa pula ikut aje. tu pun sebab harga masih dalam bajet lagi. kalau tak memang tak beli juga. mula2 masuk tengok harga sume mahal rm200 plus2, rm300 plu2... pastu masa nak keluar tu ada orang jakel tu kata pilih2 kami bagi diskaun kaw2 punya. berapa? rm150. okes jadi untuk memilih. masuk balik. dalam duk try2 tu tetiba dia kata happy hour untuk bahagian yang kami pilih tu hanya rm140. makanya rm140 sahaja lah harganya. dapat free gift sampin, butang ngan sampul duit raya. kira berbaloi juga kot. sebab biasa memang beli kain baju melayu papa kat jakel dalam rm60 upah jahit rm80. kira oke le tu. papa bukannya selalu melaram.


untuk full set nanti raya baru boleh tayang. kalau tak basi =)

baju dhiya ngan t-shirt papa beli kat sogo. sogo penuh gler orang. sampai nak balik naik lrt bandaraya memang tahap bergesel pipi dah ngan org lain. nak beli tiket kemain susah. barisan panjang gler. dinasihatkan untuk yang nak g sogo ngan lrt sila lah beli tiket pergi balik siap2...

sandal dhiya beli kt bata. alih2 naik sogo ada yang lagi murah. okelah. dah terbeli awal kan.

itu sahaja. sekian terima kasih =)

Saturday, July 27, 2013

Penangan Shopping Online

Saya ni kata je jual tupperware lah, vantage lah, apa2 je lah. tapi menyoping nye kuat juga. ye lah, kalau shopping kat internet ni takde halangan. cuma halangannya kalau takde duit dalam bank. kalau ada bila2 masa dan di mana jua pun boleh. 

dalam sebulan ada lah 2 3 4 kali posmen datang hantar parcel. mungkin posmen dah aim rumah ni lah selalu ada parcel. beli barang online pokcik... hehe! 

tapiiiinya kalau beli online ada pro and cons dia. 

pro
1. senang semuanya dihujung jari. 
2. tak payah nak consider duit minyak bagai, duit tambang bas atau tambang lrt juga tak payah. 
3. tak payah nak merengek susahkan husband nak ke situ ke sini semata2 nak beli sehelai tudung

cons
1. kena bayar sendiri kos pos
2. kadang2 warna dalam gambar tak sama dengan warna actual product...sob! sob! 
3. kadang2 material dalam gambar nampak oke. bila dapat (oh! kalau ada depan mata benda ni memang tak beli) dush2!! 

tapi apa2 pun serious saya memang suka beli online ni. tapi ingatnya nak bawak2 berpijak di bumi yang nyata dah pasni sebab syok membeli online akan menjadi sad ending bila barang yang dipegang tak sama dengan barang yang di harap. 

disebabkan dengan habit shopping online ni lah makanya dengan ini baju dan keperluan raya mama sumenya sudah cukup (complete set)

yang tak menariknya dhiya amani dan papa takde baju raya lgi. sebabnya baju papa tak boleh beli online. baju dhiya pula ada jugak pernah beli online tapi untuk pakai hari2 je. kalau baju raya dhiya mama kena pegang2 dulu baru boleh beli. 

makanya ke masjid jamek lah kita esk. hopefully boleh settlekan sume pakaian papa ngan dhiya untuk raya ni. malas mahu pergi sana banyak kali. 




Thursday, July 25, 2013

Raya, Kenduri & Homestay

Kebiasaannya kenduri kendara akan diadakan pada musim perayaan. Jadi kepada yang mahu ke Kelantan terutamanya sekitar Machang dan tidak tahu mana nak tinggal boleh lah ke homestay kami.

Homestay 1




Homestay 2


Saturday, July 20, 2013

Saya sudah berdaftar dengan BEM sebagai Graduate Engineer

Sebenarnya ini agak terlambat. tapi pepatah ada mengatakan "better late than never" =P 
Ini adalah atas sokongan kawan saya kat uni. before this (masa kerja) macam takde orang bgtau pun pasal register2 ni. dan diri sendiri pun tak aware dan takde inisiatif sendiri untuk explore. End up 2009 grad 2013 baru terhegeh2 nak register. 


kenapa perlu register?
mungkin boleh baca kat sini untuk keterangan lanjut

Untuk kawan2 yang mahu daftar:

1. boleh ke website BEM 
2. pilih graduate engineer
3. isi borang
4. upload semua yang berkaitan
5. buat pembayaran untuk fees dan pemprosesan bank in/online transfer/atau ada pilihan lain lagi.
6. complete application online
7. hantar hardcopy juga beserta sume dokumen2 yang dikehendaki.

