Tuesday, November 26, 2013

Anis diet

Dengan penuh keinsafan saya godek balik almari dan mengeluarkan diari diet yang tak terusik yang dibeli suatu waktu dahulu. diari diet ini sangat berguna untuk yang ingin diet secara semulajadi. tak amik pape suplement. saya bagi diri saya sebulan untuk follow diari diet ini. hopefully ada lah dia punya outcome. yang penting kena istiqamah. 

Kalau kalian mahu dapatkan diari diet ini boleh lah dapatkan dengan klik link di bawah gambar k. gambar ni pun saya amik dari sana. sebab lupa nak snap tadi.



basically, teorinya senang saja. 

untuk badan mantain
tenaga masuk = tenaga keluar

untuk naik berat badan
tenaga masuk > tenaga keluar

untuk turun berat badan
tenaga masuk < tenaga keluar

bagi saya personally rule untuk naik berat badan tu yang saya paling senang nak follow sebabnya makan banyaaaak saya suka. kalau nak kurus kena control kalori intake. 


dan masa balik kerja tadi saya singgah kat farmasi untuk beli alat penimbang ini. Ini sebenarnya alat penimbang saya yang pertama sebab sebelum ni saya tak pernah guna pun. seperti yang sedia maklum berat saya sudah 65kg. mungkin saya akan tengok progress weekly. kalau daily takut fluctuate pulak kan. 

control makan

yer hari ni saya berjaya control makan. saya kena kira kalori yang saya amik supaya tak tersasar dari jumlah yang boleh amik. mula2 ni memang payah sebab perut bak tong drum. kalau ada rongga sikit rasa macam nak sumbat2 je. tapi kena tahan juga demi untuk dapatkan berat ideal seterusnya ke arah hidup yang lebih sihat. tak sihat juga kan kalau overweight ni. okes nak kira BMI kejap. 

okes dah dapat. BMI sekarang 27.41. kiranya dah masuk kategori pre-obese. tatuttt... korang boleh check korang punya kat sini k LINK 

Oh macam menarik pula. Jumpa link untuk check BMI body fat kat sini LINK saya punya 33.7. obese sudah... 

Satu lagi leh cek juga daily calorie need LINK. okelah calori yang saya perlukan sehari ialah 1843 kcal/day. Nak makan apa je ni? hehe! chaiyok2 anis...!!

okelah itu je dulu semoga saya berjaya dalam diet ni. dan pastikan angka 60 menghampiri garisan merah penimbang itu. Aminnn..InsyaAllah.  






15 comments:

nohas said...

Good luck..usaha tangga kejayaan..diet umtuk menjaga kesihatan..

LYAfrina said...

owh,.ade diary diet jugak ye.. nk cuba survey la nanti.. problem lya, msti ttp nk mkn nasi..

Nurzakiah Hanum said...

good luck

asyifa mustaffa said...

Sy pun ada buku ni...bru abis bca tang kalori yg patut utk body...dah sbln x baca...adehhh...ntah bila nak mula ni....

eira eixora said...

jom2. kita start sama2. nanti leh kongsi cerita. @asyifah mustaffa

Nafira usof said...

Zura sedang mengamalkan Diet Atkins. sangat berkesan pada zura sebab dah loss 22kg dah. tapi kalo nak buat diet atkins nih mmg jiwa kena kental. banyak bende yang x leh makan~ :)

ZazaMyMoon said...

Ok thanks for the link BMI info.. apa2 pun all the best yer.. chayokkk utk dapatkan berat badan yg diidamkan :))

adrianna syaz said...

Gud luck tuk berdiet eh..sya pun na diet jgk ni..seluar rasa cm ketat dah ni.hehe

Knor said...

Tulh mkin kmbng...knor ni...skrg
usaha tgga kejayaan...

dulu msa ank 3 slim lgi..msuk 4...tk slim plk...??!!!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Semoga berjaya Anis... akak pun dah obes Anis... kena diet juga ni, tq sharing link kolestrol tu.. :)

Nurul said...

Salam kenal...
Ada diary diet ye.... good luck... :)

Nurul said...

Salam kenal....
Ade diary diet yer... good luck :)

eira eixora said...

zura. hari tu saya pernah terbaca pasal diet atkin. rasanya dia kena kurangkan karbo. saya macam takleh tinggal nasi. @Nafira usof

eira eixora said...

terima kasih pada semua yang comment =)

Siti Hajar said...

Eh, sama la. Saya pun tengah berdiet jugak. Boleh jadi teman diet ni ;)