Assalamualaikum w.r.t
Ilmu ini pun saya dapat semasa menghadiri seminar abah kacak tempoh hari.
Saban hari kita disogok dengan pelbagai jenis orang yang jual takaful ni kan. Sebagai rakyat marhean yang mempunyai gaji tak seberapa ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kita seharunsya membuat pilihan yang bijak dalam langkah kehidupan kita. Yang mahu follow boleh follow yang ada pendapat sendiri jugak tidak mengapa. No offense.
Pernah dengar tak. Takaful ni ada yang termasuk semua perlindungan, simpanan dan pendidikan anak2.
- Perlindungan
Takaful sangat sinonim dengan perlindungan. And yes perlindungan ini sangat perlu. Tapi siapakah perlu dilindungi.
Dalam keluarga terdiri daripada mak, ayah & anak2. Tengok lah siapa yang mencari nafkah untuk keluarga. Biasanya ayah lah kan. Ada juga yang mak sebagai pencari nafkah utama. Jadi kita lindungi ayah @ mak yang mencari nafkah. Coverage mestilah bersamaan setahun gaji beliau. Sekiranya berlaku apa2 terhadap pencarum maka family masih boleh survive selama setahun untuk memberi ruang dan peluang adjust dengan kehidupan baru dan mencari sumber pendapatan lain.
Macam mana pula dengan anak2? Tidak perlu, sebabnya anak2 bukan penyumbang kewangan keluarga.
- Simpanan
Adalah lebih baik memilih simpanan berasingan daripada menyimpan di takaful. Menguruskan simpanan sendiri adalah lebih mudah berbanding melantik pihak lain (takaful) untuk menguruskan simpanan kita. Terdapat pelbagai teknik khusus untuk simpanan yang ada sekarang ni sebagai contoh ASB, tabung haji atau amanah saham hartanah. Ini contoh sahaja. Ada banyak lagi sebenarnya. Kena pandai cari.
- Pendidikan
Sama dengan simpanan, pendidikan untuk anak2 juga adalah lebih baik diuruskan sendiri. Sebagai contoh sekiranya kita menyimpan rm100 sebulan bermula daripada anak lahir sehingga beliau berusia 18 tahun. Dalam simpanan sudah ada rm100 x 12 x 18 = rm21600 semasa beliau berumur 18 tahun. Duit ini boleh digunakan untuk perbelanjaan anak2 untuk sambung belajar.
Kalau nak banyak sikit daripada amount ni boleh juga letak di ASB atau Tabung Haji. Sekurang2nya tiap2 tahun dapat dividen.
Beli rumah yang kita mampu bukan yang kita mahu (gambar sekadar hiasan, sumber: google) |
Yang paling best lagi beli rumah untuk anak sorang satu. Tak payah lah beli yang mahal2. Cari yang bawah rm100k dah cukup. Bila anak2 dah besar dan nak guna duit untuk sambung belajar boleh jual atau refinance rumah tersebut. Bestkan?
Setiap orang ada cara masing2. Bak kata abah kacak pengurusan kewangan setiap orang tak sama sebab pengurusan kewangan ni macam cap ibu jari kita. Masing2 ada pendapat masing2. Yang ada sume ni adalah guideline semata2. Nak ikut boleh ikut. Tak nak ikut pun takpe. Peaceee~~~
No comments:
Post a Comment