Thursday, June 20, 2013

Puding roti pula..

Biasalah, bila barang baru. rajin dia lain macam sikit. jadi hari ini puding roti pula....

Ini resepinya. saya amik dari sini.

cuma susu je sy banyakkan sebab alang2 buat abeskan setin terus. sebab kalau guna sikit2 nanti buang juga yang lebih tu.

bahan2:

10 keping roti sandwich
400ml susu cair
2 sudu besar marjerin
sedikit garam
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gram gula halus
sekotak kecik kismis

cara2:

1. carik2kan semua roti rendam dalam susu cair.

2. cairkan mentega

3. pukul telur, masukkan tepung jagung, garam, gula, mentega yang dicairkan tadi, kismis dan esen vanilla.

4. masukkan bahan 1 dalam bahan 3. gaul sebati.

5. masukkan loyang yang sesuai. letak di dalam pemanggang vantage dan bakar selama setengah jam dengan api sederhana besar... siapppp!!


sebelum di masak


taraaaa....sudah masak..


sedia untuk dihidangkan. =)


2 comments:

Knor said...

mmg senangkan..mudah dan sedap tuh..

eira eixora said...

hehe. sekarang asyik guna benda ni je kak. nanti nak try buat kek pula guna benda ni. harapnya menjadi