Monday, December 15, 2014

Cara kira dividen & bonus ASB

Sekarang dah bulan 12. Awal tahun depan mesti ramai yang dapat dividen ASB ni kan? Perasan tak bila kat TV announce tu dia ada 2 bahagian. Satu dividen dan satu lagi bonus.

Sumber gambar: google
Yang atas 7.75 tu dividen, yang 1.15 tu bonus.


Pengiraan untuk dua2 ni lain. Saya ada terjumpa blog yang ajar cara pengiraan dividen dan bonus ASB ni. 

KLIK SINI

Cara pengiraan dividen:

1 bulan / 12 bulan x Dividen ASB (%) x Baki terendah bulan tersebut

Berdasarkan formula di atas. Maksudnya pengiraan ASB ni ikut bulan-bulan bukan ikut tahun sekali gus. 

Contohnya, mula bulan 1. Pada 1/1/2014 akaun ASB kita kosong. Dan pada 15/1/2014 kita masukkan duit RM1000. Dividen dikira berdasarkan jumlah 0 tersebut sebab dia amik baki terendah bulan tersebut. 

Jadi, untuk dividen bagi duit RM1000 tadi akan dikira pada bulan Februari dengan syarat tiada pengeluaran dibuat. Sekiranya pengeluaran dibuat dan baki akaun pada bulan Februari adalah RM500 makanya dividen akan dikira berdasarkan RM500 tersebut. Ingat ia dikira berdasarkan baki terendah untuk bulan tersebut.

Sekiranya mahu memasukkan duit dalam akaun supaya dividen dikira pada bulan tersebut contohnya bulan 3. Duit mestilah dimasukkan pada akhir bulan 2 bukannya 1hb 3 sebabnya kalau dimasukkan pada 1hb 3 baki terendah telah dikira berdasarkan sebelum duit tersebut dimasukkan. *Mungkin sistem dah detect selepas pukul 12 tengah malam kot. 


Cara pengiraan bonus:

1 bulan / 120 bulan x Bonus ASB (%) x Baki terendah bulan tersebut

Perasan tak bonus selalunya macam sikit je kan. Sebab dia dikira dalam tempoh 10 tahun (iaitu 120 bulan) sebab tu bila lama simpan baru bonus jadi banyak. Ini tidak applicable untuk simpan pastu keluarkan balik. 

Oke. Untuk lebih faham boleh ke blog yang di linkkan tu k. 

Semoga bermanfaat. 



No comments: