Saturday, July 27, 2013

Penangan Shopping Online

Saya ni kata je jual tupperware lah, vantage lah, apa2 je lah. tapi menyoping nye kuat juga. ye lah, kalau shopping kat internet ni takde halangan. cuma halangannya kalau takde duit dalam bank. kalau ada bila2 masa dan di mana jua pun boleh. 

dalam sebulan ada lah 2 3 4 kali posmen datang hantar parcel. mungkin posmen dah aim rumah ni lah selalu ada parcel. beli barang online pokcik... hehe! 

tapiiiinya kalau beli online ada pro and cons dia. 

pro
1. senang semuanya dihujung jari. 
2. tak payah nak consider duit minyak bagai, duit tambang bas atau tambang lrt juga tak payah. 
3. tak payah nak merengek susahkan husband nak ke situ ke sini semata2 nak beli sehelai tudung

cons
1. kena bayar sendiri kos pos
2. kadang2 warna dalam gambar tak sama dengan warna actual product...sob! sob! 
3. kadang2 material dalam gambar nampak oke. bila dapat (oh! kalau ada depan mata benda ni memang tak beli) dush2!! 

tapi apa2 pun serious saya memang suka beli online ni. tapi ingatnya nak bawak2 berpijak di bumi yang nyata dah pasni sebab syok membeli online akan menjadi sad ending bila barang yang dipegang tak sama dengan barang yang di harap. 

disebabkan dengan habit shopping online ni lah makanya dengan ini baju dan keperluan raya mama sumenya sudah cukup (complete set)

yang tak menariknya dhiya amani dan papa takde baju raya lgi. sebabnya baju papa tak boleh beli online. baju dhiya pula ada jugak pernah beli online tapi untuk pakai hari2 je. kalau baju raya dhiya mama kena pegang2 dulu baru boleh beli. 

makanya ke masjid jamek lah kita esk. hopefully boleh settlekan sume pakaian papa ngan dhiya untuk raya ni. malas mahu pergi sana banyak kali. 




No comments: