Thursday, October 30, 2014

Tenaga Pengajar Muda UiTM 2015 dibuka

Semalam ada kawan bagitahu pasal ni. Bila tengok syarat2 macam tak layak nak mohon. 

Kepada yang nak mohon boleh lah ke link ini 

Antara syarat2 nya mestilah:

1. Belum memulakan pengajian. Contoh, kalau nak apply untuk master belum sambung master lagi. Begitu juga PhD. Saya takleh nak apply. Nak apply PhD, master belum habis. Tak kan nak apply master lagi sekali kan? Kos yang ditawarkan macam menarik je. 

Skim TPM ni ialah UiTM akan taja pengajian kita di peringkat Master atau PhD. Sebagai balasannya kena berkhidmat dengan UiTM selama 7 tahun dan bersedia untuk dihantar ke mana-mana UiTM untuk berkhidmat. Rasanya ni syarat paling payah untuk orang fulfill. Tapi lain orang lain pendapat dan pandangan. Tak salah mencuba kan? 

Good luck kepada yang dah mencuba dan bakal mencuba. 

Tarikh tutup permohonan 3 November 2014. 

Tuesday, October 28, 2014

Jeruk mangga asam boi


Ahakz tak nak kalah. Rata2 kat FB orang duk post gambar ni kan. Jadinya dengan gigih mintak husband benti dekat gerai buah sebab nak beli mangga. Husband pun melayan je. Tq sayang =P

Resepi asal google je. Tapi sukatan suka hati sendiri. 

4 biji mangga muda
3 biji cili padi
6 biji asam boi
5 sudu besar gula
secubit garam

Gaul2 semua bahan masukkan dalam botol simpan dalam peti ais semalaman. Bangun2 tido rasa. Wah! not bad. Percubaan pertama ni. Macam berjaya lah juga. Ada rasa dan yang penting rangup. Krup krap bunyinya. 

So, kepada yang belum cuba bolehlah cuba. Tak susah mana pun nak buat ni. Kalau beli online takut tak best pula bila sampai kat kita nanti. 



Monday, October 27, 2014

Berputus asa. Perlukah?

Fb sekarang sudah tidak selamat untuk up status mengarut2 dan privacy. Berbeza dengan frenster dulu2. Hanya ada kenalan baya2 diri sendiri sahaja. Sekarang FB semua jenis umur ada. Majoriti kebanyakkan rakyat Malaysia ada FB. Kawan2 sekolah rendah, kawan sekolah menengah, uni, matrik, kawan sekerja, orang-orang kampung, kawan berniaga online, sedara mara, yang besar kecik yang tua dan muda. Nasib baik ada blog. Leh lah tulis tulis kat sini. Tapi tak tahu lah kot kan. Blog ni open sapa2 leh baca tapi takde lah naik dalam newsfeed masing-masing. Kira okeeeeeelah. 

Berbalik kepada tajukk... Baiklah. Saya ni jenis senang nak let go something. Contoh. Ini contoh sahaja. Dengan kata lain contoh sebelum kawen dulu2 lah ni. Jika saya suka seseorang. Suka sangat2. Sampai terbayang termimpi terangau semualah. Sekiranya saya dapat tahu dia ada orang lain, suka orang lain, keluar dengan orang lain. Ubatnya hanya lah menangis gler2 sekali. Lepas nanges rasa release dan saya dah boleh lupakan orang tu terus dalam hidup saya. 

Contoh kedua. Saya suka gler2 tupperware suatu waktu dahulu. Sampai satu waktu tu rasa setiap katalog ada yang berkenan dan terbeli. Pernah terfikir macam mana lah nak stop habit yang tak berapa elok tu. Suatu hari ada sesuatu terjadi. Dan saya rasa tawar hati gler2. Terus saya leh lupakan tupperware macam tu sahaja. Sampai berbulan-bulan tak g stokis. Sampai dah tak tengok pun katalog tupperware dan kalau tengok pun dah rasa macam taknak beli sangat. 

Samalah jugak macam belajar ni. Yerp, saya memang bercita-cita tinggi. Dan harapan untuk habeskan belajar ni juga tentunya tinggi. Tapi di pertengahan jalan sesuatu terjadi. Saya jadi tawar hati sangat. Kalau ikutkan perangai buruk memang boleh BERHENTI dah. Tapi bila fikir2.. saya takleh berhenti macam tu sahaja sebab ini akan melibatkan ramai pihak. Mungkin ramai akan kecewa terluka dan macam-macam lagi kalau saya berhenti macam tu sahaja setelah apa yang saya lalui. Tapi terus terang memang saya rasa tawar hati sangat dah. Kalau ikutkan memang macam sikit je lagi nak abeskan. Tapi yang sikit tu lah susahnya rasa. Allahuakbar. 

SEKIAN. 

26 weeks already!

Pregnancy kali ni rasa macam cepat sangat. Orang sekeliling juga cakap benda yang sama. 

