Sunday, March 20, 2016

Buat sikit2 insyaAllah ada hasilnya

Sejak Februari 2014, saya banyak mengikuti FB orang2 yang berkongsi tentang hartanah. Best, sebabnya kebanyakkan daripada diorang bermula dari bawah. Ada gaji kurang dari 2k mampu beli rumah banyak2 untuk disewakan. 

Keberanian, kebersungguhan dan ketabahan mereka berkongsi di muka buku patut di puji. Kerana bukan mudah orang2 kita nak menerima perbezaan. Banyak jugak kata2 negatif yang mereka terima. Tapi saya tengok mereka oke je nak masih terus berkongsi. Terima kasih kepada semua yang mempunyai impian untuk menyedarkan masyarakat. Jika mereka tidak berkongsi mungkin sampai sekarang saya tak tahu apa2 tentang hartanah sebagaimana yang saya tahu serba sedikit hari ini. 

Saya mungkin tak boleh bermula lagi hari ni kerana kekurangan modal. Tapi setiap hari membaca post2 mereka membuat kan perasaan ini membuak2 untuk bermula. Ye lah dulu masa kerja dengan gaji RM2600 ingat tak layak beli rumah. Keje 8 - 5. Keluar selepas subuh balik menjelang magrib. Tak sempat nak godek2 internet @ FB mencari2 benda2 bermanfaat macam ni. 

Tapi, Allah mesti tengok kan usaha kita yang bersungguh2 ni. Lambat atau cepat pasti dia akan makhbulkan jugak impian dan doa2 kita. Moga2 saya termasuk dalam golongan orang2 yang bersyukur. Aminnn..

Hari ini saya nak berkongsi apa yang saya dapat sepanjang follow FB mereka. 
  • Ada 3 jenis rumah iaitu undercon, subsale, lelong.
  • Undercon ni kita beli rumah dalam pembinaan dan belum siap. Yang ni biasanya deposit nya murah dan akan dapat banyak free gift masa rumah siap. Saya tak baca sangat pasal rumah undercon ni sebab rumah jenis ni biasanya harganya mahal. 
  • Rumah subsale adalah rumah secondhand. Rumah orang yang duduk tapi dia nak jual atas sebab2 tertentu lah. Nak pakai duit ke, nak beli rumah lain ke. Banyak sebenarnya rumah subsale yang murah kat KL ni. Murah tu maksudnya yang berharga bawah RM100k. Rumah yang berharga RM100k ni adalah flat atau apartment ye. 
  • Rumah lelong adalah rumah yang telah dilelong oleh bank @ mahkamah yang kita kena bida dulu. Harga mungkin boleh naik melambung selepas dibida. Macam takut sikit nak beli rumah macam ni kalau modal tak besar mana. Baik beli subsale fix price.
Kat bawah ni saya citer pasal rumah SUBSALE lah, sebab saya lagi minat rumah subsale:
  • Deposit untuk membeli rumah adalah 10%. Contoh kalau harga rumah RM100k deposit kena ada RM10k. Bayar penguam itu ini kena spend lagi dalam RM5k. So, kalau nak beli rumah harga RM100k kena ada duit kat tangan dalam RM15k - RM17k baru best. 
  • Untuk deposit boleh keluarkan duit kwsp jugak. Tapi owner mungkin nak jugak duit pendahuluan. So, macam mana pun kena ada duit sendiri jugak sedikit sebanyak sebelum beli rumah. 
  • Biasanya kalau rumah dalam RM100k ni bayaran bulan lebih kurang RM500. Jadi bagi sewa RM600 - RM650 pun dah dapat positif cashflow
  • Pastikan bila beli rumah untuk disewakan cashflow adalah positif sebab tujuan utama kita beli rumah untuk tambahkan cashflow dalam akaun kita. Teknik ini diorang panggil OPM "Other people money". Orang lain (penyewa) yang tolong bayarkan rumah kita. Best bukan?
Doa2 kan moga ada rezeki untuk kami beli rumah. Aim rumah subsale below RM100k. 

2 comments:

aizamia3 said...

InsyaAllah.. moga usaha dipermudahkanNYA.

eira eixora said...

Terima kasih. InsyaAllah