Thursday, December 11, 2008

Malas

Terasa sedikit malas untuk balik awal ke UTP. Harap2 nya chemical sampai lambat. Tapi cuak jugak kalau lambat start experiment takut lambat dapat siapkan lab. Waa..sedang berhadapan yang conflict dalaman yang agak membimbangkan =P Harap2 nya dapat abeskan sem depan dengan jayanya. Tak saba untuk melangkah ke dunia baru selepas hampir 18 tahun bergelar pelajar...=)

Saturday, December 6, 2008

Salam Aidil Adha

Sempena kedatangan Aidil Adha ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada sume kawan-kawan. Dah lama tak masuk ke sini. Kat rumah takde internet =(

Thursday, November 20, 2008

Ayat-ayat cinta



Ayat-ayat cinta. Best sangat cerita ni!!

Monday, November 17, 2008

TAg ke-6

Opss..opposite gender?
Actually I have tag by Dalila

What is the relationship of you and him?
He is the person that I love

Your 5 impressions towards him
1. Tabah dan penyabar
2. Tetap pendirian
3. Agak serious
4. Tak mudah marah
5. Seorang yang manja walaupun dia tak pernah ngaku..but I like it =)


The most memorable things he had done for you
Came to my house every Eid-fitri walaupun saya tak layan dia time tu

The most memorable things he have said to you?
Walaupun kat dagu awak ada parut, saya tetap suka awak..haha!!

If he becomes your enemy, you will
I just cannot imagine

If he becomes your enemy, the reason is
I don't know what reason

The most desirable thing to do on him is?
A lot..

The overall impression of him
Sangat baik hati

How do you think the people around you will feel about you?
Sometimes they like me and sometimes not...but it just what i feel..just forget it!

The character of you for yourself is?
Moody

The character you hate of yourself is?
Not have self-confident

The most ideal person that you want to be is?
Seorang yang pemaaf, penyabar dan penyayang..

For the people who care about and like you, say something about them.
I really don't know how much you like me..but thank you very much. I'm actually need you in my life because you are my friends.

10 people to tag
1. Rosli
2. Wanitita
3. Dzeti
4. Dayah
5. Fatin nabila (my junior at scipp)
6. Ili nabila
7. Aru
8 - 10. Others


Who is no. 2 having a relationship with?
My hosmate from my 1st until 3rd year at UTP. Miss u so much wani..haha!!

What is no. 1 studying about?
Chem eng.

Is no. 4 single?
Not sure..

who is no. 5?
As mentioned..she is my junior at my beloved school. SCipp~~

Say something about no. 6?
Jiwang..ye tak..Opss maaf

K..done!! For the people that got tag from me. Make sure haa you do it. NO matter you are buzy with your exam!!! Haha..just kidding.

Saturday, November 15, 2008

Oh akhirnya aku dapat jugak update blog kat bilik

Disebabkan banyak sangat kekangan untuk ku mengupdate blog kat bilik. Jadi blog kali ni mempunyai beberapa tajuk. Kalau nak update kat IRC boleh, tapi since gambar aku kat dalam komp susah jadinya..

PANGGILAN HAJI


Hari tu masa study week aku sempat balik kampung 3 hari, sebab nenda tercinta nak pergi menunaikan haji. Aku berpeluang hantar dia kat lapangan terbang. Walaupun penat tapi berbaloi sebab leh jumpa nenek aku.


aku ngan mek


budak kecik


aku ngan budak kecik


mek ngan cucu-cucunya


suasana kat lapangan terbang tu


ramai sangat orang


kitorang siap terpisah bape kali, pastu jumpa balik

Kami doakan mek selamat menunaikan haji dan selamat balik nanti..AMIN...

TAG KE-LIMA

Dan hari tu aku ditag oleh Rosli. Hehe..baru hari ni berjaya meloloskan diri untuk buat tag ni =)

The rules for this tag will be -

* take a recent photo of yourself OR take a picture of yourself RIGHT NOW.
* DON'T change your cloth. DON'T fix your hair, just take a picture.
* Post that picture with NO editing.
* post this instruction with your picture.
* Tag 10 people to do this.

Sowii..sebab dah lama tahu ditag, jadi gambarnya sudah diprepare awal-awal....kira acila kan..


