Thursday, November 6, 2014

Nama baby

Esok nampak gaya kena g UM gak. Sebab sampai ke petang gagal untuk tulis apa2. File thesis pun tak bukak2. Tapi ada hati nak sambung PhD. Nampaknya husband macam setuju je kalau nak sambung lagi =P Hari ni tak pergi sebab lift rosak. Malas nak panjat tingkat 9 guna tangga bila balik. Kalau masa turun oke lagi. Al maklum lah lift kat umah ni ada satu je. Kalau yang tu rosak maka naik tangga la jawab nya. Hopefully tak lamalah rosaknya. Boleh slim kalau tak. Sebab blok sebelah dah 2 minggu lift rosak. 

Memandangkan jantina baby dah nampak. Jadi macam2 nama yang dah bagi cadangan kat husband. Nampaknya dia dah suka satu nama tu. Tapi takleh reveal sekarang sebab takut tetiba nak letak nama lain ke kan. 

Satu je lah orang kelate ni. Susah nak letak nama sebab takut nanti orang panggil lain. 

Macam saya la, nama Anis tapi dipanggil Anih. Nak jugok lain kan walau satu huruf. Tapi oke lagi lah kalau nak compare ngan yang obvious tu. 

Oke kita bagi contoh lah. (Nama kawan masa kat sekolah dulu)

Nama Rozlan.. panggil Jile 
Nama Izudi, panggil Judi
Hafizul, dipanggil Jiju

Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi cukup lah contoh2 tu. Sebab tu saya seboleh2 kalau nak letak nama anak saya pilih yang susah orang nak twist nama tu. 

Macam dhiya setakat ni memang dipanggil dhiya. ada lah juga mekYa jarang-jarang. Tapi kebiasaannya memang dhiya. 

4 comments:

Vee Sandi said...

nama klu boleh yang ringkas tapi makna bagus . org dulu2 pesan bagi nama anak jgn panjang2 . nanti berat nak bawa ... nama panggilan klu blh guna nama penuh sbb tak nak maksud lari ...

Nurzakiah Hanum said...

macam2 kan

LYAfrina said...

y penting makna y bagus n xperlu meleret..paling pting senang sebut n eja jugak

eMMe said...

eh eira pregnant ek, baru prasan, ade baby gaga.com, heeee...