Saya sebenarnya tak advance sangat pasal barangan berjenama ni. Sebabnya saya anak kampung. Dulu masa kecik-kecik makan KFC pun jarang-jarang. Pizza Hut ke MCD ke memang tak pernah lah. Lepas belajar kat Pasir Puteh, kemudian Kulim makin advance. Tahulah sikit-sikit. Tapi bila makan Pizza Hut ke mesti teringat kat adik-adik kat umah sebab diorang tak pernah makan benda-benda macam tu kan. Kakak mithali tak? =P Barangan berjenama masa tu langsung tak tahu menahu. Yang penting murah dan nampak cantik. Itu je. Kalau raya pun tak shopping sangat kat Mall. Biasa beli baju kat pasar malam je. Tapi masa tu really appreciate apa yang mak ayah bagi. Sampai berkali-kali try baju before raya.
Bila masuk UTP mula kenal baaanyak sikit. Baju diesel lah. Sandal vincci lah. Baju B.U.M lah. Haha lucu-lucu kalau ingat balik. Kiranya pakaian yang mampu milik lah bagi student.
Bila dah keje dah start berkenan beg Carlo Rino lah, oke itu je yang ingat.. Dan masa keje lah jugak terexpose dengan jenama kasut yang macam-macam, beg yang macam-macam dan jugak baju yang macam-macam. Ada jenama yang murah dan jenama yang mahal. Oke yang mahal setakat ni tak beli pun. Usha-usha je sampai sudah.
Memandangkan saya berasal dari kampung, jenama yang orang kebanyakan pakai, yang ramai rakyat marhein pakai tu tau lah sikit-sikit. Biasa bila tengok barang berjenama yang agak mahal atau bagi saya sangat mahal kadang-kadang saya tak perasan pun bahawa barang itu dibeli dengan harga ratusan malah ribuan ringgit. Ada orang sekilas tengok handbag sudah tahu jenama apa. Saya? kadang-kadang kena tengok berkali-kali baru tahu oooo mahal ke yang ni.
Sejak zaman social mediaaa membangun dengan sangat pesat ni tahu lah jugak yang bahawanya beg channel tu adalah berharga ribuan malah ada yang puluhan ribu ringgit. Yang kat pasar malam tu? Fake ye fake...huhu!.. Tahu juga pasal kasut Ferragamo yang bukan murah. Harga riban-riban. Dan terbaru sebiji stroller STOKKE melintas di depan mata. oh! tak pernah dengar nama stroller ni. Dalam hati, mungkin mahal ni!
Sebab setakat ni kami guna stroller MyDear je.
2 comments:
Akak pun sama dgn awak dik..dh kerja baru la tau barangan berjenama...mana yg mampu milik baru la boleh beli..x mampu x kisah pun...paling mhl akak pernah ada handbag Nine West dan Guess..beratus2 harganya..tgh fikir nk beli jenama apa utk majlis nikah tahun depan..huhu..
sis kenal brg jenama ni sejak pegang duit sendiri . Brg jenama ni selalunya thn lama . klu lama sgt guna n tgk , sis jadi jemu . now , sis x pentingkan jenama . yg ptg design menarik dan selesa . cepat rosak lagi bagus sbb blh beli rekaan yg baru ... heheheee ... kan fashion itu cepat berubah ...
Post a Comment