Gambar ni diambil sebaik sahaja sebelum pergi beli makanan petang semalam. Erm, ape komen anda. Aku nampak muka aku cam kusam jerk. Kenapa? Mungkin tension kena study banyak-banyak. Atau mungkin aku kena belajar pakai mekap yang nipis-nipis tu untuk naikkan seri muka. hehehe. Macam-macam kan aku ni..Erm satu lagi aku nak tanya. Korang perasan tak, mata aku juling. Dulu aku tak rasa sangat tau. Tapi lately aku makin perasan bila tengok gambar mata aku memang juling lah..huhuhu!! Atau aku memang sebenarnya perasan..NO KOMEN!

So, sepuluh orang yang terawal baca post ni aku tag korang untuk buat. Kalau dah buat kira tak yah buat. Baik tak aku ni? =)

SOMETHING WRONG SOMEWHERE

Mende ni telah berlegar-legar kat dalam fikiran aku masa kat IRC tadi lagi. Entah mengapa aku tak tahu di mana silapnya. Sejak aku masuk ke UTP sehingga ke hari ni aku rasa ada mende yang masih terbuku di hati aku ni. Dulunya sebelum masuk 'U' aku pernah terfikir untuk jadi seorang pelajar yang cemerlang bila study kat uni.

Tapi setelah masuk ke UTP ni, daripada first semester punye result sampailah last sem, semuanya seolah-olah tidak mencapai apa yang aku targetkan. Kata orang, manusia tak pernah puas dengan apa yang dia dapat. Aku cukup bersyukur sebenarnya. Tapi rasa hendak memiliki dan mendapat keputusan yang baik itu sebenarnya ada. Aku nak sangat mengulangi sejarah-sejarah dulu yang pernah aku capai. Tapi makin aku nak, makin aku rasa macam tak dapat.

Mengapa aku timbulkan hal ini disaat aku hanya tinggal satu semester lebih je lagi untuk menghabiskan pelajaranku di sini? Sebenarnya tidak, setiap hari pun aku terfikir. Tapi sekarang baru aku meluahkannya dengan kata-kata. Bila aku tengok balik apa yang aku belajar, aku akui tidaklah susah sangat sebenarnya. Tapi kenapa aku tak boleh. Kawan-kawan aku boleh je.

YA ALLAH, Aku memohon keampunan dariMU. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan. Permudahkanlah perjalanan hidupku. AMIN..

Wednesday, November 12, 2008

Internet down

Entah kenapa dah nak dekat seminggu aku tak leh connect internet kat bilik. Internet down ke?? Ke dia tak bagi aku guna internet di kala study week. Pape pun aku berjaya jugak menceroboh internet IRC untuk mengupdate blog ni.

Oh ye, aku tak leh guna wireless sebab aku guna PC. Member cakap kena beli external ape tah kalau nak guna wireless. Takpelah, esok2 ok lah tu.

Okay. Doakan kejayaan ku dalam final ini. Aku mengherap sangat2 aku berjaya dalam final kali ni. At least lagi baik daripada sem2 lepas.

Aku doakan kejayaan korang jugak.

Thursday, November 6, 2008

A sad story...

I forgot already where i had copy and paste this story. Before delete it in my desktop better i put it here to share with all of u =_)



A sparrow was in love with the white rose. One fine day this sparrow proposed the white rose..the white rose said when she turns red then she will love him..sparrow tore his body and slowly spreads his blood on the white rose and it turn red. the red rose fell in love with the sparrow but the sparrow has gone. this is love.. if you really love someone, appreciate them,take care of them, love them unconditionally and accept them as who they are with open heart..

Wednesday, November 5, 2008

Tiada siapa tahu (part 1)

Sebenarnya dah lama cerita ni bersarang kat dalam desktop aku. Memandangkan aku sayang nak terus delete aku letak kat sini. kalau ade masa insyaallah akan ada part 2..enjoy reading =)

"Argh..dahaganya", sambil matanya melilau mencari kedai minuman. Tiba di hadapan sebuah mini market, dia segera menolak daun pintu dan ketika itu juga lah mata-mata asing memandang kearahnya. Namun itu semua tidak menghalang niatnya tadi. "Ambik..", kasar bunyinya. Setiap kali hendak membayar makanan atau minuman yang dibelinya dia terpaksa meninggikan suara. Bukan niatnya untuk berkasar, tetapi orang-orang di sekelilingnya seolah-olah memaksa dia untuk berkelakuan begitu. "Aku bukannya gila, aku manusia sama macam mereka jugak", gumamnya.

