Monday, December 30, 2013

Romantik ke?

Haha.. sekarang ni tengah tengok citer romantika.. kadang-kadang terfikir ada juga artis yang hidup macam orang kebanyakkan. tak romantik sangat. in real life they are different dengan apa yang kita tengok masa diorang berlakon. 

Cuba bayang macam mana nak jadi 24 hours romantik. mesti penat kan? =P 

bagi saya tak kisahlah kalau laki kita romantik ke tak. sebab banyak benda yang kadang-kadang sangat simple dia buat bleh buat hati ni touching sangat. 

yang penting kesanggupan & kesungguhan dia untuk jadikan kita isteri adalah antara moment terindah dalam hidup ini.

Apa-apa saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Terima kasih ya Allah atas jodoh ini.

Azam tahun baru

Tahun baru 2014 bakal menjengah tiba 2 hari saja lagi. Jadi apa azam tahun baru... !

1. Mahu habiskan master dalam tahun 2014.

2. Mahu sentiasa positif dalam apa jua benda yang berlaku.

3. Meningkatkan kesabaran diri dalam segala hal.

4. Mahu belajar berniaga sikit-sikit. InsyaAllah semoga ianya membuahkan hasil..


Friday, December 20, 2013

Mini Karnival Upin & Ipin, Bukit Jalil


macam nak bawa dhiya amani pergi sini je..~`

Monday, December 16, 2013

Bila berniaga..!

Okes sekarang saya nak citer sebagai side seller lah. Kalau saya jadi buyer pun mungkin saya kadang-kadang terbuat benda yang sama. Tapi pleaselah jangan melampau-lampau. Saya bagikan kepada beberapa kategori


Suka tawar harga mati-matian sampai seller rasa macam nak tutup kedai dah
Dah bagi harga murah nak juga harga murah lagi sampai tanya harga modal berapa. dah bagitau harga modal. nak lagi murah dari harga modal. okeslah pasni tak payah berniaga kita buat charity.


Dah bagi harga lelong mintak free postage pula
Kita duk lelong-lelong sekali FREE postage boleh tak SIS? Kalau dah harga lelong FREE postage pula nak makan apa? 


Harga kawan-kawan
Ye saya agak tak setuju dengan harga kawan-kawan sebab strategi kita mestilah nak jual kat most trusted person dulu. Maksudnya kawan-kawan kita lah. Tapi dah kawan-kawan pun makan kawan sapa lagi kita nak harapkan. Tooool tak?

Tapi ada sorang kawan saya ni. Dia dah member tapi ngan orang lain. Biasa saya bagi harga member je kalau yang dah member sekali dia cakap takpe dia bayar harga katalog sebab dia cakap kesianlah kalau berniaga tapi takde untung. Serious dalam ramai-ramai saya jumpa sorang je macam tu. Dia lah. Semoga Allah murahkan rezeki dia. 


So, sempena tahun baru 2014 antara azam saya, saya takmo dah jual tupperware lagi. Kalau ada yang nak kirim dan bayar duit pos tu bolehlah saya tolong beli. Tapi kalau nak simpan stok kat umah tu memang dah tak. Saya pun dalam proses clear kan stok yang mana masih berbaki lagi tu. 











Friday, December 13, 2013

Saya suka nama saya

Mesti sume orang suka nama sendiri kan.
Saya pun suka nama saya juga..hehe =)

Dulu ingat lagi masa pra sekolah. kan masa tu baru belajar mengeja....

ba...baaa
ca...caaa

jadi nama saya kan

a...nis....yang ni saya boleh terima walaupun tiga suku kata...N I S kan tiga suku kata. masa pra belajar dua suku kata je macam N I je

tapi yang belakang saya takleh terima..

sebabnya nur....dhi...a...ni..

saya pernah tanya cikgu... kenapa nama saya D H I sepatutnya D I saja.

jadi saya pun eja nama saya macam ni ANIS NURDIYANI....hahaha!
walaupun salah tetap mahu eja camtu juga sebab budak baru belajar mengejalah katakan =P

Thursday, December 12, 2013

Suatu waktu dahulu

Lepas abes belajar saya kerja Petrosains kejap sebagai volunteer tapi saya macam bertahan selama sebulan je lepas tu saya quit. Biasa bila masa makan saya tak makan kat cafe level atas tu sebabnya makanan boleh tahan mahal dan volunteer dibayar rm8 (kot) sejam. Mana cukup kan kalau makan sehari dah rm20 hengget. Kalau ada kawan saya menapak ke kedai makan sebelah KLCC ngan kawan. Tapi kalau takde saya turun je bawah beli kat Roti Boy atau Aunty Anne's pastu makan kat taman KLCC. 

