Tuesday, October 28, 2014

Jeruk mangga asam boi


Ahakz tak nak kalah. Rata2 kat FB orang duk post gambar ni kan. Jadinya dengan gigih mintak husband benti dekat gerai buah sebab nak beli mangga. Husband pun melayan je. Tq sayang =P

Resepi asal google je. Tapi sukatan suka hati sendiri. 

4 biji mangga muda
3 biji cili padi
6 biji asam boi
5 sudu besar gula
secubit garam

Gaul2 semua bahan masukkan dalam botol simpan dalam peti ais semalaman. Bangun2 tido rasa. Wah! not bad. Percubaan pertama ni. Macam berjaya lah juga. Ada rasa dan yang penting rangup. Krup krap bunyinya. 

So, kepada yang belum cuba bolehlah cuba. Tak susah mana pun nak buat ni. Kalau beli online takut tak best pula bila sampai kat kita nanti. 



2 comments:

Kakak Norihan said...

Assalamualaikum sahabat

yelah dlm blog pun gitu juga.... nmpk mcm sdppp sgt kn...

nohas said...

Kecur air liur..hmm..sedapnya..