Cermin itu dipandangnya lagi. Sejak kebelakangan ini dia banyak menghabiskan masa terluang di hadapan cermin itu. Sekadar duduk merenung nasib diri. Tidak seperti dulu, setiap kali berhadapan dengan cermin tangannya galak membetulkan mana yang dirasakan tidak sedap dipandang mata. Dia bukanlah lelaki hensem yang digilai oleh wanita-wanita. Dia hanyalah lelaki biasa yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Penampilan yang kemas, sikapnya yang ramah membuatkan ramai orang suka berkawan dengannya. Tanpa disedari manik-manik jernih mula menerjuni lurah pipinya melalui jambang yang tumbuh melata. Pipinya yang dulunya berisi kini cengkung menampakkan dia lebih berusia daripada umurnya yang sebenar. Fikirannya kosong.

____________________________________________________________________________________

"Mak, Nani dapat mengajar di Kuala Lumpur", dia tersenyum bangga kerana usahanya bergelumang dengan buku-buku selama di universiti membuahkan kejayaan. Bulan hadapan dia bakal bergelar seorang guru. Siapa sangka anak seorang petani mampu memasuki universiti dan seterusnya menjadi seorang pendidik untuk anak bangsanya. Sememangnya itulah cita-cita Nani sejak dulu. Walaupun terpaksa berjimat cermat sejak di bangku sekolah lagi dia tetap bersemangat untuk mencapai apa yang diimpikannya. "Mak tumpang bangga dengan kamu Nani", ujar Mak Mah terharu. Dia sedar, anak-anaknya tidak menjadikan kesempitan hidup mereka sebagai batu penghalang untuk mereka mencapai kejayaan dalam pelajaran. Abang Nani, Amirul juga telah berjaya menjadi seorang peguam. Sekarang Amirullah yang banyak membantu mereka sekeluarga. Walaupun ayahnya masih bekerja, namun kudratnya sudah tidak mampu untuk mendapatkan hasil seperti dahulu. Sekarang dia mampu tersenyum kerana Nani pula akan melangkah ke alam pekerjaan. "Nanti mak ngan ayah tak yah keje lagi", sememangnya itulah hasratnya sejak dulu. Kesian dia melihat mak dan ayah membanting tulang empat keratnya untuk membesarkan mereka berdua. Sudah tiba masa mak dengan ayahnya merasa hidup senang.

____________________________________________________________________________________

Nani membelek-belek baju kurung kuning air yang dipakainya. Dengan corak bunga besar yang senada dengan warna kain menjadikan Nani bertambah manis. Nampak sopan. Perasaan berkobar-kobar untuk memulakan tugas barunya. Dia disambut mesra oleh rakan sejawatnya. Mereka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan dan tunjuk ajar kepada Nani. Maklumlah, dia masih baru dan tidak tahu selok belok di situ.

"Penatnya, bukan senang nak jadi cikgu ni", bisik Nani perlahan. Mungkin disebabkan terlalu penat, seketika kemudian dia terlena. "Ya Allah Nani..kenapa la kau tak tutup tv?" bebel Mira yang baru balik kerja. "Kau tau tak dah pukul berapa ni?..bangun! bangun!", jerit Mira lagi. Dengan langkah malas Nani mencapai tuala untuk membersihkan badannya.

Mira merupakan teman Nani semasa di universiti. Dua orang rakan serumah nya yang lain merupakan rakan-rakan sejawat Mira dan mengajar di sekolah yang sama dengannya. Selalunya dua orang tu balik lewat petang kerana mereka mengajar kelas PMR dan SPM. Jadinya mereka terpaksa bekerja keras dengan mengadakan kelas tambahan di sebelah petang.

____________________________________________________________________________________

Monday, November 3, 2008

To my besfriend

Mu final minggu ni kan?
aku doakan mu bleh buat.
Nati balik kelate InsyaAllah kito jupo.
Ni aku nak upload gambar masa aku jupo nge mu hari tu.
Walaupun mu buat muko mace2 aku nak letak jugak.
Doakan aku biar leh buat jugak.

eh sapo sore lagi tu =P

aku dan kamoo

control ayu la mu ni..doh la pakai baju pink

p/s: to all my friends..GOOD LUCK..
all the best

Tambun

Serious aku tak pandai nak upload gambar kat blog ni.
Dah la nk upload susah. Pastu bila dah dapat arrangement
dia plak ntah pape. Maybe layout yang aku pilih menyebabkan
dia jadi cam ni. Atau maybe sebab
aku kurang skill nak upload.

