Biasalah, setelah sekian lama belajar dan dengar orang memperihalkan dunia pekerjaan yang indah2 belaka. tak sabar rsanya diri ini untuk menceburkan diri dalam dunia pekerjaan. dalam hati ada juga nak sambung belajar tapi hold dulu sebab banyak sangat fikir pasal kerja & duit.
Alhamdullilah saya dapat kerja sebagai research chemist di salah satu company sarung tangan. tapi kerja saya yang sebenarnya hanyalah tidak ubah seperti technician. pada awalnya saya tak kisah. tapi hanya untuk 3 bulan pertama sahaja saya rasakan saya ada belajar benda baru. selepas itu apa yang saya buat hanyalah repetition dan saya sudah tahu apa yang bakal saya buat pada keesokan harinya. dengan kata lain sudah menjadi rutin. tak payah fikir apa2 buat sahaja seperti hari sebelum2 nya.
konon2 nya saya ni suka kan cabaran dan kerja itu mula tidak challenging bagi saya. walaubagaimanapun saya masih boleh maafkan lagi sehingga kepada satu titik dimana setelah menghampiri 2 tahun saya bekerja saya tidak lagi diberikan kerja sebagai technician malah lebih bawah lagi technician. kerja tu sangat boring dan saya boleh tidur dan bekerja dalam masa yang sama. note: saya memang suka tidur pon. nampak tak betapa kerja itu sangat senang?
bukan saya tak bersyukur dengan kerja itu, tapi bila saya lihat diri saya sepuluh atau 20 tahun lagi jika saya terus bekerja itu adakah saya masih duduk disitu dan buat kerja yang sama atau sekiraya saya mahu tukar kerja apakah yang akan saya kabarkan kepada company baru tentang pengalaman saya. untuk mewar2kan lebih saya tidak berpengalaman dalam job scope yang lain. yang saya tahu hanya buat itu sahaja.
dengan nekad sebulat hati saya quit.
company kedua. saya suka dengan job scope yang dibagi pada saya. memang saya minat buat kerja tu. memang itu kerja impian saya. saya fikir dengan kerja itu saya boleh pergi jauh. tapi ada sesuatu yang buatkan saya tidak betah disitu dan saya quit juga. kali ni tak lama hanya 4 bulan.
dan sesungguhnya kedua2 pengalaman kerja tersebut cukup bermakna bagi saya.
saya tak menyesal bekerja dulu sebelum sambung belajar. cukup lah 2 company tersebut untuk saya gambarkan tentang dunia pekerjaan. walaupun bukan semua mungkin minoriti yang macam tu. sekurang2nya dengan pengalaman itu saya menjadi lebih dewasa.
2 comments:
ooo..timba pengalaman dulu..kan
betul kak
Post a Comment