Ye lah. Masa tak tahu tu dah sebulan. 
Lepas dah tahu tu morning sickness pula 2 bulan. 
Dah 3 bulan kat situ. 

Sekarang dah 6 bulan. Lagi 3 bulan nak deliver. 
Huhuhu! 

Barang-barang banyak recycle barang kakak dhiya je. Plan nak beli lagi selai dua. Hari tu dah g scan. Setakat ni doc cakap perempuan. Tapi InsyaAllah nak g scan lagi sekali. Kang guna baju kakak semua pinky2 andaikata yang keluar nanti boboy. Sebenarnya tak kisah sangat lelaki ke perempuan. Sebabnya nanti nak beranak lagi kan =) 

Friday, October 24, 2014

Ke arah bebas masalah hutang 5 tahun lagi

Alhamdulillah. Ini belum wrap tahun 2014 lagi tau. Masih berbaki 2 bulan lagi. Tapi takpelah nak cakap juga. 

Dipendekkan cerita. Main hutang yang nampak seketul sekarang ni adalah viva tu lah. Ikutkan kira-kira lagi empat tahun nak abes bayar. Tak sabar nak tunggu abes bayar. Nanti leh naik kete FREE. Hahah! Sebenarnya ada je teknik yang orang lain buat supaya beli kete terus FREE2 dapat. Tapi biasalah perkara-perkara ilmiah susah nak hadam. Jadi kita hadam mana yang senang kita faham je. Betul tak?

Rentetan saya memfollow orang-orang hebat di FB bermula awal tahun ini saya telah mengikuti perkembangan aktiviti mereka saban hari. Ada yang:

1. Jual beli rumah subsale
2. Buat sewa kereta
3. Jual beli emas
4. Beli rumah lelong buat flip
5. Sewa rumah pastu sewakan pada orang lain (sublet)
6. Manipulasi ASB
7. Bisnes tuisyen

Tak dinafikan sudah ramai anak muda yang sedar tentang peluang dalam bisnes ni. Yang penting mereka sangat suka berkongsi supaya makin ramai anak melayu yang berjaya. Hasil daripada perkongsian itulah sedikit demi sedikit telah membuka minda saya untuk follow sikit-sikit. Kalau mereka buat 80% kita bermula lah dengan 5% dulu ke. Sebagai permulaan. 

Tapi nak buat apa-apa kena rujuk kepada kebolehan dan kemampuan diri sendiri. Kalau nak pulun semua pun boleh tapi janganlah sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. 

Jadi yang mana saya tengah nak follow sekarang ni? Keyword dia kat sini adalah Manipulasi ASB. Tak sangka ASB sangat berpotensi sebagai mangkin untuk memulakan atau meningkatkan saving akaun kita. Kalau nak tahu pasal ASB ni dengan lebih lanjut boleh follow Tuan Khairul Ezuwan kat FB beliau. 

Semoga semuanya berjalan lancar. Amin. 


Monday, October 20, 2014

Google street view

Hari tu heboh kejap pasal google street view kat FB. Jadi saya pun tak nak ketinggalan juga. 

Macam mana nak tengok google street view ni? Mula-mula kepada yang guna laptop or desktop. Masuk google map. Pastu tengok belah bawah kiri ada orang warna kuning. Drag orang tu ke mana-mana jalan yang kita nak tengok. Macam gambar kat bawah ni. Orang tu ada dalam bulatan merah. 


Nanti bila dah drag akan keluarlah gambar keadaan tepi atau sekitar jalan tu seolah-olah kita berada kat mana orang kuning tu ada. Tapi jangan risau from my personal opinion google street view ni tak bahaya sangat seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang kat FB. 

Sebabnya ia bukan live update pun. Gambar-gambar yang diambil adalah beberapa bulan yang lepas. Ada tu siap claim lagi pencuri boleh nampak kita masa nak gi mencuri tu lah. No no itu tidak benar rasanya. 

Nak tengok rumah saya tak? Jom. Ni rumah mak kat kampung. Walaupun kecik, tak cantik, rumah ni lah kalau dengar nak balik kg semangat berkobar-kobar. Kata orang kebahagiaan bukan diukur dengan nilai material bukan? =)


Bawah ni pulak rumah mak saya yang satu lagi. Tapi sayang tak nampak sebab terhalang ngan pokok rambutan yang merimbun seperti dalam bulatan kuning. Kami balik rumah ni bila raya puasa ngan raya haji je. Lain-lain hari kami lagi selesa duk rumah kat atas tu. Mak cakap nak pindah duk terus rumah bawah ni tapi tak tahu bila. Saya personally lagi suka rumah atas sebab dekat ngan kampung husband. Sebelah kampung je. 


Ayah saya ada satu lagi rumah. Yang rumah homestay tu tapi tak leh tengok sebab kena masuk simpang. Kebanyakkan rumah yang nampak dalam google street view ni rumah yang kat tepi jalan je. Kalau semua lorong orang google nak masuk amik gambar jenuh lah kan?


