Thursday, November 7, 2013

Nak bercerita pasal astro pula...

Saya tak tahu pengalaman orang lain tapi saya dah dapat call macam empatploh kali dah dari astro suh tukar dekoder baru. 

Alkisahnya macam ni. Astro kat kampung yang mak saya guna pakai nama saya. Astro kat KL ni pakai nama husband. So, orang astro ni asyiklah duk call saya suh tukar decoder. Tukar decoder free katanya tapi caj leh naik sampai 20 hinggit ke 40 hinggit. Saya cakap tak nak. Dia pun start lah dia punye bla bla bla bla.... Ingat lagi mula2 dulu india yang call. banyaaak kali juga dia call. mungkin dah give up ngan saya yang tak berubah2 juga pendirian ni. dikatanya decoder lama takleh terima signal la. decoder lama itu la ini lah. saya tengokkkk oke je mak saya guna. kalau lah dulu setahun lepas kalau saya tukar decoder tu dah kerugian berapa. 

let saya setahun = 12 bulan x 40 sebulan. tak ke 480. sebab tu lah saya berkeras tak nak tukar. channel yang mana ada tu pun dah lebih pada cukup. mak saya cakap bila sampai masa betul2 tak dapat channel baru lah tukar decoder baru. diorang cakap lagi nanti nak tukar baru kena caj. apa susah terminate je lah decoder lama. nanti bersepah je pemasangan astro ni percuma kannn? huhu teremo pulaks. 

sampai satu kali tu saya tanya pula saya je ke lagi yang tak tukar decoder. asyik call saya je. dia cakap ada la lagi kat mesia ni tak banyak dah. tak sampai seratus dah. saya cakap pergi lah call yang lain dulu saya belum mahu tukar lagi. susah lah kan macam ni. bila diorang upgrade ke hapa ke kena melibatkan kita. kalau nak upgrade tak naik harga takpelah juga. 

tetiba takde angin takde ribut dapat surat dari astro perkhidmatan yang sekarang dah pun naik harga tanpa tel ke hapa ke dlu. hhuhuu! surat kat bawah ni rumah kat KL punye. 


ini punye excluding 6% goverment tax tu. biasa saya terus bundar jadi 80ploh je sebulan. sebab kang tak cukup dipotong pula caj pemasangan semula dah rm20 sebulan. 

nak kata astro ni tak laku memang macam goreng pisang panas. tengok lah ni. ni blok bangunan rumah saya. sumeeee tingkat pun ada astro. 


nak terminate kang nak tengok. tak terminate kang begini pula jadinya.... 

9 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bersusun astro tu kat block tu Ira... rumah akak jer tak pasang astro en suami kata cukup ada yg lima tu.. itu pun tak tertengok hahahhah... redho jer lah isteri mithali ni :)

nurbijen said...

Macam pelik juga, decoder lama ok lagi tapi nak suruh kita tukar....
Astro nak untung lebih la tu....

Angah said...

macam-macam la astro ni...

Sura Mohd said...

memang pening ngan Astro ni..ikutkan hati memang tak nak pasang tapi kat umah akak ni kalau tak pasang tv tak leh tengok..tak terang..terpaksalah jugak..dlm terpaksa tu..seratus lebih jugak sebulan..huhuhu..
*minggu lepas pun ada diarang call..akak ckp tak berminat nak pasang yg baru..malas nak layan..:)

lieyalatif said...

lieya pun baru tukar minggu lepas ...dieorg dok call2 la punye psl....

Unknown said...

rumah zura x de astro.. sbbnye, rasa cam x de masa jer nak tgk channel tambahan kat astro tuh.. TV biasa pon x sempat tgk.. hehehehe

ummiross said...

Salam ukhwah eira..

Yelah kan, sakit hati juga kalau kena macam ni kan. Serba salah juga dibuatnya.

Mizz ErMa said...

hm, biasa la kak..nak buat sales punya pasal..hihihi

Cik Rose said...

Astro ni memang macam-macam .. tapi tu la, kalau nak stop astro, nanti nak tengok ape kan.. hihi. ada rancangan yang best jugak kadang-kadang , walaupun banyak ulangannya.. hihi