Tunggu dalam 6 bulan untuk application complete. Untuk kes saya dalam dua bulan plus2 sahaja.

Tuesday, July 16, 2013

Pemanggang Vantage: Out Of Stock

Salam semua. 
Pemanggang vantage sudah out of stock. 
Tetapi kami masih lagi menerima tempahan untuk PRE-ORDER. 
InsyaAllah lepas raya dapat barang. 
Tempahan di buka sehingga hari raya.

Sebarang pertanyaan boleh 
mesej/call/whatsapp saya
019-9885546 (eira/anis)

Saturday, July 13, 2013

Part 2: Gambaran awal..

Sepenuh tekad, sebulat suara. saya tidak mahu lagi apply apa2 kerja selepas kerja kedua. kali ini saya mesti ikut apa yang saya mahu buat. saya apply master by research. sebab saya mahu jadi full time student. sebab saya bayangkan buat research master lebih kurang sama ngan kerja saya dulu masa jadi chemist. yerp lebih kurang sama. yang bezanya dulu tak payah publish paper. 

tapi ambaran awal saya tentang "master by research" adalah hampir salah kesemuanya. 

ianya tidaklah sesenang semasa buat lab masa matrik. itu senang sangat lah der~~~ hahaha! lucu pula bila ingat masa awal2 dulu. 

ianya tidaklah semudah baca journal, tengok method, run experiment, tulis paper dan publish. jika kebenaran ini terjadi semestinya sudah tentu baaaaanyaklah orang yang nak sambung master ni. 

yang obviousnya sepanjang saya sambung ni saya belajar beberapa perkara:

1. kebolehan membuat keputusan dengan cepat dan tepat - ini sangat penting, mungkin sama macam dunia pekerjaan juga kot. sebagai contoh: kalau tengah nak run analysis tiba machine pop up benda lain instead of apa yang kita expect so, time2 tu juga kena decide yes or no. proceed or not. pilihan tu mestilah  kena menyelamatkan data dan tak merosakkan equipment. get me or not. sebenarnya banyak lagi contoh lain tapi ini je yang mampu tulis. tapi kebolehan ni sangat berguna dan mesti ada dalam diri pelajar master or phD. 

2. kebolehan mentafsir journal - kadang2 apa yang kita paham dengan apa yang journal maksudkan adalah lain. dah baca seploh kali pun tetap tafsirkan benda yang salah. end up lab pun salah result pun salah. salah sapa? salah diri sendiri. so, be carefull. jangan main baca je terus proceed. 

3. kena komited - kalau kena baca journal means baca, bukannya baca ngan main fb. pastu baca main benda lain pula. ini susah nak ubah sebab takde orang jaga. takde cikgu nak marah. sv bilik dia jauh tak tahu kita buat apa. hati mesti tegar. jiwa takleh kacau. 

untuk setakat ni itu je dulu...bersambung lagi?


Part 1: kenapa tak terus sambung belajar masa abes degree dulu?

Biasalah, setelah sekian lama belajar dan dengar orang memperihalkan dunia pekerjaan yang indah2 belaka. tak sabar rsanya diri ini untuk menceburkan diri dalam dunia pekerjaan. dalam hati ada juga nak sambung belajar tapi hold dulu sebab banyak sangat fikir pasal kerja & duit. 

Alhamdullilah saya dapat kerja sebagai research chemist di salah satu company sarung tangan. tapi kerja saya yang sebenarnya hanyalah tidak ubah seperti technician. pada awalnya saya tak kisah. tapi hanya untuk 3 bulan pertama sahaja saya rasakan saya ada belajar benda baru. selepas itu apa yang saya buat hanyalah repetition dan saya sudah tahu apa yang bakal saya buat pada keesokan harinya. dengan kata lain sudah menjadi rutin. tak payah fikir apa2 buat sahaja seperti hari sebelum2 nya. 

