Friday, January 17, 2014

Apakah itu dropship?

Hari tu saya terbaca kat facebook. Ada yang bertanya pasal dropship.

Situasi:
Sesiapa yang mahu untuk cuba bidang perniagaan tetapi tiada modal. Dropship boleh lah dijadikan sebagai langkah permulaan.

Ciri-ciri dropship
1. Perniagaan dimulakan tanpa sebarang modal.
2. Tanpa risiko barang tak abes.
3. Keuntungan 100% untuk diri sendiri.
4. Tidak perlu ada gudang yang besar untuk simpan stok yang banyak.
5. Tidak perlu bekerja.
6. Tidak perlu pos barang.

Jadi, siapakah yang buat kerja-kerja di atas. Itu semua adalah tugas supplier barang yang kita jual barang tu. Tugas kita hanyalah promote tentang barang-barang mereka sahaja.

Supplier sudah tetapkan harga barang jualan untuk dia tolak kepada kita.
Sebagai contoh, dia tolak kat kita pada harga rm5. Terpulang pada kita untuk jual pada harga rm10, rm15 atau rm20.
Biasanya kos pos adalah dipihak pembeli.
Kita hanya perlu transfer pada supplier rm5 + postage untuk supplier. Jumlah selebihnya adalah untung runcit kita.

Namun, sekiranya mahu berniaga secara dropship. Ada beberapa perkara perlu di ambil kira.

1. Kalau boleh jadi pelanggan supplier tu dulu. Tengok macam mana dia pack barang ngan pos barang pada kita. Sebabnya itu sume adalah reputasi kita sebagai seller. buyer hanya kenal kita sebagai seller, mereka tidak tahu sapa supplier barang tersebut. Jadi yang ni memang kena make sure betul-betul. 

2. Selalu update supplier tentang barang yang kita order. Kalau-kalau mereke lupa nak pos barang pada customer kita.

2 comments:

Queen Teratai said...

hehehe.. sya sedang buka pengambilan agen dropship.. ;)

eira eixora said...

saya baru je usya2 blog awak =)