Monday, October 20, 2014

Google street view

Hari tu heboh kejap pasal google street view kat FB. Jadi saya pun tak nak ketinggalan juga. 

Macam mana nak tengok google street view ni? Mula-mula kepada yang guna laptop or desktop. Masuk google map. Pastu tengok belah bawah kiri ada orang warna kuning. Drag orang tu ke mana-mana jalan yang kita nak tengok. Macam gambar kat bawah ni. Orang tu ada dalam bulatan merah. 


Nanti bila dah drag akan keluarlah gambar keadaan tepi atau sekitar jalan tu seolah-olah kita berada kat mana orang kuning tu ada. Tapi jangan risau from my personal opinion google street view ni tak bahaya sangat seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang kat FB. 

Sebabnya ia bukan live update pun. Gambar-gambar yang diambil adalah beberapa bulan yang lepas. Ada tu siap claim lagi pencuri boleh nampak kita masa nak gi mencuri tu lah. No no itu tidak benar rasanya. 

Nak tengok rumah saya tak? Jom. Ni rumah mak kat kampung. Walaupun kecik, tak cantik, rumah ni lah kalau dengar nak balik kg semangat berkobar-kobar. Kata orang kebahagiaan bukan diukur dengan nilai material bukan? =)


Bawah ni pulak rumah mak saya yang satu lagi. Tapi sayang tak nampak sebab terhalang ngan pokok rambutan yang merimbun seperti dalam bulatan kuning. Kami balik rumah ni bila raya puasa ngan raya haji je. Lain-lain hari kami lagi selesa duk rumah kat atas tu. Mak cakap nak pindah duk terus rumah bawah ni tapi tak tahu bila. Saya personally lagi suka rumah atas sebab dekat ngan kampung husband. Sebelah kampung je. 


Ayah saya ada satu lagi rumah. Yang rumah homestay tu tapi tak leh tengok sebab kena masuk simpang. Kebanyakkan rumah yang nampak dalam google street view ni rumah yang kat tepi jalan je. Kalau semua lorong orang google nak masuk amik gambar jenuh lah kan?


4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ada baik dan burukanya mengunakan teknologi ini
berhati2

nohas said...

bestkan ada street view ni..kalau nak pergi tempat2 yg tak familiar, boleh riki-riki dulu..

Diana Rashid said...

ye la..kalau di pikir2 tak de bahaya pun..cuma lepas ni kita kena private kan sikit la alamat rumah sama macam kita private kan no tel..kan??

Amanda Suria said...

apapun kena extra carefull...beringat sebelum kena...orang zaman sekarang ni macam2 kepandaian...ehehehhe..