Monday, October 27, 2014

Berputus asa. Perlukah?

Fb sekarang sudah tidak selamat untuk up status mengarut2 dan privacy. Berbeza dengan frenster dulu2. Hanya ada kenalan baya2 diri sendiri sahaja. Sekarang FB semua jenis umur ada. Majoriti kebanyakkan rakyat Malaysia ada FB. Kawan2 sekolah rendah, kawan sekolah menengah, uni, matrik, kawan sekerja, orang-orang kampung, kawan berniaga online, sedara mara, yang besar kecik yang tua dan muda. Nasib baik ada blog. Leh lah tulis tulis kat sini. Tapi tak tahu lah kot kan. Blog ni open sapa2 leh baca tapi takde lah naik dalam newsfeed masing-masing. Kira okeeeeeelah. 

Berbalik kepada tajukk... Baiklah. Saya ni jenis senang nak let go something. Contoh. Ini contoh sahaja. Dengan kata lain contoh sebelum kawen dulu2 lah ni. Jika saya suka seseorang. Suka sangat2. Sampai terbayang termimpi terangau semualah. Sekiranya saya dapat tahu dia ada orang lain, suka orang lain, keluar dengan orang lain. Ubatnya hanya lah menangis gler2 sekali. Lepas nanges rasa release dan saya dah boleh lupakan orang tu terus dalam hidup saya. 

Contoh kedua. Saya suka gler2 tupperware suatu waktu dahulu. Sampai satu waktu tu rasa setiap katalog ada yang berkenan dan terbeli. Pernah terfikir macam mana lah nak stop habit yang tak berapa elok tu. Suatu hari ada sesuatu terjadi. Dan saya rasa tawar hati gler2. Terus saya leh lupakan tupperware macam tu sahaja. Sampai berbulan-bulan tak g stokis. Sampai dah tak tengok pun katalog tupperware dan kalau tengok pun dah rasa macam taknak beli sangat. 

Samalah jugak macam belajar ni. Yerp, saya memang bercita-cita tinggi. Dan harapan untuk habeskan belajar ni juga tentunya tinggi. Tapi di pertengahan jalan sesuatu terjadi. Saya jadi tawar hati sangat. Kalau ikutkan perangai buruk memang boleh BERHENTI dah. Tapi bila fikir2.. saya takleh berhenti macam tu sahaja sebab ini akan melibatkan ramai pihak. Mungkin ramai akan kecewa terluka dan macam-macam lagi kalau saya berhenti macam tu sahaja setelah apa yang saya lalui. Tapi terus terang memang saya rasa tawar hati sangat dah. Kalau ikutkan memang macam sikit je lagi nak abeskan. Tapi yang sikit tu lah susahnya rasa. Allahuakbar. 

SEKIAN. 

1 comment:

Nurzakiah Hanum said...

usaha selagi termampu dan kalau dah habis usaha serahkan kepada allah