Disebabkan buat masa sekarang ini study adalah diri saya yang kedua. Maka probability untuk saya update pasal study adalah sangat banyak sekali. Jadi layankan je lah ye.
Walaupun saya ini kecik kalau dilihat dalam peta dunia, hakikat saya gemuk gedempong. Tetapi saya mempunyai hati yang sangat besar. Mahu menggapai cita2 yang memang saya impikan sejak dulu lagi.
Perjalanan untuk saya sambung master bukan mudah. Saya convo untuk undergrade ialah pada Ogos (kalau tak silap, malas nak tgk transkrip), 2009. Dan insyaAllah, September 2012 baru saya berpeluang untuk bergelar pelajar semula dan berjuang untuk mendapatkan master yang di idam2 kan.
Dulu, saya berhajat mahu sambung terus bila abes belajar. Tetapi di tahun akhir tetiba saya ada boyfriend dan merancang mahu kawen. Syarat mak & ayah saya hanya benarkan saya kawen apabila saya bekerja. Jika tidak No! No! No!. Makanya saya bertekad untuk kerja dulu apa2 hal pun. Jadi postpone di situ.
Lepas 6 bulan, Alhamdullillah saya dapat kerja dan tak lama lepas tu kami kawen. Husband kat Melaka saya kat KL. Husband ajak pindah Melaka sebab kos idup kat sana rendah sikit banding ngan KL. Tapi saya tak mahu, alasan utama universiti kat KL banyak dan saya ada banyak pilihan untuk sambung belajar jika kami kat KL.
Alhamdullillah, 5 bulan selepas kawen husband berjaya pindah KL, dan saya mula apply kebanyakan uni kat KL ni untuk sambung master. Ada satu je yang bagi feedback masa tu. UPNM. Saya sangat gembira sebab uni tu hanya dalam pagar rumah saya je. Tak perlu drive jauh2 dan hanya amik masa kurang 10 minit untuk sampai. Ye, saya dikatakan sudah dapat tempat tapi takde grand. Saya tunggu hampir 2 tahun.
Dalam pada itu, saya apply jugak universiti lain. Finally saya dapat uni yang sekarang ni. Tapi startnya bulan 9 nanti. Sekarang saya ditugaskan sebagai RA. Tugas saya hanya baca sahaja apa2 berkaitan dengan research yang saya mahu buat. Kadang kala boring + sakit kepala sebab asyik baca. Sangat banyak masa terluang. Hari ni seperti di katakan semalam saya mahu duk rumah je. And yes! saya tak pergi pun.
Terfikir jugak. Dengan semua pengorbanan yang telah saya lakukan. Dengan susah payahnya saya apply tapi tak dapat, bila da dapat saya macam tak bersungguh2 pulak. Huhuhu! Tak suka dengan diri sendiri.
Setakat ini progress yang dah dibuat:
1. Baca journal - done (sesetengah da tak ingat!)
2. Order barang - done
InsyaAllah labwork will start in 2 or 3 weeks from now. Hopefully masa buat labwork semangat saya untuk belajar akan pulih macam biasa.
In addition, dulu masa belajar saya adalah harapan mak, ayah & adik2 je. Sekarang saya adalah harapan suami dan anak jugak.
2 comments:
Teruskan eira... kakak doakan. Bagus sebab eira masih punya semangat utk belajar...
singgah sini (^___^)
Post a Comment