Thursday, January 30, 2014

Sentul park

Lepas baca entri kak nohas pasal sentul park. Terus toinkkk dapat idea ajak husband bawa dhiya amani g main basikal sana. Okes biarlah gambar berbicara =)


 Budak gembira dapat main basikal. Tapi sebenarnya baru pandai kayuh separuh.


Kerusi unik sebab sekali tengok bukan macam kerusi.










Gambar mama kena ada satu sebagai bukti mama ada juga dalam cerita ni. 




 Dhiya Amani tanya. Kenapa kura-kura tak makan fish.. haha!
Sebab dia nampak rukun je dua kategori haiwan ni duk dalam air.

Wednesday, January 29, 2014

Usahlah terlalu negatif

Hari tu tertengok satu entri di blog mana saya dah lupa. Tapi dari tulisan itu kebanyakkan apa yang dilakukan oleh kawan-kawan di facebook dikatakan riak. Bagi pendapat saya personally riak adalah berdasarkan niat orang yang upload tu. Kita tak tahu niat dia. Jadi kalau dia upload tengok je lah. Kalau kita yang upload confirm kita tahu apa niat kita bukan?

Ada yang kata bila upload gambar anak tiap-tiap hari macam dia sorang je ada anak

Biar lah dia. Kita pun kadang-kadang excited juga duk upload gambar anak kita kan. Bila anak pandai buat sesuatu yang baru. Niat di hati hanya mahu kongsi kegembiraan dengan kawan-kawan saja sebenarnya. 

Kalau dalam jem amik gambar kete depan pastu teramik gambar stereng kete. Kalau toyota ke, nissan ke riak. Kalau proton tak riak.

Hahaha! Ni lawak. Manala tahu kan termasuk je ke logo kat stereng kete tu. Kalau saya amik gambar mesti orang kata tak riak sebab saya guna viva ajer.. 

Kalau pergi hospital check in kat spital swasta macam Prince Court ke riak. Kalau hospital gomen tak riak pula. 

Ni pun lebih kurang lawak juga lah kekdahnya.




Ada banyak lagi lah yang diperbincangkan. Saya rasa kalau kita terlalu negatif sampai itu tak boleh ini tak boleh mesti ada something wrong ngan diri sendiri or better tutup akaun facebook dan duk diam-diam kat rumah. Sebab diri sendiri ajer yang betul dan orang lain sume salah. 

Walau apa-apa pun kita juga kena hati-hati bila nak upload sesuatu berkaitan dengan keselamatan diri, keluarga dan anak-anak. Takut nanti dalam nak berseronok kongsi itu ini ada sesuatu yang kita terpaksa pertaruhkan. Peringatan untuk diri sendiri juga. 

 







Tuesday, January 28, 2014

Saya telah 'unsubscribe' dua benda

Iklan kerja kosong

Sejak beberapa tahun yang lalu email asyik penuh je dengan iklan kerja kosong yang dulunya saya subscribe macam jenjobs, jobdb dan apa jenis job lagi sumenya saya subscribe dulu-dulu. Tapi buat masa ni saya hold dulu untuk subscribe seme ni. 

Sale, warehouse, jualan gudang

Ini pun saya dah unsubscribe. Sebabnya macam mahu kurangkan boros. Beli mana yang perlu sahaja.

Monday, January 27, 2014

Mahu kembali jadi ulat buku

Sebenarnya sudah lama tinggalkan hobi ini kerana tagline hari ini semua dihujung jari. Tapi walau bagaimana hebat pun kuasa internet sekarang ini buku tetap releven dan menjadi pilihan ramai orang. 

Maklumat di dalam buku biasanya rijid dan tidak boleh diubah-ubah. Proses nak buat buku pula susah. Lepas screening, screening kan. Jadi maklumat dalam buku mungkin lagi boleh diterima pakai dari maklumat dalam internet yang bila hari ni tulis, tekan publish dan seluruh dunia tahu tentang apa yang ditulis tu. Boleh percaya juga sumber dari internet tapi kena banyak buat perbandingan pro and con dia.


Sunday, January 26, 2014

Bila berkawan dengan orang yang positif

Saya tengok ramai orang yang positif berjaya dalam hidup mereka. Salah satu dari mereka yang kita semua dapat tengok dan kenal melalui kaca tv adalah prof muhaya. Beliau sangat positifkan orangnya. Bila baca tulisannya pun sama. 

Dan ada lagi mereka yang sentiasa menjadi sumber inspirasi saya. 

Kebanyakannya saya follow mereka di facebook. Membaca update mereka setiap hari dapat membuka minda dan memberi aura positif kepada diri ini untuk sentiasa berubah dan mencapai apa yang diimpikan. 

Ada yang saya baca dari buku-buku yang saya beli lately ni. Untuk review satu-satu amik masa, sebab sume buku saya jump baca. Excited! =) punya pasal. 

Percayalah tips kejayaan mereka adalah sangat mudah. Saya cuba kongi apa yang saya dapat rumuskan. Moga-moga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Selalu senyum

Mungkin part ni susah sikit nak follow kan. Tapi percayalah dengan senyum segala masalah kita seolah-olah hilang pergi di bawa angin lalu. Saya nak explain dari segi saintific saya tak berapa pandai. Tapi cubalah senyum dan tengok resultnya. 