Friday, October 17, 2014

Pengalaman

Tidak sekali-kali saya menyesal memilih untuk sambung master by research. Sebenarnya banyak pengalaman baru dan do and don't yang boleh dijadikan panduan bila sambung pHD NANTI (tak tahu biler =P) 

Buat master by research ni cabaran dia lain macam. 

1. Tak perlu attend kelas. Kecuali kelas research methodology (3 credit hour) masa first sem sahaja. 

2. SV jenis tak kisah nak datang lab atau tidak. Boleh je bersenang lenang di rumah JANJI KEJE SIAP. Cabaran yang maha hebat yang ni lah. Kadang balik kg seminggu tak hingat. Dan of course tak buka buku langsung. 

3. Research scope sendiri tentukan. Nak buat banyak mana nak buat sampai mana. Jumpa SV untuk dapatkan opinion sahaja. 

4. Research methodology cari sendiri berpandukan journal. More to try and error method. Tak dapat result follow journal lain pula. 

5. Thesis sendiri buat, research sendiri dapat result, sendiri tulis thesis. SYIOK sendiri. Hahaha. But of course dengan guide dari SV lah. Kat sini no more spoon feed. Disebabkan syiok sendiri ni lah dah ter extend satu sem. Sebenarnya belum extend secara betul2. Extend dalam erti kata saya sendiri set kan target untuk abeskan dalam masa 2 tahun tapi ni terlebih satu sem sudah. Lepas ni no more. This is final sem. Hopefully. InsyaAllah. Aminnn....Uni tetapkan min 2 sem. max 8 sem. Jadi ada baaaaaanyak sem lagi? hoyeeeeeah!

Tips bila buat by research ni

1. Setiap data yang dapat kena jot down dalam note book baik2 sekali hari ngan tarikh. Walaupuyn data tu pada mulanya SV cakap salah. Simpan elok-elok juga. Sebab mungkin nanti data tu akan tetiba betul balik dan boleh diguna balik dalam paper atau thesis. 

2. Kena bersedia defend pendapat sendiri dengan bukti-bukti yang kukuh yang diperoleh dari journal-journal dan sumber-sumber yang boleh dipercayai. 

3. Setiap perbincangan dengan SV juga perlu ditulis elok-elok dalam buku nota. sebab kadang-kadang pendapatnya tidak sama hari ini, esok dan hari-hari seterusnya. 

3. Start tulis thesis siap-siap masa awal-awal semester lagi. Boleh mulakan dengan literature review dulu. Keep updating bila experimen dan mula, dah ada method ngan result. Buat selari dengan perjalanan master. Sebab nanti bila dah dekat nak habis. Thesis masih tak tahu kemana amik mana satu 2 sem pula untuk tulis thesis sedangkan lab dah habis. HuhuhU!

4. Habiskan semua requirement set by uni masa first two sem. Macam kena ada paper ke. Try submit paper awal. Baru rasa lega. Jangan last sem baru terhegeh nak tulis paper pastu tak tahu bila nak submit. Benda-benda berkait ngan paper publication ni bukan boleh buat sehari dua. Amik masa berbulan-bulan kadang2 tu setengah tahun. Lamanyeeeerrr..

5. Masuk-masuk terus rangka nak buat experiment apa, nak guna apparatus apa sebab barang yang kena order kena order cepat-cepat. Sementara tunggu barang sampai tu tulis LR dulu. Yang penting, Jangan buang masa! Eceeeeewahhh!!

Okelah. Kalau ada idea lagi saya sambung. 

Good luck!!

Tuesday, October 14, 2014

Salam Aidil Adha

Masih belum terlambat kiranya saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Hari tu sebenarnya nak balik kampung 5 hari saja. Tetiba terlajak sampai seminggu. Biasa kalau kat kampung saya memang lost connection dengan internet. Laptop tak bawa balik kampung. Internet kat phone lambat macam siput. Jadi saya yang kurang sabar ni mengambil inisiatif untuk kurang melayari internet waktu di kampung. 

Jom layan gambar sekitar hari raya hari tu. 


Kaum lelaki kalau hari raya korban kena pakai t-shirt je

Membolat dengan jayanya


dhiya amani sebok tengok lembu

makcik, sepupu, me & nenek

dhiya amani control cun =)


Monday, October 13, 2014

Cita-cita saya

Saya ada banyak cita-cita. Antaranya saya nak ada blog dot com saya sendiri. Mungkin namanya anisnurdhiani.com. Hehe! Tak salahkan berangan. Tapi nak ada blog dot com taklah sesusah cita-cita saya yang sebelumnya yang mana saya kena gapai dulu sebelum saya ada blog dot com. 

Apa cita-cita sebelum tu yang kenal gapai dulu? Biarlah ia menjadi rahsia saya buat masa ini. Tapi saya sudah cukup bersedia untuk menggapainya. Cuma mungkin masa dan keadaan belum sesuai lagi. 

Oh! blog dot com =)