Memandangkan saya hanya ada kotak make up tkde beg make up jadi saya cerita pasal kotak make up lah ye.
Kat bawah ni gambar kotak make up saya. Kotak adalah hadiah dari kawan2 PDC masa saya kawen hari tu.
Apa ada di dalam?
Segala jenis alatan make up mata. Da lama beli masa kat PDC. Baru beberapa kali pakai.
Ini pulak bulu mata palsu. Masih banyak lagi. Tak tahu bila nak pakai lagi. Takut tercabut je sebenarnya.
Ini pulak kerongsang. Adik bagi. Suami dia beli kat Sabah. Belum pernah guna lagi. Esok lah nak guna. Baru teringat pasal kerongsang ni selepas selongkar kotak tadi.
Toner & moisturizer, juga jarang2 guna. Tak tahu macam mana nak bagi istiqamah dalam menggunakan benda2 sebegini.
Deodorant, ini setiap hari pun guna =) Suka yang ini sebab tak melekit.
Maskara AVON. Sangat jarang guna.
Compact powder ngan lip ice takde dalam kotak ni, ada dalam
handbag sebab yang tu memang akan guna bila2 masa pun.
DAN, saya terjumpa benda ini. Bila tanya kawan2 kat ofis diorang cakap diorang pun simpan benda ni. Korang simpan jugak ke? Huhu! Ini adalah test kit pertama yang saya beli dan pertama kali buat test dan ianya adalah POSITIF! Alhamdullillah. Tak tahu nak simpan sampai bila.
Burung Merpati
Ini adalah resepi tok ummi dhiya. Masa kat Perak hari tu tok ummi bawakan burung merpati untuk dhiya. Merpati tu sempat untuk 2x masak. Jadi 2x lah dhiya makan nasi berlauk burung merpati. Tapi tak sure kenapa elok bagi daging burung ni kat baby. Kat orang pregnant pun elok jugak kot. Ni kira petua orang2 tua lah kot.
Ini yang minggu lepas punye.
Setelah di blend
Ini yang minggu ni punye. Gambar yang di blend takde sebab dhiya da start merengek2, dan mama dhiya dikatakan terhegeh2 nak masak nasi pun lambat. Makanya aktiviti snap2 terpaksa dihentikan serta merta.
Ini pulak hidangan untuk mama & papa dhiya untuk hari ni. Takde mood nak masak lauk pauk, masak nasi goreng terus complete sume ade dalam tu. Actually mama dhiya takde selera nak makan nasi sebenarnya. Nasi goreng tak tersentuh. Malam baru jumpa nasi tu pun sket je makan. Diet? Hahaha! ada story pasal slimming program tu sebenarnya. Tapi dalam entri lain lah ye.
Deco-deco
Ini sub entri ke2. Sejak azali saya memang suka deco2 ni. Suka balut2 suka tampal2. Dan idea ni da lama ada. tapi tak buat2. Memandangkan wll kat sini kosong kan. Jadi dengan secara rasa sangat kreatifnya ke kedai beli polistren dan kertas balut hadiah yang lawa2 sket. Balik terus mulakan kerja.
Step tak sempat nak snap sebab sibuk ngan dhiya. Mama sibuk dia pun sibuk. Balut macam biase je macam balut hadiah.
Then tampal kat dinding ikut kreativiti.
Tengok dari tepi macam cantik.
Tapi bila tengok dari depan macam tak berapa nak cantik. Takpelah letak je dulu sebelum ada idea nak gantikan dengan apa nanti wall ni nak suh bagi cantik dan tak plain.