Friday, July 5, 2013

pendidikan PERCUMA

entahlah dalam banyak2 isu isu ni saya terasa macam nak buat entri kat blog ni. sebelum pape ni hanya pendapat saya saja. takde nak salahkan sapa nak betulkan sapa. cuma sometimes we have to change the way we think of something or change our perspective toward anything. 

dalam kita duk kecoh2 pasal pendidikan percuma yang entah bila kita boleh dapat selain penat bercakap dan merungut apa kata kita berehat sebentar dan cuba berfikir. yerp! di kalangan orang yang kena bayar yuran untuk pendidikan macam mana aku tak nak bayar? yes, the way we think sometimes can give us a lot of benefits. (ada s ke takde s tak tahu lah malas pula nak google) =P

sebagai contoh, saya tak nak amik orang lain saya amik contoh diri sendiri lah. 

sepanjang saya belajar dari tadika, pra-sekolah, sekolah rendah, menengah and list goes on ...

seingat2 saya we (my parent) only pay for my school fees during my tadika, pra dan sekolah rendah je. 

alhamdulillah sekolah menengah saya dapat biasiswa sejak dari ting 1 hingga ting 5. rm50 sebulan. saya tak guna duit tu. makan guna duit parent bagi. jadi duit tu bila awal tahun sudah jadi rm300. so gunalah duit tu untuk bayar yuran. tak ingat cukup ke tak kalau tak cukup parent topup kot. kalau kena topup pun dah kurang banyakkan disitu. dengan biasiswa tu juga saya bayar untuk tuisyen fee kat KB masa cuti. (oh, masa form 4 sudah naik sikit jadi rm100 sebulan)

bila abes sekolah tamat tingkatan 5 duit tu masih lagi berbagi rm400. dengan duit tu juga saya buat belajar kelas english kt UiTM. oke abes bab sekolah menengah. 

saya dapat masuk matrik MARA. alhamdullillah, saya dapat rm50 sebulan lagi. plus makan 6 kali sehari. yuran kena bayar sendiri ke tak saya tak ingat, ke kena bayar sendiri dulu pastu dia bagi balik...  tapi kadang2 duit rm50 tu pun tak abes guna. 

bila masuk uni juga saya dapat biasiswa boleh ubah, kiranya ikut pointer lah. kalau pointer tinggi bayar sikit je. kalau rendah maka kena bayar banyaklah. memandangkan result sy tak de lah elok mana maka saya kena bayar juga sikit rm7k out of rm70k +++. for me not bad at all. dah orang bagi pinjam rm70k tapi mintak rm7k je. sapa nak bagi. ???

dan saya dengar kawan2 dalam kes lain yang pinjam PTPTN kalau dapat first class tak payah bayar langsung equal to FREE. tapi anak melayu banyak manalah yang dapat kan? pastu duk bising2 cakap nak itu ini percuma. oke saya admit saya pun bukan dari kalangan first class. tapi kita kena pilih nak belajar elok2 ke nak bising. So, kalau tak belajar elok2 lebih baik duk diam2 dan bayar saja. 

kalau taknak PTPTN sebab dah tahu kena bayar boleh pilih JPA. JPA tentu2 biasiswa memang tak payah bayar. tapi dengar kata bond dengan kerajaan. pasal bond ni saya tak nak cakap lebih2 sebab saya tak amik JPA. yang pastinya keyword nya FREE bukan?

alternative lain masih ada. sebenarnya banyak lagi senarai biasiswa lain yang ditawarkan tidak kiralah dari badan2 kerajaan, syarikat swasta ataupun mana2 badan yang nak bagi biasiswa. pandai2 lah cari opportunity dan apply. 

untuk yang nak sambung master atau PhD. mungkin ramai yang tak tahu. banyak juga opsyen untuk membebaskan diri dari bayar yuran ni. 

dalam kes saya saya apply mymaster dari KPT. kementerian pengajian tinggi. bagi mymaster KPT bayarkan yuran saja. duit elaun sara diri pandai2 cari. Jadi RA ke. tapi hanya untuk 2 tahun je jadi kena abeskan dalam masa dua tahun kalau tak nak kluarkan duit dari poket sendiri. chaiyok2 anis chaiyok2 =)

untuk yang nak sambung PhD pula, boleh apply myPhD yang ni lagi menarik dibayar yuran dan diberi elaun sara diri rm2k +++ sebulan. 

atau pun kalau tak nak yang tu ada banyak juga senarai biasiswa untuk post grad. yang penting apply and perform well masa interview insyaAllah dapat. 

paling menarik minta SLAB SLAI. benda menarik tentu2 susah sikit nak dapat. tertakluk pada uni masing2 syarat2 nya. lain uni lain syaratnya. yang ni dah lah tak payah bayar pastu ditawarkan keje kat uni tu pula. tapi pape pun mesti ada pro and con. 

PENDEK KATA.

adik2 belajar lah betul2 supaya orang nampak potensi yang ada dalam diri anda dan insyaAllah pendidikan PERCUMA itu milik anda. jangan pandai duk merungut dan membebel saja. last2 apa pun tak dapat. 

semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. tiada niat lain selain itu. 

wassalam. 



5 comments:

Kakzakie said...

Utk yg pangkat adik-adik pada eira ye. Memang kakak pun dah berlalu jauh semua ini..

Knor said...

muda2 lgi org melayu dah berhutang....pinjam ptptn..yg pandai2 bolehlh mara bagi..ada juga yg lingkup...yg pandai taklah pandai mana.belajar sampai phd kawin dgn mat saleh..tinggal pulak kat sana..sudahnya jadi surirumah..

tapi org melayu mudah lupa bila dah pandai....kerja kat luar negara..sini mana ada standard.tambahlah bangsa lain..ya lah diorg ni bijak2..tapi nak masuk univ kat sini mmg susah,masuklah kolej..kan di dahulukan bumiputera..dendam kesumat le..

melalut dh knor ni..rezeki masing2..yg penting belajar bkn utk nak jadi doktor atau sebgainya..itu nak mkn gaji..tapi belajar utk jadi cerdik..kerja cari kita nnti..kalu tak jadilah mcm kawin dgn mat saleh tu..

ada dua org kak ipar saya duk luar negara..dpt biasiswa tau masa belajar ..sudahnya..bantu bangsa lain..

eira eixora said...

insyaAllah kak. moga ianya berguna untuk generasi yang baru2 ni

Knor said...

knor ada komen beberapa kali kat sini..

tak masuk ke komen knor...

eira eixora said...

tak masuk knor,. mesej ni je yg masuk