Pape pun aku nak upload jugak tak kira. =)
Ni gambar masa aku g Tambun hari tu..Since internet dah
agak ok aku berkobar-kobar gak la nak upolad gambar.
Tapi bila upload je ilang, upload lagi ilang lagi.
Tu yang tak tahan.

berendam la plak dia

bersama 3 ekor itik

posing je keje

sukela tu leh naik itik

Aku tahu senyum je
binatang apa tu aku tak tahu

awak buat apa kat kucing tu?/..

Nanti kita datang lagi ye =P

Saturday, November 1, 2008

Aku mesti rindu saat2 ini

Ahli group Sue,
aku punya group tak sempat nak amik gambar

senyum je arai

danial menyebok

Seriousnya, bincang apa tu?!..=P

ha ha korang bt apa ni
kelam kabut jerk nampak

focus2..

dari kejauhan

korang nampak tak apa yang aku nampak?..hehe

nampak budak2 ni la..

Ni time abes presentation PDP. rasa lega sangat time ni. Sebabnya rasa cam banyak sangat keje untuk PDP ni. Gambar2 ni semua aku candid kat dalam lab and kat depan lab. Yang belum siap lagi cam tension jerk. Yang senyum2 tu dah abes ler tu. Macam2 aksi kita leh tengok. Nanti bila dah kluar mesti aku rindukan telatah korang. Janji tau, walaupun kita dah ade haluan sendiri nanti tapi kita still keep in touch. Mungkin nanti kita takleh nak ulang balik sume ni. Jadi kita kena manfaatkan masa yang ada ni sebaik2 nya. Memangla dalam hati tak sabar nak abes. Tapi dalam masa yang sama aku sebenarnya SAYANG nak berpisah ngan korang sume.

Kadang2 aku rasa keje kita teruk sangat. Nak siapkan benda tu la benda ni la. Tapi bila keje dah siap kita akan rasa nikmat nya. LEGA...Hari ni dah hantar Interim untuk FYP dan Final report PDP.

Just one more report to go, CA report. Also FYP oral presentation

Thursday, October 30, 2008

Kukira aku...

Haha,,tajuk tak menahan. Men letak je tu. Aku sebenarnya tengah takde mood nak buat pape. Tapi disebabkan ada lagi keje2 yang tak siap aku terpaksa menggagahkan diri untuk membuatnya. Dikala keboringan aku menaip2 di sini. Di ruangan yang aku sangat suka suatu ketika dahulu. Hampir setiap hari aku bukak walaupun aku tak post baru. Lately, aku rasa cam ade je benda menghalang untuk aku bersenang lenang kat sini. Jadinya aku telah menukar hobi dengan membaca blog orang lain. Dari satu link aku klik sampai la ke link2 yang aku tak kenal orangnya. Tapi cam mne ye, diorang leh buat orang suka baca post diorang. Ku kira aku tidak mempunyai skill tu.

Aku sekadar menulis apa yang ada di benak fikiranku. Untuk meluahkan rasa tidak puas hati, rasa sayang, rasa suka & duka dan macam2 lagi lah. Dulunya aku buat blog ni suka2 je. Tapi aku tak update sangat. Nak dijadikan cerita, suatu hari tu wani PM aku dia cakap dia link kan blog ku ngan blog dia. Mulai hari tu aku mula aktif berblog. Sampailah sekarang, walaupun aku sebenarnya jarang sket update.

Erm, aku tak bagitau lagi korang. Hari tu aku ade buat fp sendiri. Kalau nak tengok klik kat sini

Monday, October 27, 2008

Hatiku milik dia

Salam..

Terlalu banyak perkara yang terjadinya tanpa diduga.

DUlu, tidak terlintas di fikiranku untuk semua ini. Yang aku tahu, aku dan duniaku. Tanpa perlu memikirkan tentang orang lain selain family n kengkawan sekeliling.

Kini, tidak lagi. Hadirnya dia membuatkan aku terfikir. NIkmat cinta adalah anugerah yang hebat dariNya. Bagaimana kita boleh mencintai orang lain selain diri sendiri sampai macam ni. Entah, aku tiada jawapan tapi apa yang kurasa sudah cukup untuk menggambarkan betapa hebat nikmat cinta kurniaanNya.

Semoga nikmat ini akan terus mengiringi kami. Tidak terlintas di fikiran ini untuk menukarnya dengan cinta baru. Dia terlalu berani untuk mendapatkan hati ini. Dia terlalu banyak mengajar aku erti semua ini. DIA, yang ku sayang.