konon2 nya saya ni suka kan cabaran dan kerja itu mula tidak challenging bagi saya. walaubagaimanapun saya masih boleh maafkan lagi sehingga kepada satu titik dimana setelah menghampiri 2 tahun saya bekerja saya tidak lagi diberikan kerja sebagai technician malah lebih bawah lagi technician. kerja tu sangat boring dan saya boleh tidur dan bekerja dalam masa yang sama. note: saya memang suka tidur pon. nampak tak betapa kerja itu sangat senang?

bukan saya tak bersyukur dengan kerja itu, tapi bila saya lihat diri saya sepuluh atau 20 tahun lagi jika saya terus bekerja itu adakah saya masih duduk disitu dan buat kerja yang sama atau sekiraya saya mahu tukar kerja apakah yang akan saya kabarkan kepada company baru tentang pengalaman saya. untuk mewar2kan lebih saya tidak berpengalaman dalam job scope yang lain. yang saya tahu hanya buat itu sahaja. 

dengan nekad sebulat hati saya quit. 

company kedua. saya suka dengan job scope yang dibagi pada saya. memang saya minat buat kerja tu. memang itu kerja impian saya. saya fikir dengan kerja itu saya boleh pergi jauh. tapi ada sesuatu yang buatkan saya tidak betah disitu dan saya quit juga. kali ni tak lama hanya 4 bulan. 

dan sesungguhnya kedua2 pengalaman kerja tersebut cukup bermakna bagi saya. 

saya tak menyesal bekerja dulu sebelum sambung belajar. cukup lah 2 company tersebut untuk saya gambarkan tentang dunia pekerjaan. walaupun bukan semua mungkin minoriti yang macam tu. sekurang2nya dengan pengalaman itu saya menjadi lebih dewasa. 








Friday, July 12, 2013

Salam ramadhan Al-mubarak

kiranya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat 
menyambut ramadhan almubarak. moga ramadhan kali ini kita lebih baik 
dari ramadhan sebelum2 nya. 


Sunday, July 7, 2013

Macam mana boleh tak perasan.???

Hahaha! hari ni keje stalk FB orang je. nape? dah takde keje ke? kata multitasking housewife. dalam2 stalk FB pun dah siap masak, basuh kain ngan basuh pinggan. wakakaka! jangan nak bangga sangat. pinggan bukannya banyak sangat pun. kain pun bukannya banyak sangat. masak pun untuk dhiya & mama saja. palingggg simple. cuma yang masih tertangguh lipat kain je. lipat kain take time sikit jadi lepas stalk FB orang baru lipat....wakakaka!

dan yang paling terkejut ko dah kawen bro? takde angin takde ribut ko dah kawen. atau mungkin aku je yang tak tahu. and this entri kalau ko nak tahu aku dedicate kat ko. antara ko sedar atau tak. tapi lebih baik ko tak sedar pun. tapi macam mana aku leh tak perasan ni. mungkin aku bukak fb pun duk berniaga je. jadi aku lupa nak stalk kawan2 sendiri. 

tu pun aku nampak kawan aku like fb wife ko. eh ni ko ke? hahahaha padahal nama dah ada kat situ kan? lagi mahu tanya ka. apa2 pun tahniah bro. i am happy for u. 




Saturday, July 6, 2013

Burger bakar

Alkisah sekarang ni burger bakar glamor lah pulak kan. jadinya banyak blog pun update pasal burger bakar. kalau tak terliur bukan anis lah namanya tu. pertama kali makan burger bakar kat wangsa maju. masa tu tak tahu nama kedai tu apa. tapi memang best. 

pastu baca blog pasal abang burn. mula2 da beli kat um masa diorang buka booth tapi beli meatball saja. macam muak sikit. 10 biji makan kongsi-kongsi. dek kerana pengaruuuuuh iklan sangat kan ajak husband ke taman dagang ampang tapi tetap muak juga. mungkin saya je kot yang rasa macam tu sebab kedai tu macam penuh je siap beratur lagi. dan makan tak abes...kesian burger tu mesti dia nanges sebab saya makan tak abes. 

pastu baru2 ni baru tahu yang saya makan kat wangsa maju tu adalah rawang burger bakar. merajinkan diri search cawangan dia. rupa2nya ada pula kat bandar sri permaisuri dekat JPJ. lalu agaklah husband pergi lagi. kuat betul makan. tak pelik lah kannnnnnnnnnn makin gomuks. okes. yang ni kena ngan taste saya. ehem..! tapi makan tak abes juga sebab dhiya spoil mood mama. burger mama punya buat macam burger dia. end up mama da takde selera nak abeskan. bungkus bawa balik umah. 

mungkinnnnn lama lagi baru boleh makan burger bakar. sebab burger bakar daging dia teballll sangat... ! 