Sentiasa yakin dengan apa yang kita mahu

Mesti setkan target. Apa yang kita nak. Dan buang segala ragu-ragu yang bermain di fikiran. Bila set target. Rangka apa yang mesti di buat dan amik tindakan. Kalau boleh tulis dan tengok tiap-tiap hari. InsyaAllah. Dengan keizinan Allah s.w.t kita berjaya dapat apa yang kita impikan. 

Sentiasa percaya rezeki adalah dari Allah s.w.t

Jangan bersedih dengan apa yang kita dapat hari ni kerana Allah s.w.t telah rancangkan sesuatu untuk kita. Sekiranya sekarang masih belum dapat apa yang kita mahu itu bukan bermakna kita gagal. Cuma mungkin masih ada usaha-usaha kita yang belum sampai untuk mencapai matlamat tersebut. Atau mungkin impian kita tidak sesuai dengan diri kita dan Allah s.w.t gantikan dengan yang lebih baik lagi. InsyaAllah. Ingatlah perancangan Allah s.w.t adalah perancangan yang paling baik dari segala perancangan. 

Semoga entri ini memberi manfaat untuk kita semua. Kalau nak tambah point pun boleh juga. Sharing is caring. Tul tak?




Monday, January 20, 2014

MpH online

Saya telah terbeli 3 biji buku dari MPHonline..

1. Ulu Yam di Liverpool

2. Dari Tanjung Malim ke KLCC

3. Bahagia & Membahagiakan: Kaedah Transformasi Minda

InsyaAllah bila buku dah sampai dan saya dah baca saya akan review kat sini. Sume buku yang saya beli ni mendapat feedback yang baik dari orang ramai. Semoga ia bermanfaat untuk saya juga.

Sunday, January 19, 2014

Mi segera


Tengoklah apa yang terkandung dalam mi segera. Saya sebenarnya tak fanatik sangat pasal mi segera ni. Makan tu makan juga lah. Sebab bila makan kena makan benda lain lagi. Macam tak kenyang pun ada juga. Sekali tengok gambar ni jadi macam oh no! kat dapur ada satu bungkus lagi. Sapa nak makan? =P

Dulu masa pregnant Dhiya Amani saya langsung tak makan mi segera, junk food ngan air bikarbonat. Sebab tu bila saya dengar orang bagi dhiya amani makan mi segera saya rasa macam marah. huhu! 

Oleh itu, jomlah kita kurangkan makan mi segera atau delete terus dari kamus hidup kita =)


Saturday, January 18, 2014

Kita bermula dari payah..

Tadi semasa buka email, tiba-tiba ternampak email lama. Email masa saya tengah study kat Uni. Tentang report project yang kami kena buat masa final year. 

Kalau ada orang bertanya susah tak belajar di UTP? Sudah tentu tak senang. Bila fikir-fikir balik saya sendiri pun tak tahu apa yang saya lakukan sampai saya boleh lulus masa belajar di sana. 

Ingat lagi masa saya mahu sambung belajar di matrikulasi. Saya dapat pandangan yang sangat negatif dari seorang kawan. Katanya matrik sangat susah. Ramai orang yang terkandas. Lebih baik naik tingkatan enam amik sastera. Namun sume itu saya dengar je tak simpan di hati. 

Sekarang, saya rasa master ni payah sangat. Saya tak tahu nak abeskan macam mana. Tak sabar suatu hari nanti tiba masa yang mana saya akan kata. Oh! master tak susah sangat. Awak pasti boleh lakukan dengan baik. Jika ada orang bertanya saya.

Friday, January 17, 2014

Apakah itu dropship?

Hari tu saya terbaca kat facebook. Ada yang bertanya pasal dropship.

Situasi:
Sesiapa yang mahu untuk cuba bidang perniagaan tetapi tiada modal. Dropship boleh lah dijadikan sebagai langkah permulaan.

Ciri-ciri dropship
1. Perniagaan dimulakan tanpa sebarang modal.
2. Tanpa risiko barang tak abes.
3. Keuntungan 100% untuk diri sendiri.
4. Tidak perlu ada gudang yang besar untuk simpan stok yang banyak.
5. Tidak perlu bekerja.
6. Tidak perlu pos barang.

Jadi, siapakah yang buat kerja-kerja di atas. Itu semua adalah tugas supplier barang yang kita jual barang tu. Tugas kita hanyalah promote tentang barang-barang mereka sahaja.

Supplier sudah tetapkan harga barang jualan untuk dia tolak kepada kita.
Sebagai contoh, dia tolak kat kita pada harga rm5. Terpulang pada kita untuk jual pada harga rm10, rm15 atau rm20.
Biasanya kos pos adalah dipihak pembeli.
Kita hanya perlu transfer pada supplier rm5 + postage untuk supplier. Jumlah selebihnya adalah untung runcit kita.

Namun, sekiranya mahu berniaga secara dropship. Ada beberapa perkara perlu di ambil kira.

