Saturday, July 6, 2013

Burger bakar

Alkisah sekarang ni burger bakar glamor lah pulak kan. jadinya banyak blog pun update pasal burger bakar. kalau tak terliur bukan anis lah namanya tu. pertama kali makan burger bakar kat wangsa maju. masa tu tak tahu nama kedai tu apa. tapi memang best. 

pastu baca blog pasal abang burn. mula2 da beli kat um masa diorang buka booth tapi beli meatball saja. macam muak sikit. 10 biji makan kongsi-kongsi. dek kerana pengaruuuuuh iklan sangat kan ajak husband ke taman dagang ampang tapi tetap muak juga. mungkin saya je kot yang rasa macam tu sebab kedai tu macam penuh je siap beratur lagi. dan makan tak abes...kesian burger tu mesti dia nanges sebab saya makan tak abes. 

pastu baru2 ni baru tahu yang saya makan kat wangsa maju tu adalah rawang burger bakar. merajinkan diri search cawangan dia. rupa2nya ada pula kat bandar sri permaisuri dekat JPJ. lalu agaklah husband pergi lagi. kuat betul makan. tak pelik lah kannnnnnnnnnn makin gomuks. okes. yang ni kena ngan taste saya. ehem..! tapi makan tak abes juga sebab dhiya spoil mood mama. burger mama punya buat macam burger dia. end up mama da takde selera nak abeskan. bungkus bawa balik umah. 

mungkinnnnn lama lagi baru boleh makan burger bakar. sebab burger bakar daging dia teballll sangat... ! 




2 comments:

Knor said...

tak pernah rasa lagi burger bakar ni...

eira eixora said...

rawang burger bakar ni boleh try kak. sedap