Nak dijadikan cerita. Masa saya makan-makan tu ada sorang foreigner datang (kulit hitam) tegur saya. Conversation lebih kurang macam ni. Saya ni English paham sikit. Broken je lebih...haha! abaikan. yang penting message yang hendak disampaikan. 

Dia: Hye, can I join u?
Me: Yes, of course (wah baiiiikkk pula cakap yes)
Dia: What are u doing here?
Me: I'm working here.
Dia: Where's your friend
Me: They cannot join me since our lunch time are not same.
Dia: U are so pretty? (wah tetiba pula mamat ni kan)
Me: If u say i'm pretty u are wrong. There are many pretty ladies outside. Not me.
Dia: Pretty or not is subjective. But I think u r so pretty. Instead your heart is kind. 
(pulaaaaakkkk baru jumpa tak sampai setengah jam dah cakap macam tu, but sorry to say saya memang tak akan percaya)
Me: Diam je...macam malas dah nak layan masa ni.
Dia: My mum sure will love u more if u want to follow me going back to my hometown. 
(wah2! ingat sekali petik je dah boleh bawak balik negeri ke?)

time ni saya dah takut gler. takut dia kluarkan jampi serapah je. dalam hati saya berdoa moga saya boleh escape dari conversation ni dan balik tempat kerja cepat2...

masa tu saya dah fikir. apa lah nasib saya nanti kalau tetiba dia bawa saya lari. mungkin dah tak dapat nak jumpa family lagi lepas ni. cuakkk gler

lepas tu saya cakap saya kena cepat dah nak masuk kerja dah. 

tapi saya bukan terus masuk kerja sebab takut dia follow tapi saya pergi duduk antara orang-orang lelaki yang tengah smoking. orang malaysia lah. dia sebenarnya ikut saya. tapi bila dia tengok saya duk antara orang-orang lelaki kan dia macam tengok je dari jauh. lama juga lah dia duk tengok. pastu bila dah macam takde dah dia. saya terus naik petrosains cepat2.. takut glerrrrrrrr!

Moral of the story: Kalau jumpa orang asing terutama kulit hitam sila buat2 tak paham dia cakap atau tanya apa. jangan lah ringan mulut sangat konon2 ko tu pandai speaking ke apa. Mungkin diorang ada intention lain. sampai nak bawa balik negera dia itu sudah lebih. 

Tuesday, December 10, 2013

Just drop by here!

Sekiranya saya berjaya dalam master ini
Saya mahu menangis sepuas hati saya

doakan yang baik-baik saja

Saturday, December 7, 2013

Harapan mak & ayah

Situasi: Masa balik kampung hari tu..

Saya: Nanti da abes belajar along taknak keje. 
Mak & Ayah: Nak buat apa?
Saya: Nak buat bisnes
Mak & Ayah: Capai cita-cita dulu. Bisnes as side income oke
Saya: Nak tengok setahun dulu. Kalau tak oke baru cari kerja.
Mak & Ayah: Kerja dulu dan buat side income. Kalau bisnes oke baru tumpu pada bisnes. Kalau nak benti kerja benti lah masa tu. 
Saya: Baik.. 

Thursday, December 5, 2013

Blogwalking

Salam semua. Jangan lupa tinggalkan komen kat sini k. Nanti saya letak link blog korang sume kat page ini. Page mana? macam kat dalam gambar ni k. tq2...


- Seandainya, seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah 
apabila dia sempurna. Nescaya tidak akan ada pendakwah. 
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan -

Imam Hassan Basri




Wednesday, December 4, 2013

yEAY photobook dhiya dah sampai!

Masih ingatkah lagi hari tu yang saya cakap saya ada order photobook. kat sini k. 

Sebenarnya dah lama mendesign bagai sume. Pastu duk peram dalam laptop ni. Last week baru tergerak nak send. Rupanya servis pixajoy ni adalah super duper fast. Malam tadi dapat emel yang dia dah pos photobook semalam. Tup2 tadi dah sampai. Mahu tgk ngak photobook itu??..hehe! 


budak gembira dapat parcel



ini lah photobook itu. cantik ke tidok?/ hehe!








