Okes sekarang saya nak citer sebagai side seller lah. Kalau saya jadi buyer pun mungkin saya kadang-kadang terbuat benda yang sama. Tapi pleaselah jangan melampau-lampau. Saya bagikan kepada beberapa kategori
Suka tawar harga mati-matian sampai seller rasa macam nak tutup kedai dah
Dah bagi harga murah nak juga harga murah lagi sampai tanya harga modal berapa. dah bagitau harga modal. nak lagi murah dari harga modal. okeslah pasni tak payah berniaga kita buat charity.
Dah bagi harga lelong mintak free postage pula
Kita duk lelong-lelong sekali FREE postage boleh tak SIS? Kalau dah harga lelong FREE postage pula nak makan apa?
Harga kawan-kawan
Ye saya agak tak setuju dengan harga kawan-kawan sebab strategi kita mestilah nak jual kat most trusted person dulu. Maksudnya kawan-kawan kita lah. Tapi dah kawan-kawan pun makan kawan sapa lagi kita nak harapkan. Tooool tak?
Tapi ada sorang kawan saya ni. Dia dah member tapi ngan orang lain. Biasa saya bagi harga member je kalau yang dah member sekali dia cakap takpe dia bayar harga katalog sebab dia cakap kesianlah kalau berniaga tapi takde untung. Serious dalam ramai-ramai saya jumpa sorang je macam tu. Dia lah. Semoga Allah murahkan rezeki dia.
So, sempena tahun baru 2014 antara azam saya, saya takmo dah jual tupperware lagi. Kalau ada yang nak kirim dan bayar duit pos tu bolehlah saya tolong beli. Tapi kalau nak simpan stok kat umah tu memang dah tak. Saya pun dalam proses clear kan stok yang mana masih berbaki lagi tu.
5 comments:
betul tu.kita kalau meniaga mesti nak untung sket.ni macam perumpamaan "dah bagi betis nak peha lak".
berniaga nih memang kena hadap macam2 kerenah pelanggan kan~
Berniaga kena kuat smgat..mmg begitulh mnusia ni..brg nk, nk hulur duit bt lmbt2 je...knor tk kena la, tapi org bwh knor yg kena...kesian nk bt mcm mana...last sekali, dia serik ..dh jual..kt org2 mcm tu..ada duit ada brg
.itu misi knor..
harga kawan-kawan tu yang lemah tu.. hihi.. kenal gitu gitu je kekadang, tapi bila kite meniaga, nak harga kawan-kawan.. oh camno tu.. hihi
pelanggan ni mcm2 peel nya..kdg2 seller kena 'hati kering' kalau dpt pelanggan mcm ni..
Post a Comment