YA Allah, semoga semua ini mendapat keredhaan dariMU.

p/s: Doakan semoga ia disusuli dengan ikatan suci =)

Wednesday, October 15, 2008

Tag keempat

Sebenarnya tak kena tag pun. Tapi tag ni diamik daripada blog am. Saje merajinkan diri =)


My Top 10 Most Favorite Foods

1. Yong Tau Fu
2. Nasi kerabu
3. Nasi Dagang
4. Sweet corn
5. Laksam
6. Bihun Sup
7. Ketupat Sotong
8. KFC
9. Nata d coco
10. Dadih segar =)

10 Things I Love Doing

1. Tulis blog
2. Main mesej
3. Calling2
4. Gossiping
5. Tengok movi
6. Baca magazine
7. Surfing internet
8. Joking
9. Chatting
10. Sleeping

5 Types of Guys I Adore

1. Tak ensem sangat, sedap mata memandang
2. Tak baik sangat tak garang sangat
3. Ada pengetahuan agama sket2
4. Pandai jaga hati ku ini
5. Setia

5 Things I Love Doing When I'm EMO

1. Nangis
2. Tulis blog atau diary
3. Marah dia, cian..
4. Tido
5. Chatting ngan sume orang yang nak chat ngan saya

5 Things I Love Doing When I'm Happy

1. Buat lawak
2. Cakap tak henti
3. Makan tak henti..ops berhenti jugak
4. Tak marah orang, cakap baik2 je
5. Senyum sepanjang hari

5 Things I Wish To Happen

1. Nak keje ngan petronas
2. Nak buat rumah
3. Nak kawen
4. Nak simpan duit banyak2
5. Nak g Mekah

10 Ridiculous Things I Wish I Can Do Before I Die

1. Gigit orang sepenuh hati
2. Walk to everywhere i can go
3. Memendekkan jalan balik ke kelate
4. herm...da tahu da...

My Top 10 Most Addicted Song

1 - 10. Sume lagu Siti Nurhaliza

5 Persons I Wish To tag

Lima orang yang paling awal baca post ni..Haaaa you!

Aku yang banyak keje

Nikmatnya menjadi student dikala banyak kerja yang amat
Berbagai report yang kene hantar
Bermacam test kena hadapi
Ditambah pulak dengan presentation2 untuk final year student ni

Ouhss...belajar itu memang susah
Tapi walau macam mana pun aku harus hadapi jugak

Ya Allah, kurniakan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini
Semoga aku tergolong dalam golongan orang2 yang sabar & tabah

Peace !!

Saturday, October 11, 2008

Bicara hati

Sejak balik dari cuti Raya Hari tu aku mulai terasa yang Perak ni jauh nya dari Kelantan. Mungkin sebab aku homsick. Dah 4 thn masih homsick?. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Tapi itulah kata hatiku. Aku mula terfikir, bestnya kalau UTp ni kat kelantan ataupun aku dapat masuk U kat Kelantan. Bukan aku fanatik sangat, tapi senang nak balik umah. Dulu masa sekolah, aku balik sebulan sekali. Pastu parent plak senang nak g melawat.

Tapi kenapa baru sekarang aku rasa? Di sem2 akhir kat UTp ni aku rasa kosong je. Macam banyak benda kat UTp yang aku pernah miliki tidak lama dulu makin menghilang. Kegembiraan yang suatu ketika dulu aku ada makin lama makin menjauh dariku. Yang menjadi hobiku sekarang hanya counting the day untuk aku menamatkan pengajian di sini. Adakah kawan2 se batch dengan ku juga berperasaan begini? Atau mungkin ini adalah simpton2 final year student?

Ya aku tahu tugas ku di sini untuk belajar. Tapi tanpa sweeat sour yang aku pernah rasa sebelum ni aku mungkin tidak dapat bertahan sampai ke tahap ini. DUhai semangat di mana kamu. Aku hanya memerlukan sedikit kekuatan untuk menghabiskan sisa2 perjalanan ku di sini.

Be strong ANiS!!

Friday, October 10, 2008

Aidilfitri 2008


Mok, Mek, Ummi & me

Dah lama berhajat untuk amik gambar ni. Tahun ni baru kesampaian. Gambar ni mungkin nampak biasa. Namun, disebaliknya ada makna yang tersendiri. Nak tau tak kenapa? Sebabnya setiap orang dalam gambar ni mewakili generasi masing2.

Mok = moyang. Erm, menurut ummi mok anak tunggal perempuan. So, kitorang takde moyang sedara sebab mok adalah satu2 anak mak ngn ayah dia.