Tuesday, December 3, 2013

Day 8

Terasa cepat pula masa berlalu, sebab saja sibukkan dengan aktivi pelbagai. tup tup hari ni dah day 8 dah mendietkan diri ni. 

ish dhiya amani ni manja betul lately. bagi adik baru tahu.......

okelah back to the topic ini bacaan masa day 1 hari tu. kat sini okeh 

gambar bawah ini pula di ambil pagi tadi. 


nampak tak jarum merah dah senget sikit. hehehe gumbira2! tapi menurut sumber yang boleh dipercayai itu adalah berat air je,. lemak amik masa sikit nak ilang. dalam 3 atau 4 minggu. bertabahlah! =)

_________________________________________

ingat tak hari tu dhiya ada masuk contest.. entri pasal contest kat sini 

alhamdullillah dhiya berjaya juga dapat adiah saguhati.. tak sangka. sebab hari tu tengok macam ramai juga yang join.

entri keputusan kat sini =)


Monday, December 2, 2013

I am stuck in a way of making report

So, jom kita kira kalori...Haha! memandangkan kerja yang saya ada sekarang masih tak cukup banyak jadi saya tambah sub-kerja iaitu kira kalori. 


Ini adalah manggo smoothie yang saya buat beberapa hari lalu. hari apa? da lupa

resepinya senang sajor. 

sebiji mangga  = 103 kcal
susu segar dalam kotak 100ml = 63 kcal
yogurt sesudu besar = 15 kcal

total kalori 181 kcal 

untuk hidangan ini. tapi ini anggaran sahaja oke
boleh juga rujuk sumber2 yang lain yang boleh dipercayai


ini yang dah siapp. tapi macam pekat sikit. saya tambah lagi 200ml air kosong.
air kosong takpe letak banyak mana pun sebab 0 kcal.


ini sandwich breakfast

tomato 2 hiris = 10 kcal
Telur sebiji = 103 kcal
Roti putih 2 keping 150 kcal

Total = 263 kcal

Telur tu saya goreng tanpa minyak atas non-stick pan...
Hahaha! healthy lah sangat. 
Tapi nafsu makan adalah sukar dibendung. 
makanya saya pun allocate sehari seminggu untuk cheat day.
means saya boleh makan apa sahaja masa cheat day tu
bila cheat day saya...

nanti saya blog untuk entri lain okeh...

dan...esok saya akan tempek current weight saya! 
berdebor tak? =P

Sunday, December 1, 2013

Cinta..


Okelah, seriously saya rasa macam dah upload gambar ni kat blog tapi tak jumpa kat mana. kalau dah upload maknanya ni citer ulang tayang. tapi takpe lah since mode rindu kan? =P 

Masa zaman sekolah dulu penuh suka dan duka. gambar ni di ambil masa darjah 6. dia dan kawan2 memang atlit. saya je tak sebab saya kaki bangku. main lah apa pun sume fail. Ini team bola sepak. team hoki pun rasanya muka sama je. dan saya sebenarnya takde kenangan mana ngan dia pasal game2 ni. dulu selalu rasa best nya kalau pandai main hoki ngan pandai nasyid. leh g jalan2 sekolah orang lain. dah memang takde bakat nak buat cam mano...

ada satu lagi gambar. tapi yang ni blur sikit.. masa darjah 3.. 


kah3. gambar ni sangat lucu. yang pompuan ada anak panah tu sayalah. yang laki2 tu dia. tak pernah terfikir jodoh saya adalah rakan sekelas. sekelumit secubis pun memang tak terlintas. tapi sebab dah jodohkan..

hak3,..saya dulu masa sekolah sombong plus bajet hot. kalau ngan kawan2 lelaki asyik nak cari gaduh je. takleh saalah sikit nak report kat cikgu. maklumlah anak cikgu. pernah sekali tu saya tolak kawan sampai dia pengsan. nervous tak hengat. kawan tu lelaki dia macam ada penyakit sikit. saya tak tahu. dh dia kacau saya apa lagi. kejadian tu masa darjah 3 lah. 

saya start sekolah kat sini amsa darjah 2. darjah 1 saya sekolah tempat lain. datang sini sebab ayah saya kena tukar sini. masa darjah 2 saya tak sekelas ngan dia. tak silap darjah 3 je sekelas. pastu 4 5 6 sume dah tak sekelas dah. 

masa sebelum darjah 6 saya tak recognize sangat dia. ni pun ingat sekelas ngan dia masa darjah 3 sebab ada gambar ni sebagai bukti. 

saya mula recognize dia masa darjah 6. sebab apa. sebab dia suka kacau saya. hahahaha! memang lucu tahap max. masa tu saya tak percaya langsung citer cinta budak darjah 6. baru umur 12 kot. bagi saya itu bukan cinta itu macam main2..senang citer bukan cinta tapi just perasaan suka pada opposite gender.  boleh...

