Saturday, July 13, 2013

Part 2: Gambaran awal..

Sepenuh tekad, sebulat suara. saya tidak mahu lagi apply apa2 kerja selepas kerja kedua. kali ini saya mesti ikut apa yang saya mahu buat. saya apply master by research. sebab saya mahu jadi full time student. sebab saya bayangkan buat research master lebih kurang sama ngan kerja saya dulu masa jadi chemist. yerp lebih kurang sama. yang bezanya dulu tak payah publish paper. 

tapi ambaran awal saya tentang "master by research" adalah hampir salah kesemuanya. 

ianya tidaklah sesenang semasa buat lab masa matrik. itu senang sangat lah der~~~ hahaha! lucu pula bila ingat masa awal2 dulu. 

ianya tidaklah semudah baca journal, tengok method, run experiment, tulis paper dan publish. jika kebenaran ini terjadi semestinya sudah tentu baaaaanyaklah orang yang nak sambung master ni. 

yang obviousnya sepanjang saya sambung ni saya belajar beberapa perkara:

1. kebolehan membuat keputusan dengan cepat dan tepat - ini sangat penting, mungkin sama macam dunia pekerjaan juga kot. sebagai contoh: kalau tengah nak run analysis tiba machine pop up benda lain instead of apa yang kita expect so, time2 tu juga kena decide yes or no. proceed or not. pilihan tu mestilah  kena menyelamatkan data dan tak merosakkan equipment. get me or not. sebenarnya banyak lagi contoh lain tapi ini je yang mampu tulis. tapi kebolehan ni sangat berguna dan mesti ada dalam diri pelajar master or phD. 

2. kebolehan mentafsir journal - kadang2 apa yang kita paham dengan apa yang journal maksudkan adalah lain. dah baca seploh kali pun tetap tafsirkan benda yang salah. end up lab pun salah result pun salah. salah sapa? salah diri sendiri. so, be carefull. jangan main baca je terus proceed. 

3. kena komited - kalau kena baca journal means baca, bukannya baca ngan main fb. pastu baca main benda lain pula. ini susah nak ubah sebab takde orang jaga. takde cikgu nak marah. sv bilik dia jauh tak tahu kita buat apa. hati mesti tegar. jiwa takleh kacau. 

untuk setakat ni itu je dulu...bersambung lagi?


1 comment:

nurbijen said...

yg nombor 3 tu saya sokong 100%... tapi mak ai, susahnya la nak fokus... huhuhu, pikiran asyik melayang jer...