Sunday, January 26, 2014

Bila berkawan dengan orang yang positif

Saya tengok ramai orang yang positif berjaya dalam hidup mereka. Salah satu dari mereka yang kita semua dapat tengok dan kenal melalui kaca tv adalah prof muhaya. Beliau sangat positifkan orangnya. Bila baca tulisannya pun sama. 

Dan ada lagi mereka yang sentiasa menjadi sumber inspirasi saya. 

Kebanyakannya saya follow mereka di facebook. Membaca update mereka setiap hari dapat membuka minda dan memberi aura positif kepada diri ini untuk sentiasa berubah dan mencapai apa yang diimpikan. 

Ada yang saya baca dari buku-buku yang saya beli lately ni. Untuk review satu-satu amik masa, sebab sume buku saya jump baca. Excited! =) punya pasal. 

Percayalah tips kejayaan mereka adalah sangat mudah. Saya cuba kongi apa yang saya dapat rumuskan. Moga-moga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Selalu senyum

Mungkin part ni susah sikit nak follow kan. Tapi percayalah dengan senyum segala masalah kita seolah-olah hilang pergi di bawa angin lalu. Saya nak explain dari segi saintific saya tak berapa pandai. Tapi cubalah senyum dan tengok resultnya. 

Sentiasa yakin dengan apa yang kita mahu

Mesti setkan target. Apa yang kita nak. Dan buang segala ragu-ragu yang bermain di fikiran. Bila set target. Rangka apa yang mesti di buat dan amik tindakan. Kalau boleh tulis dan tengok tiap-tiap hari. InsyaAllah. Dengan keizinan Allah s.w.t kita berjaya dapat apa yang kita impikan. 

Sentiasa percaya rezeki adalah dari Allah s.w.t

Jangan bersedih dengan apa yang kita dapat hari ni kerana Allah s.w.t telah rancangkan sesuatu untuk kita. Sekiranya sekarang masih belum dapat apa yang kita mahu itu bukan bermakna kita gagal. Cuma mungkin masih ada usaha-usaha kita yang belum sampai untuk mencapai matlamat tersebut. Atau mungkin impian kita tidak sesuai dengan diri kita dan Allah s.w.t gantikan dengan yang lebih baik lagi. InsyaAllah. Ingatlah perancangan Allah s.w.t adalah perancangan yang paling baik dari segala perancangan. 

Semoga entri ini memberi manfaat untuk kita semua. Kalau nak tambah point pun boleh juga. Sharing is caring. Tul tak?




1 comment:

Knor said...

kena selalu buka telinga utk dgr kata2 positif..terapi minda..kiranya mcm ubat penenang gitu..