Mek = nenek. Mek juga takde adik beradik lain. Dan dia juga satu2nya anak perempuan tunggal.

Ummi = Ummi ada adik beradik. 2nd, Cik Ngah & bongsu Ayah Sue. Tapi Ummi anak sulung perempuan.

Aku = Aku jugak ada adik2. Adik Afiq, Adik Arif & Acik. Tapi aku juga anak perempuan sulung.

Next = Anakku?? haha..just kidding. Belum lagi lah

Raya pertama

Raya kat rumah je. Pastu g jalan2 rumah dia. Erm, nervous gak la. Tak biasa pergi kan. Tapi nice. Layanan super duper. Hopefully bleh get long ngn family dia. Thanks..

Petang pergi rumah mok, jumpa mek and ayoh

Raya kedua

Pergi rumah mek sebelah bak. Meriah sebab ramai sepupu, pakcik & makcik.

Raya ketiga

Balik rumah. Pergi kenduri Jira & Jile. Meriah2. Ramai orang. Hopefully, korang bahagia sampai ke akhir hayat. Jile, jago Jira molek. Doakan kitorang jugak =P

Raya keempat

Sehari suntuk pergi jalan2. Balik lewat. Nervous, takut kena marah. Tapi alhamdullilah. Everything going well.

Raya kelima

Da2..taak raya da, nervous nak g utp tapi kerja tak siap2 =P

Thursday, September 25, 2008

Omelanku..

Sudah lama aku tidak mengukir kata2 kat sini. Letih? Banyak keje? Entah, banyak faktor sebenarnya. Ada je idea kat dalam fikiran ni sebenarnya.

Kengkawan blogger

Kepada yang membaca blog ini, terima kasih aku dahulukan. Walaupun kadang2 jejak korang tidak meninggalkan kesan, kunjungan korang tetap memberi kepuasan kepada diri ini. Setidak2 nya aku tahu aku masih ade korang dan aku tidak sendirian di sini.

Sekufu

Bercakap tentang sekufu aku tidak tahu sebenarnya apa yang di maksudkan dengan sekufu. Adakah dari keturunan yang sama? Level of education yang sama? Sama2 bergaji 4 atau 5 angka. Kalau nak dikirakan ciri2 yang aku mahukan, aku mahukan yang semuanya perfect. Yang tiada cacat celanya. Rupa? Wang ringgit? Status? Education? Pekerjaan? Tapi siapalah aku untuk menidakkan segala aturan yang telah ditetapkan.

Kenangan

Pernah sekali aku mengenali seseorang yang seharusnya di sini aku terpaksa merahsiakan identitinya. Apa yang ada padanya kukira memenuhi segala kriteria yang aku inginkan. Dia, tiada cacat celanya. Semua orang juga seolah merestui keadaan tersebut. Namun terasa begitu terguris disaat aku mengetahui yang dirinya tiada walau sekelumit perasaan yang aku harapkan. Masa terus berlalu.

Lebih berhati-hati

Hadirnya sudah lama, cuma aku antara sedar atau tidak merasa kengkadang dia ada dan kengkadang tiada. Tidak mahu mengulangi peristiwa luka aku membuat andaian jika sesuatu itu belum nyata jangan menelah. Ya aku berjaya.

Di sini bermula

Seiring usia, fikiran aku juga kukira makin matang. Dulu setiap apa jua keputusanku pasti adalah pengaruh daripada seseorang. Namun kali ini aku bertekad, apa jua yang berlaku aku mahu tempuhi. Ya, dia seorang insan biasa. Yang jika kukhabarkan cerita ini kepada umum aku terpaksa terima segala bantahan, segala macam nasihat yang akan membuatkan keputusanku menjadi tidak lagi teguh.

Salahkah aku jika aku memberikan ruang kepada insan yang mampu bersabar denganku. Insan yang tidak berselindung dalam menunjukkan yang dia perlukan aku. Walaupun pada pendapat umum dia tidak punya apa. Aku juga begitu, beranggapan yang sama suatu ketika dulu. Namun seiring masa berlalu, pandangan aku berubah. Bukan 45 degree malah mungkin 180 degree.

Ketahuilah bahawa aku juga dambakan kehidupan yang senang di masa depan. Sapa yang mahu menempah tiket kesusahan. Sapa yang mahu membina mahligai yang kita sudah tahu tidak dapat bertahan lama. Aku tidak mahu.

Bila difikir dari sudut positif, aku memberi ruang dan peluang untuk aku berkongsi nikmat yang Allah s.w.t berikan. Mungkin jika rezeki ku lebih boleh kukongsi dengannya. Mungkin jugak sebaliknya. Siapa tahu.

