Sunday, July 28, 2013

Shopping raya done!

Alkisahnya semalam ke masjid jamek lah kita. pergi dengan lrt sebab sudah tahu kalau pergi dengan kete pusing2 cari parking dan end up balik macam tu je sebab sume parking sudah full. dhiya amani pula rancangnya tak nak bawa sebab dah tahu condition kat sana macam mana. ketuk2 rumah bs dhiya tak buka2 pintu rupa2nya bila telefon cakap dia masuk wad. tukar plan. bawa dhiya sekali. suka gler dia dapat naik train. biasa tengok je train. oh ye! mama pernah bawa dia naik sekali hari tu. tapi kali ni happynya lain macam sikit sebab papa ada sama. 

tujuan utama nak beli baju raya ngan selipar raya dhiya dan t-shirt ngan baju melayu papa. oke itu je sebenarnya matlamat. tapi ndak mengharungi lautan manusia memang penat. dhiya amani siap cakap2 lagi "mama panas mama", "panas mama" wah risau2 takut anak tak cukup oxygen terus keluar dari crowd tu bagi dia minum air ngan makan roti pastu misi bersambung lagi. dhiya amani ni dia behave je kalau bawak g mana2. cumanya dia kan kecik lagi kalau nak suh dia jalan sendiri mengharungi lautan manusia tu mahu kena pijak dek orang pula dia. jadi kami take turn dukung. nasib bek mama cuti (P) kalau tak tak tahu lah macam mana. 

dua2 orang tu balik terus flat tido smpai dekat nak berbuka baru bangun. 

oke nak citer ni. wakaka. baju melayu papa beli kat jakel. ala yang aaron aziz tu lah. mamanya punya gler papa pula ikut aje. tu pun sebab harga masih dalam bajet lagi. kalau tak memang tak beli juga. mula2 masuk tengok harga sume mahal rm200 plus2, rm300 plu2... pastu masa nak keluar tu ada orang jakel tu kata pilih2 kami bagi diskaun kaw2 punya. berapa? rm150. okes jadi untuk memilih. masuk balik. dalam duk try2 tu tetiba dia kata happy hour untuk bahagian yang kami pilih tu hanya rm140. makanya rm140 sahaja lah harganya. dapat free gift sampin, butang ngan sampul duit raya. kira berbaloi juga kot. sebab biasa memang beli kain baju melayu papa kat jakel dalam rm60 upah jahit rm80. kira oke le tu. papa bukannya selalu melaram.


untuk full set nanti raya baru boleh tayang. kalau tak basi =)

baju dhiya ngan t-shirt papa beli kat sogo. sogo penuh gler orang. sampai nak balik naik lrt bandaraya memang tahap bergesel pipi dah ngan org lain. nak beli tiket kemain susah. barisan panjang gler. dinasihatkan untuk yang nak g sogo ngan lrt sila lah beli tiket pergi balik siap2...

sandal dhiya beli kt bata. alih2 naik sogo ada yang lagi murah. okelah. dah terbeli awal kan.

itu sahaja. sekian terima kasih =)

2 comments:

Kayu Manis said...

wah baju melayu retis ye...cntik warna..sedondon la ni..

eira eixora said...

ha a sedondon knor