Saturday, November 1, 2014

Intai-intai baby

Hari tu kan ada pergi buat 2D scan. Tapi macam tak puas hati pulak sebab Dr nampak apa yang kita tak nampak. Ye lah 2D ni Dr kata kepala kita angguk je. Dia kata badan kita angguk juga. Begitu juga lah jantina. 

Makanya google2 terjumpa lah banyak review pasal ibu2 yang buat scan 3D ngan 4D kat klinik-klinik di Malaysia ni. Tapi bukan klinik tu yang buat. Freelancer yang buat. Jadi kena booking dulu kalau nak g scan. Tak boleh walk in. Ini website nya. http://3d-4d-scan-malaysia.com/ Dan dalam banyak2 sonographer yang paling famous adalah Ms Jezzlyn. Memang plan nak buat hari Sabtu kat Ampang. Sekali memang turn Ms Jezzlyn. Kira okelah. Kalau Ahad dia kat Shah Alam. Lagi jauh. 

Dia memang expert sebab dalam case saya ni dia tak cari lama pun kedudukan baby. Sekali letak je alat scan tu dah tahu baby duk mengiring. Pastu terus nampak muka. Dia cakap baby behave je dan sangat memberi kerjasama. Kitorang amik masa 10 minit je. Before kitorang masuk tu ada yang masuk 20 minit ada yang masuk 30 minit. Tapi takpelah lama ke kejap asalkan nampak baby dan baby sihat-sihat saja. Yang penting dapat gambar softcopy, video ngan printed punya muka baby. Dan it is comfirm, baby girl =) Kalau korang nak booking boleh ke link ini, 

Oh btw harga memang murah RM120 sahaja. Nanti untuk next baby kitorang nak buat yang ni terus bila 7 bulan. Sebab kalau buat 2D pun bila buat banyak kali jadi mahal juga. Macam kitorang pertama kali scan RM50, second time RM45 tapi hasilnya tak puas hati juga. Yang 3D 4D scan Malaysia ni kalau tak nampak muka memang dia tak akan caj. Berbaloi2. Memang recommended lah. 

Nak tengok gambar baby tak? =P

Hidung macam kakak dhiya

Siap bukak mulut lagi


4 comments:

Diana Rashid said...

Hari tu ada terbaca kat facebook ,ada sorang doktor ni kata daripada kita scan 2d,3d tu baik kita buat details scan.yang tu akan check tahap kesihatan baby sekali.baby ada masalah buah pinggang ke,apa2 je semua dia boleh kesan.tapi saya tak ingat la baca kat fb siapa.

eira eixora said...

Kat sini pun ada buat 2D detail scan RM150. InsyaAllah next time boleh bt detail scan juga.

LYAfrina said...

olor..cutenya baby... tersentuh hati..

eMMe said...

TGK TU...BABY EIRA SENANG TUNJUK MUKA..HAHAHA.. COMEL... BABY APE? AKAK PUN WAT APPOINTMENT ONLINE 2 NOV ARI TU... DAH TAU DAH JANTINA.. AKAK DPT GIRL LAGI KOT...