Tahu tak? Bukan mudah untuk aku buat keputusan ni. Tapi "ulat dalam cacing pun boleh hidup" inikan kita yang telah diberikan kemudahan dengan bermacam cara.

Mungkin tulisan ini akan ada sambungannya dan mungkin juga tidak. Faktor kerajinan bakal menyumbang 99%. Jika tidak ceritaku sampai di sini sahaja.
___________________________________________________________________________________________

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba aku mengambil kesempatan ini untuk memohon sejuta kemaafan. MOga kehidupan mendatang mendapat cahaya keredhaanNya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Sunday, September 14, 2008

Tag ketiga

Opss..aku telah di tag oleh Wani & Zeti

1) First time naik kapal terbang

Take pernah lagi, tapi hope one day aku dapat merasa jugak.

2) First time beranak

Ni pun tak pernah lagi . . .


3) First time pergi oversea

Ni pun tak pergi lagi jugak...waaa!! banyaknya impian idup yang belum terlaksana ='(

4) First time duduk jauh dr famil

First time? Masa darjah 6. Kat sekolah rendah aku ada asrama 'asrama desa'. Best gak la duk asrama ni. Tapi satu je la masalahnya. Aku selalu je nak balik. Max balik untuk seminggu ialah 3 kali. Walau macam mana warden tak bagi pun aku akan balik jugak tapi guna jalan pintas. (Jalan ni kenderaan tak guna) Sebabnya aku tak nak bagi warden tahu. So, total aku balik 7 kali seminggu. Opss rumah aku ngan asrama dekat je. Jalan kaki pun sampai.


5) First time keje

Masa intern hari tu, sebabnya hari2 cuti biasa aku suka tolong ummi kat kedai. Walaupun tak dapat duit tapi leh ringankan keje dia. Dah la aku jarang2 balik umah. Ummi cam tak bape bagi keje. Samalah, aku pun tak bape nak sangat keje time cuti.


6) First time rasa diri gemuk

Setiap hari pun aku rasa diri aku gemok. Sebab aku memang gemok. Kan2?? Erm,, korang tahu tak, aku sentiasa nak kurus, tapi bila berat aku turun sekilo ke aku da tak rasa comfort ngan diri sendiri. Mungkin aku da terbiasa macam ni. So, aku lupa kejap niat nak diet. Aku makan banyak2 balik. And diet lagi. Then, makan banyak lagi. Begitulah recycle idupku ini. Just wait and see macam mana keadaan aku di suatu masa nanti.. Berjayakah aku mengontrol diri untuk tak rasa tak comfort bila rasa berat badan dah turun. (Walaupun orang lain tak nampak pun lagi apa2 perubahan yang berlaku, aku dah rasa tak selesa..haih!)


7) First time bercinta

Mungkin masa 2nd yr or 3rd yr kat sini (uTP). Bercinta tak semestinya couple kan? =) Haa pelik gler. But everything aren't happen as what we want. Just forgive and forget. Now, i am happy. Hopefully forever and ever. Wink! wink!


8) First time rasa diri cantek

Susah sket nak citer ni, aku pun lupa bila first time aku rasa diri ini cantik. Yang pastinya aku akan rasa cantik setiap kali pas mandi.

9) First time masuk cinema

Tahun lepas atau dua tahun lepas. Aku pergi teman Intan jumpa kawan dia. Tengok citer apa aku da lupa. Tapi seyes aku tak leh tengok wayang. Jam yang pertama aku mampu bertahan lagi. Pastu wayang yang tengok aku. La la la~~


10) First time admitted in hospital

Setakat ni tak pernah lagi..Alhamdullilah!!

Sekarang saya nak tag Kak Sue & My rumate =P

Sunday, September 7, 2008

Biskut raya...

Hari ni baru 6 Ramadhan, tapi dekat k5 dah ramai orang jual biskut and kek raya. Aku mungkin tahun ni buat sendiri kot biskut raya. Yuhuuu!! BUkan nya sebab pandai ke apa, tapi satu kepuasan kalau buat sendiri. Biasa nya aku tak ikut sangat resepi. Main letak je. Cuma kena ada bacis untuk buat. Biasanya biskut raya yang aku buat lebih kurang sama setiap tahun.

Biskut kacang sebab ummi aku suka
Biskut arab sebab bak aku suka
Akulak suka biskut coklat
Lagi aku suka buat biskut semperit sebab senang, tekan je. Yang lain susah sket.

