Ni gambar dhiya amani sempena hantar borang nak g sekolah. Muka masam tak leh blah. Dah suh senyum tetap masaaaam je. tapi kira nasib baik sebab dia tak nanges. Tu pun tokey kedai tu terpaksa snap banyak kali sebab nak dapatkan gambar yang paling cantik. dannnn...yang ni lah yang paling cantik tu.
alkisahnya hari tu kitorang terrrrlepas cakap dan tunjukkan lah dia sekolah kat2 rumah ni. ntah macam mana dia terus recognize kalau bangunan lebih kurang macam tu kira sekolah lah tu. abes sume sekolah yang dia tengok dia kata sekolah dia. so, mama papa iakan aje.
klimaksnya hari tu papa ngan mama bergilir cuti. mama keje weekdays, papa keje weekend. jadi macam seminggu tak hantar dhiya ke rumah babysitter. alih2 masa nak hantar tu tak nak g rumah bs. tapi nak g sekolah. makkkk aih. baru 2 tahun setengah nak g sekolah dah. mama dolu2 umur 5 tahun baru sekolah.
tapi biasalah mak pak dia excited juga bila dengar anak macam minat je kan nak g sekolah. teruslah mencari2 tadika yang cam best sikit kan. kat2 area sini ada lah little caliph. so masuklah kami bertanya serba sikit. tapiiii
a) pendaftaran untuk tahun depan sudah ditutup sebab dah full. menurut pengetua kat situ seorang cikgu ada had anak murid yang dia kena ada. so, memang takleh. biasa klu untuk next year punya sessi bulan 10 dah kena daftar.
b) budak 3 tahun dia tak amik. start 4 tahun baru boleh. tulah sapa suh kecik2 nak sekolah. ekekeke!
dannn....yuran bleh tahan. untuk sampai tengah hari rm250. kalau full day rm380. tapi exact waktu dia da lupa...untuk registration awal tahun dalam rm1k plus2. sooo, kalau dhiya amani nak belajar little caliph nanti2 mama papa memang kena simpan duit mula dari sekaranglah.
Tapi kalau ikut2, sekarang bayar pengasuh pun dah rm250. Macam tambah sikit je kan. Ke banyak? ngeh2..
kalau nak tahu lagi pasal little caliph ni boleh lah ke link2 di bawah ni k
atau google saje..
walaubagaimanapun masalah belum selesai...tinggg! tetiba dapat idea. teringat tadika permata negara. lepas discuss2 ngan papa ke permata negara lah kita. jumpa cikgu sume amik borang. cumanya permata negara ni syarat dia macam ketat sikit.
a) datang kul 7am balik kul 5.30pm takleh lebih. sebab lepas 5.30pm cikgu dah nak balik
b) mak/pak kena hadirkan diri ke sekolah selama 4 jam sebulan. dalam erti kata lain sejam seminggu. kalau tak anak leh kena terminate.
cumaaaaanyaaa yuran rm50 sajo sebulan... mungkin sebab subsidi kerajaan kot..
jadinya borang ke permata negara dah dihantar tunggu dia panggil je nanti. tapi base on kekosongan lah. kalau ada budak keluar baru dia panggil which is tak tahu bila.
harapnya budak yang nak sekolah tu tak nanges bila dah dihantar ke sekolah. dah janji siap2 ngan bs dhiya, kalau dhiya nanges ke tak tahan ngan sekolah tu nanti akan hantar balik umah bs tu. dia oke je.. alhamdullilah.
3 comments:
kanak2 mula nanges, lepas tu OK je..dah dapat kawan ramai..tapi tang nak bangun awal pagi tu ramai kanak-kanak liat sikit..
Hope Dhia enjoy pergi sekolah nnt yer :))
kiutnye gambar paspot Dhiya. :)
Post a Comment