Friday, July 5, 2013

pendidikan PERCUMA

entahlah dalam banyak2 isu isu ni saya terasa macam nak buat entri kat blog ni. sebelum pape ni hanya pendapat saya saja. takde nak salahkan sapa nak betulkan sapa. cuma sometimes we have to change the way we think of something or change our perspective toward anything. 

dalam kita duk kecoh2 pasal pendidikan percuma yang entah bila kita boleh dapat selain penat bercakap dan merungut apa kata kita berehat sebentar dan cuba berfikir. yerp! di kalangan orang yang kena bayar yuran untuk pendidikan macam mana aku tak nak bayar? yes, the way we think sometimes can give us a lot of benefits. (ada s ke takde s tak tahu lah malas pula nak google) =P

sebagai contoh, saya tak nak amik orang lain saya amik contoh diri sendiri lah. 

sepanjang saya belajar dari tadika, pra-sekolah, sekolah rendah, menengah and list goes on ...

seingat2 saya we (my parent) only pay for my school fees during my tadika, pra dan sekolah rendah je. 

alhamdulillah sekolah menengah saya dapat biasiswa sejak dari ting 1 hingga ting 5. rm50 sebulan. saya tak guna duit tu. makan guna duit parent bagi. jadi duit tu bila awal tahun sudah jadi rm300. so gunalah duit tu untuk bayar yuran. tak ingat cukup ke tak kalau tak cukup parent topup kot. kalau kena topup pun dah kurang banyakkan disitu. dengan biasiswa tu juga saya bayar untuk tuisyen fee kat KB masa cuti. (oh, masa form 4 sudah naik sikit jadi rm100 sebulan)

bila abes sekolah tamat tingkatan 5 duit tu masih lagi berbagi rm400. dengan duit tu juga saya buat belajar kelas english kt UiTM. oke abes bab sekolah menengah. 

saya dapat masuk matrik MARA. alhamdullillah, saya dapat rm50 sebulan lagi. plus makan 6 kali sehari. yuran kena bayar sendiri ke tak saya tak ingat, ke kena bayar sendiri dulu pastu dia bagi balik...  tapi kadang2 duit rm50 tu pun tak abes guna. 

bila masuk uni juga saya dapat biasiswa boleh ubah, kiranya ikut pointer lah. kalau pointer tinggi bayar sikit je. kalau rendah maka kena bayar banyaklah. memandangkan result sy tak de lah elok mana maka saya kena bayar juga sikit rm7k out of rm70k +++. for me not bad at all. dah orang bagi pinjam rm70k tapi mintak rm7k je. sapa nak bagi. ???

dan saya dengar kawan2 dalam kes lain yang pinjam PTPTN kalau dapat first class tak payah bayar langsung equal to FREE. tapi anak melayu banyak manalah yang dapat kan? pastu duk bising2 cakap nak itu ini percuma. oke saya admit saya pun bukan dari kalangan first class. tapi kita kena pilih nak belajar elok2 ke nak bising. So, kalau tak belajar elok2 lebih baik duk diam2 dan bayar saja. 

kalau taknak PTPTN sebab dah tahu kena bayar boleh pilih JPA. JPA tentu2 biasiswa memang tak payah bayar. tapi dengar kata bond dengan kerajaan. pasal bond ni saya tak nak cakap lebih2 sebab saya tak amik JPA. yang pastinya keyword nya FREE bukan?

alternative lain masih ada. sebenarnya banyak lagi senarai biasiswa lain yang ditawarkan tidak kiralah dari badan2 kerajaan, syarikat swasta ataupun mana2 badan yang nak bagi biasiswa. pandai2 lah cari opportunity dan apply. 

untuk yang nak sambung master atau PhD. mungkin ramai yang tak tahu. banyak juga opsyen untuk membebaskan diri dari bayar yuran ni. 

dalam kes saya saya apply mymaster dari KPT. kementerian pengajian tinggi. bagi mymaster KPT bayarkan yuran saja. duit elaun sara diri pandai2 cari. Jadi RA ke. tapi hanya untuk 2 tahun je jadi kena abeskan dalam masa dua tahun kalau tak nak kluarkan duit dari poket sendiri. chaiyok2 anis chaiyok2 =)

untuk yang nak sambung PhD pula, boleh apply myPhD yang ni lagi menarik dibayar yuran dan diberi elaun sara diri rm2k +++ sebulan. 