Tu yang wajib, yang lain aku men hemtam je. Waaa,, tapi memang best la dapat buat sendiri. Tahun lepas aku tak buat sebabnya cuti da dekat nak raya. So, ummi aku decide nak beli jer. Unfortunately, biskut yang ummi aku beli tu tak bape sedap. Harga leh tahan la. 50biji dalam rm20. Kalau buat sendiri ni, tak sedap sikit pun takpekan sebab kita yang buat sendiri. Lagipun untuk dapatkan 6 atau 7 jenis kuih hanya dengan rm50 je. Hehehe, economy gler aku. Tapi tular hakikat dia. Mungkin biskut ni mahal sebab amik masa kot nak buat satu2. Kalau home made la. Kalau kat kilang aku tak tahu.

Tapi aku ada aim satu kek coklat kat k5 tu, sebiji rm15. Ok lar, sebabnya aku tak suka buat kek. Pengalaman lepas2 aku buat kek asyik tak menjadi jerk. Last2, aku da surrender tak nak buat da. Bahagian kek aku serah kat ummi aku.

Ni gambar kek kat k5 tu. Aku da temppah dah. ErM,,, bestnye

Waaa..tak sabanya nak tunggu 25 @ 26 hb =P

Friday, September 5, 2008

Aku sedikit kecewa

Sebenarnya peristiwa ini sudah agak lama. Hari Kamis lepas. Aku agak excited nak tahu result intern. Petang Kamis tu aku bercadang nak balik kg. Tapi disebabkan ketidaksabaran aku, dan aku tahu result keluar hari kamis daripada pukul 2.30 sampai 4.30 kot kalau tak silap.

Aku dengan berianya pergi ke amik result. Dalam hati aku dah dapat rasa yang aku mungkin tak dapat macam most of kawan aku dapat. Pas aku bukak slip, yerp i only got A- for my 8 months internship. At that time i tried to be so cooled. Cool giler. Padahal aku jenis yang senang nangis. Tapi at last. Sampai2 kat bilik aku nangis jugak.

Sebab apa aku kecewa? mungkin sebab aku mengharap 4 flat untuk intern aku. Bagi student average macam aku, bila lagi aku nak merasa 4 flat selain masa intern ni. Tapi tuhan itu maha kaya, aku dapat A-. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Then, aku relize Dia masih sayangkan aku, sebabnya aku tak dapat B+ atau B. A- is ok what.

"Anis saba k. Tade beza pn A ngaN A-. Tape sem ni ko score K. Chaiyok2"

Ni one of my friend said. Thank you2. Terharu giler aku.

InsyaAllah, sem ni aku akan buat yang terbaik daripada sem2 lepas. Semoga detik2 akhir aku di UTP ini, aku mampu mencipta sejarah tersendiri.

Wednesday, September 3, 2008

My collection 2


Gambar yang ni tak lawa sangat
Tak brape pandai nak amik


Arctictis binturong
Cynogale bennettii


Yang ni nama dia tak brape nampak =)


Pelayaran Mengelilingi Dunia Secara Solo


Ekspedisi Gunung Everest
Ekspedisi Berpayung Terjun di Artik


Piala Thomas-Uber KL 2000


Permainan Tradisional Kanak-kanak
  1. Tarik Upih
  2. Ting-ting
  3. ___ Basikal
  4. Guli
  5. Layang-layang


Bunga2


Buah-buahan tempatan
  1. Binjai
  2. Salak
  3. Cerapu
  4. Jambu

My collection




Sejarah
  1. Vas Tembikar (New stone age)
  2. Tapak Penghentak Pintu (800AD)
  3. Genting Penutup Cucur Atap (100BC)


Seniman Agung P. Ramlee


Petronas Twin Towers


Buah-buahan tempatan
  1. Belimbing Besi
  2. Manggis
  3. Rambutan
  4. Nanas

Buah-buahan tempatan
  1. Asam Gelugor
  2. Pulasan


Sukom '98

Yes to life, no to drugs


World Cup Golf


Malaysian Grand Prix 1999 Sepang


The Silver Jubilee of KYDMM Sultan Pahang


Burung
  1. Burung _____ Telinga Perak
  2. Burung Sepah Puteri Hitam
  3. Kuang Raya
  4. Lang Merah
  5. Ayam Pakiak
  6. Lang Berjambul


Binatang
  1. Panthera Pardus
  2. Dicerorhinus sumatrensis


Mawar (Rosa hybrida)