sebab dia selalu sangat kacau saya kan saya jadi meluat ngan dia. sebab dia macam tak paham je yang saya menyampah ngan dia. asyik kim salam je. jumpa sapa pun nak berkirim salam bagai. sampai heboh di kalangan budak darjah 6 pasal saya ngan dia. which is not pun. saya memang takut nak lebih2 sebab ayah cikgu kat situ. kalau tahu memang nahas. plus pasal tadi lah saya tak percaya. kalau nak main2 baik tak payah dari awal. 

klimaksnya saya bergaduh ngan dia masa darjah 6 tu lah. sampai tahap tengok muka pun takleh. kawan2 pun memang sedia tahu lah citer kami ni. yang saya tak suka tu pun kawan2 tahu. pada saya bukan masalah langsung masa tu. dan memang bukan masalah pun. 

naik sekolah menengah saya dapat sekolah lain jauh dari kampung. dan kami tinggalkan sekolah dalam keadaan bergaduh. dalam hati memang tak nak baik dah ngan dia ni. 

satu hari masa saya balik cuti. saya terserempak ngan dia masa kat jalan. naik moto masa tu. dia rela patah balik amik jalan lain tak bagi berselisih ngan saya. punyalah berat penangan bergaduh kitorang tu. dalam hati eh mamat ni marah aku lagi ke. padahal dah beberapa tahun tinggalkan darjah 6. pun masa tu not a big deal bagi saya. kalau dia nak marah marahlah. 

kali kedua saya terserempak ngan dia masa lepas darjah 6 masa baru2 abes spm. saya ni bila dah naik sekolah menengah nak g mana2 saya g sorang2 je sebab malas nak susahkan orang lain macam keluar ke pekan bila cuti sekolah. saya ni banyak betul kerja nak kena g pekan macam fotostat ke, print ke. sebab kat kg kitorang langsung takde kemudahan macam tu. dulu2 punye cerita ni. sekarang macam dah ada. 

ok saya terserempak ngan dia dan sorang kawan lain. saya tegur kawan yang sorang tu. pastu dia diammmm je. ingatkan saya marah dia lagi kot. saya pula ringggannn je mulut g tanya dia benda. tak ingt apa. pastu dia tanya marah lagi ke. saya cakap taklah itu citer budak2.. lagipun dah lama. lepas terserempak tu saya tak fikir apa2 terus balik rumah. 

pas dapat result sume saya dapat matrik. pergilah matrik... pertama kali ada phone sendiri. ayah kasi adiah dapat masuk matrik. entah macam mana dia dapat no saya dari sepupu saya. apa lagi dia pun call la mesej lah which is sangat lah rimas..! saya rasa saya tak layan pun. tapi tatap juga berusaha gigih mesej saya. cantik sangat ke aku ni. ekekee! dalam hati jer.

pastu saya ke universiti pula. dapat lagi mesej dari dia. masa tu saya guna maxis dia guna celcom. bila saya tak reply mesej dia call tanya nape tak reply. saya men cakap je saya tak reply sume no celcom. sebab mahal. sebenarnya, saya tipu je. alih2 dia pergi tukar ke no maxis...ko mampu!. nak tak hendak saya terpaksa reply tu pun kadang2...! bila saya cakap saya takde kredit dia topupkan!... masa ni belum sampai tahap terharu lagi. saya guna kredit tu g tepon orang lain.............! kejam juga bila diingat balik. 

lepas2 tu dia selalu la telefon saya. kadang2 tu setengah jam dia tepon saya setengah jam juga saya marah2 dia. esok dia tel lagi saya marah2 lagi. sampai penat marah saya tanya dia awak tak penat ke hari2 dengar saya marah. apa dia cakap..takpelah sekurang2 leh dengar awak marah pun dah oke.....!! grrhh!. 

saya pun mulalah cari idea taknak bagi dia call saya lagi. sehingga lah satu hari tu bila dia call saya cakap saya sebenarnya dah ada boyfriend....bayangkan?/?// (oh sedih pula tetiba!) sebenarnya saya takde boyfriend pun saya tipu je. mulai hari tu dia dah tak mesej dan call saya lagi. tahu apa jadi? amannya sekejap je. lepas tu saya rasa macam something missing. yelah dia duk call hari2 tiba2 tak call. mesej pun tak kan. 

eh macam panjang sangat pula...kena buat sambungan ni. kalau saya rajin saya sambung...

BERSAMBUNG =P