Sunday, December 1, 2013

Cinta..


Okelah, seriously saya rasa macam dah upload gambar ni kat blog tapi tak jumpa kat mana. kalau dah upload maknanya ni citer ulang tayang. tapi takpe lah since mode rindu kan? =P 

Masa zaman sekolah dulu penuh suka dan duka. gambar ni di ambil masa darjah 6. dia dan kawan2 memang atlit. saya je tak sebab saya kaki bangku. main lah apa pun sume fail. Ini team bola sepak. team hoki pun rasanya muka sama je. dan saya sebenarnya takde kenangan mana ngan dia pasal game2 ni. dulu selalu rasa best nya kalau pandai main hoki ngan pandai nasyid. leh g jalan2 sekolah orang lain. dah memang takde bakat nak buat cam mano...

ada satu lagi gambar. tapi yang ni blur sikit.. masa darjah 3.. 


kah3. gambar ni sangat lucu. yang pompuan ada anak panah tu sayalah. yang laki2 tu dia. tak pernah terfikir jodoh saya adalah rakan sekelas. sekelumit secubis pun memang tak terlintas. tapi sebab dah jodohkan..

hak3,..saya dulu masa sekolah sombong plus bajet hot. kalau ngan kawan2 lelaki asyik nak cari gaduh je. takleh saalah sikit nak report kat cikgu. maklumlah anak cikgu. pernah sekali tu saya tolak kawan sampai dia pengsan. nervous tak hengat. kawan tu lelaki dia macam ada penyakit sikit. saya tak tahu. dh dia kacau saya apa lagi. kejadian tu masa darjah 3 lah. 

saya start sekolah kat sini amsa darjah 2. darjah 1 saya sekolah tempat lain. datang sini sebab ayah saya kena tukar sini. masa darjah 2 saya tak sekelas ngan dia. tak silap darjah 3 je sekelas. pastu 4 5 6 sume dah tak sekelas dah. 

masa sebelum darjah 6 saya tak recognize sangat dia. ni pun ingat sekelas ngan dia masa darjah 3 sebab ada gambar ni sebagai bukti. 

saya mula recognize dia masa darjah 6. sebab apa. sebab dia suka kacau saya. hahahaha! memang lucu tahap max. masa tu saya tak percaya langsung citer cinta budak darjah 6. baru umur 12 kot. bagi saya itu bukan cinta itu macam main2..senang citer bukan cinta tapi just perasaan suka pada opposite gender.  boleh...

sebab dia selalu sangat kacau saya kan saya jadi meluat ngan dia. sebab dia macam tak paham je yang saya menyampah ngan dia. asyik kim salam je. jumpa sapa pun nak berkirim salam bagai. sampai heboh di kalangan budak darjah 6 pasal saya ngan dia. which is not pun. saya memang takut nak lebih2 sebab ayah cikgu kat situ. kalau tahu memang nahas. plus pasal tadi lah saya tak percaya. kalau nak main2 baik tak payah dari awal. 

klimaksnya saya bergaduh ngan dia masa darjah 6 tu lah. sampai tahap tengok muka pun takleh. kawan2 pun memang sedia tahu lah citer kami ni. yang saya tak suka tu pun kawan2 tahu. pada saya bukan masalah langsung masa tu. dan memang bukan masalah pun. 

naik sekolah menengah saya dapat sekolah lain jauh dari kampung. dan kami tinggalkan sekolah dalam keadaan bergaduh. dalam hati memang tak nak baik dah ngan dia ni. 

satu hari masa saya balik cuti. saya terserempak ngan dia masa kat jalan. naik moto masa tu. dia rela patah balik amik jalan lain tak bagi berselisih ngan saya. punyalah berat penangan bergaduh kitorang tu. dalam hati eh mamat ni marah aku lagi ke. padahal dah beberapa tahun tinggalkan darjah 6. pun masa tu not a big deal bagi saya. kalau dia nak marah marahlah. 

kali kedua saya terserempak ngan dia masa lepas darjah 6 masa baru2 abes spm. saya ni bila dah naik sekolah menengah nak g mana2 saya g sorang2 je sebab malas nak susahkan orang lain macam keluar ke pekan bila cuti sekolah. saya ni banyak betul kerja nak kena g pekan macam fotostat ke, print ke. sebab kat kg kitorang langsung takde kemudahan macam tu. dulu2 punye cerita ni. sekarang macam dah ada. 

ok saya terserempak ngan dia dan sorang kawan lain. saya tegur kawan yang sorang tu. pastu dia diammmm je. ingatkan saya marah dia lagi kot. saya pula ringggannn je mulut g tanya dia benda. tak ingt apa. pastu dia tanya marah lagi ke. saya cakap taklah itu citer budak2.. lagipun dah lama. lepas terserempak tu saya tak fikir apa2 terus balik rumah. 

pas dapat result sume saya dapat matrik. pergilah matrik... pertama kali ada phone sendiri. ayah kasi adiah dapat masuk matrik. entah macam mana dia dapat no saya dari sepupu saya. apa lagi dia pun call la mesej lah which is sangat lah rimas..! saya rasa saya tak layan pun. tapi tatap juga berusaha gigih mesej saya. cantik sangat ke aku ni. ekekee! dalam hati jer.

pastu saya ke universiti pula. dapat lagi mesej dari dia. masa tu saya guna maxis dia guna celcom. bila saya tak reply mesej dia call tanya nape tak reply. saya men cakap je saya tak reply sume no celcom. sebab mahal. sebenarnya, saya tipu je. alih2 dia pergi tukar ke no maxis...ko mampu!. nak tak hendak saya terpaksa reply tu pun kadang2...! bila saya cakap saya takde kredit dia topupkan!... masa ni belum sampai tahap terharu lagi. saya guna kredit tu g tepon orang lain.............! kejam juga bila diingat balik. 

lepas2 tu dia selalu la telefon saya. kadang2 tu setengah jam dia tepon saya setengah jam juga saya marah2 dia. esok dia tel lagi saya marah2 lagi. sampai penat marah saya tanya dia awak tak penat ke hari2 dengar saya marah. apa dia cakap..takpelah sekurang2 leh dengar awak marah pun dah oke.....!! grrhh!. 

saya pun mulalah cari idea taknak bagi dia call saya lagi. sehingga lah satu hari tu bila dia call saya cakap saya sebenarnya dah ada boyfriend....bayangkan?/?// (oh sedih pula tetiba!) sebenarnya saya takde boyfriend pun saya tipu je. mulai hari tu dia dah tak mesej dan call saya lagi. tahu apa jadi? amannya sekejap je. lepas tu saya rasa macam something missing. yelah dia duk call hari2 tiba2 tak call. mesej pun tak kan. 

eh macam panjang sangat pula...kena buat sambungan ni. kalau saya rajin saya sambung...

BERSAMBUNG =P







2 comments:

Adriannasyaz said...

Best baca ceta cinta cenggini..dr zaman sekolah lg tu..sya bca abes2..nk tnggu sambungan ni...hehe

Mag said...

hahaha...betul la ore tuo kato, kecik2 jange baloh, kekgi besar kene nikoh =P