atau pun kalau tak nak yang tu ada banyak juga senarai biasiswa untuk post grad. yang penting apply and perform well masa interview insyaAllah dapat. 

paling menarik minta SLAB SLAI. benda menarik tentu2 susah sikit nak dapat. tertakluk pada uni masing2 syarat2 nya. lain uni lain syaratnya. yang ni dah lah tak payah bayar pastu ditawarkan keje kat uni tu pula. tapi pape pun mesti ada pro and con. 

PENDEK KATA.

adik2 belajar lah betul2 supaya orang nampak potensi yang ada dalam diri anda dan insyaAllah pendidikan PERCUMA itu milik anda. jangan pandai duk merungut dan membebel saja. last2 apa pun tak dapat. 

semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. tiada niat lain selain itu. 

wassalam. 



Monday, July 1, 2013

Pertama kali beli kain langsir....

tak tipu...! pertama kali ni membeli kain langsir yang belum siap jahit lagi atau erti kata lain masih kain lagi...haha explanation macam orang tak tahu kan! excited punya pasal. 

yelah. masa mula2 kawen dulu beli yang sudah siap tapi paling murah kat kedai. kalau tak silap sekeping rm15. jarang yang amat. tapi beli je lah sebab bajet ngam2 untuk yang tu je. asalkan adooo..

then pindah masuk kem ni, banyak pula tingkap yang nak kena guna langsir. jadi rasa mcam langsir yang jarang tu sudah tak seswai. jadi beli yang second hand pula. second hand? malas pula nak explain macam mana belinya. huhu! 

jadi start duk umah ni sekitar november 2010. jadi sudah hampir 3 tahun di sini. oh, hari tu masa SOGO sale beli 2 keping siap jahit untuk letak dekat ruang tamu rm35 kot offer masa tu. then yang bahagian lain guna je lah yang second hand saja. 


alkisah bermula terbaca pasal langsir2 ni kat blog kak moon. dah banyak kali juga terbaca pasal sarah hughes globe kat blog kak moon. kalau pergi sebut secret code. ngeh2...maka dapat lah less. even masa tu dah ada less. akan ada less lagi. sebagai contoh kalau sudah less 50% jadi kalau cakap secret code tu dapat lagi 50% less on top of that.. sound good. tapi kaaaaaaaaann hendak dijadikan cerita last minute hari tu. terbaca bila sebut secret code tu makanya akan dapat rm10 je semeter untuk apa2 jenis kain. tapiiii for unlimited time only. dari kul 12 tgh hr hingga kul 4 ptg sahaja hari ahad hari tu. terus teruja nak beli dan dengan semangatnya ajak kak ipar g sama. memang berbaloi2. sebab kalau nak beli more than rm10 untuk semeter kain rasa mahal kot sebab bukan rumah sendiri pun lagi. nanti2 kalau ada rezki ada rumah sendiri kena beli yang lain pula kannnn.. apa2 pun memang puas hati hari tu. btw, sekarang untuk yang less 50% masih ada lagi sehingga ramadhan kalau tak silap. untuk keterangan lanjut leh jenguk blog kak moon. 

thankssss akak. hari tu hajat di hati nak bergambar tapi tetiba malu pulaks.. jadi takdelah gambar nya ='(

nak tengok ke kainnya...hehe! 


mula2 terbekenan yang corak daun purple ni. tapi alih2 beli yang lain


yang ni pun oke tapi kain macam keras sikit. dah basuh oke kot. 


ini day curtain kot kan. almaklumlah tak tahu sangat term2 ni. belasah aje...


ada baaaanyak sume rm10 je permeter tapi hari tu je. 

p/sss rasa dewasa pula g shopping kain langsir. walaupun belinya tak ler banyak mana. 


maka inilah yang saya beli. cantik tak? sila lah cakap cantik. wakaka. yang corak kotak2 tu untuk dalam bilik. rm5 sahaja semeter... 

okelah nanti sudah siap saya update lagi before ngan after k. day curtain pon ada beli tapi luuuupaaaaaa pula nak amik gambar. so ini je lah k.