Tuesday, December 16, 2014

Aura penulisan

Okes ini mungkin lebih kepada bakat. Ada orang tak payah berhempas pulas memikirkan ayat-ayat yang power untuk menulis. Sebab apabila dia menulis terus terkeluar ayat-ayat yang kalau orang baca rasa nak baca lagi nak baca lagi. Ada pula yang berusaha untuk tulis yang hebat-hebat tapi hasilnya biasa-biasa sahaja. 

Jadi saya jatuh pada kategori mana? Hanya pembaca yang boleh menilai. Kalau diri sendiri menilai mestilah tulisan sendiri bestkan. Kitakan biasanya selfish. Kalau tak bila tengok cermin kita tak cakap pula dalam hati "cantik juga aku ni" hehe! 

Berbalik kepada tajuk, saya dengan tidak sengaja terfollow sorang FB kakak ni. Saya tengok dia update setiap hari. Banyak kali pula tu bukan sekali dua. Tapi kita suka nak baca tulisan dia. Tulisan dia mesti ada moral of the story. Walaupun pendek kadang-kadang sangat bermakna. Walaupun pendek penuh bermotivasi. Memang berbeza dengan orang lain. Apa yang dia tulis tu macam kita nak iye kannnn aje memanjang. Macam eh aku nak cakap macam ni lah sebenarnya tapi tak tahu nak tulis cam mana. Walau kadang-kadang maksud dia nak bagitau tu sama je ngan orang lain nak bagitau but the way she wrote sangat boleh diterima. Tak buat orang sentap dan so on. Korang pernah jumpa tak orang-orang yang macam ni? Mungkin dah gifted kot. 

Orang-orang macam ni kalau tulis buku laku ni. Saya pun ada cita-cita nak tulis buku. Eh! =)

4 comments:

Kayu Manis said...

byk idea dia tu... boleh tulis novel ke.. kn..
byk cita2 bgus juga...

eira eixora said...

knor boleh tulis buku resepi. nanti banyak dapat komisyen tu =)

nohas said...

memang ada orang berbakat dalam penulisan..suka baca lenggok bahasa, flowing mcm air sungai..

Kyla Hassan said...

memang ada orang gifted gitu..biase orangnya jenis out spoken..dan jujur

salam perkenalan :)
lawa blog awak..ada masa jenguk kita
http://mamasihatcantik.blogspot.com/

baru belajar menulis jugak :)