1. Kalau boleh jadi pelanggan supplier tu dulu. Tengok macam mana dia pack barang ngan pos barang pada kita. Sebabnya itu sume adalah reputasi kita sebagai seller. buyer hanya kenal kita sebagai seller, mereka tidak tahu sapa supplier barang tersebut. Jadi yang ni memang kena make sure betul-betul. 

2. Selalu update supplier tentang barang yang kita order. Kalau-kalau mereke lupa nak pos barang pada customer kita.

Wednesday, January 15, 2014

Cara naikkan like di facebook page

Bila kita buat facebook page untuk tujuan berniaga maka mestilah kita mahu naikkan bilangan orang yang like. Sebabnya orang yang like tu adalah sebenarnya potential customer kita =)

Jadi ramailah yang amik kesempatan untuk mengenakan bayaran untuk beri like. Sebagai contoh 1000 like, rm45.

Malam ni saya nak kongi cara senang untuk naikkan facebook page like tanpa perlu bayar apa-apa.

1. Mula-mula anda hendaklah klik pada WEBSITE ini.

2. Klik pada registration yang dalam petak biru tu.


3. Isi registration form dan klik sign up.


4. Add facebook page atau instashop kita dengan klik pada button Add Site/Page macam dalam petak biru.


5. Isi maklumat facebook atau instashop kat dalam petak biru. Tekan save changes.


6. Untuk tengok detail pada site yang dah di add tekan pada button My Sites. 


7. FB page kita hanya akan dilike jika CPC kita mencukupi. Kalau kita set CPC 10 macam gambar di atas jadi points kita mesti kena lebih dari 10. Setiap kali ada yang klik setiap kali tu points akan ditolak 10. Untuk tambah points kena like page orang lain. Tekan button Facebook Likes macam dalam petak biru seperti gambar di bawah.


Selamat mencuba..! Ini WEBSITE nya ye...


Saturday, January 4, 2014

Tips beli telefon

Ya Allah sebetulnya saya bersedih sejak malam tadi sehingga ke saat saya tulis ni saya belum makan nasi lagi. tak selera.

Kronologi cerita

1. Lepas magrib malam tadi husband ajak nak g beli phone saya kat The Mines.
2. Pergi sampai2 dah kul 9. Kedai tutup kul 10. Beli dalam keadaan tergesa..
3. Balik-balik check phone saya AP set. (SEDIH YA AMAT ALLAH SAJA YANG TAHU)
4. Saya terus tukar simcard ke tel lama.
5. Simpan dalam kotak terus tanpa charge yang 6 jam tu
6. Biasa saya senang menangis. Tapi hingga saat saya menulis ni saya belum menitikkan setitis air mata pun. Dalam hati memang bengkek......................

SELLER SAID
Original set berkali-kali... kalau dia Islam memang dia berdosa teruk sebab dia tipu saya. Tapi sebab dia cina. Huhuhu!

Saya jenis tak tahu telefon tu original ke, AP ke, cina ke

Pastu bila balik saya godek-godek phone rupanya tu tel dari Cina AP set.
Hancus hati saya. Hari ni memang nak g cari dia seller tu. Tapi sebab husband kerja. Saya terpaksa tunggu husband balik dulu. Dan semoga Allah tolong saya kuat untuk berhadapan dengan  ca ya nun alif tu. geramnya hanya saya je yang tahu.

Husband cakap mungkin tukar phone je boleh. amik duit balik memang tak boleh lah.

Masa kat kedai tu sy duk ingat code apa yang kena guna untuk cek IMEI. Tapi sampai sudah tak ingat.
Rupanya code tu adalah *#06#, rupanya IMEI tu pun ada tulis kt kotak. (sah phone saya tel cina)
Nanti akan keluar no banyak2...

contoh

123456108978

no 7 dan 8 akan tentukan negara mana telefon tu berasal.

kalau 00 atau 03 atau 04 dari kilang asal (tiptop quality)
kalau 01 atau 10 - original set (good quality)
kalau 02 atau 20 - cina (low class quality)

plus kalau original set. IMEI no kat bawah tempat bateri akan sama ngan IMEI yang dia letak kat kotak phone. Siap la cha ya nun alif tu malaam ni. tolong lah..

yang lagi geram memang dia tulis AP set kat kotak. mengapalah bodoh sangat saya ni. huhu! apa dia ingat dia nak berniaga sehari je ke kat situ. dia ingat saya takleh g lagi ke malam ni jumpa dia.

tolonglah kepada yang berniaga jangan tipu orang. kalau tak ori cakap tak ori. kalau ori cakap ori.... biasa saya baca orang lain je terkena. ni saya sendiri yang kena.

mungkin Allah duga saya sebab Allah tahu saya kuat. dan Allah nak saya makin dekat ngan dia. Berikanlah kekuatan pada aku ya Allah.

walaupun telefon saya tak sampai ribu riban. tapi part menipu tu bagi saya unaccepted. very rude punye orang keje menipu. kita ni nak dapat duit rm100 pun susah dia senang2 je keje tipu orang.. tunggu..! jap lagi husband saya balik..