Sempena keboringan yang melanda diri ini. saya nak bgtau kawan2 sume yang saya ad buat kutu bekas beras tupperware.
rm30 selama 10 bulan.
harga adalah termasuk kos pos
no ikut turutan sape yang bagi nama dulu
1. taken
2. taken
3. available
4. available
5. available
6. available
7. available
8. available
9. available
10. available
Thursday, August 30, 2012
Lupa mahu cerita pasal ini
Yang saya dapat trace entri nak sambung belajar ni bermula di sini, Jan 21, 2011. Berbagai option diutarakan.
saya sangat suka dengan quote ini. tak tahu lah ade ke tak orang quote macam ni kan.
" kalau nak capai bulan, kita kena aim bintang"
at least daripada option yang ade walaupun kita tak dapat apa yang kita idamkan tapi insyaAllah dapat sipi2 pun oke kan. ye saya sangat mahu sambung belajar kat UPNM tapi whattodo kan mungkin bukan rezki, UPM juga bukan. even dpt UM pun bukan biomedic. all in all I still continue my master kan.
that why lah saya bgtau kalau nak capai bulan kena aim bintang. hopefully u get what i mean =) ayat berbelit2 sudah.
Then I found this entry, July 3, 2011. still talking about further study.
keep talking about this without realize it finally I easily get the offer from UM to continue my study there. So people don't let you feel sad if you don't get thing as what you wish. InsyaAllah when the right time come the thing will belong to you or the things that you request may belong to someone else then Allah will replace it with something else. He knows better.
Ikut suka
motivasi
Tuesday, August 28, 2012
Smart phone itu kini milik saya
Sharing is caring k. Alhamdullillah sehari sebelum raya I manage to have my own smart phone. suka sangat. ingat entri2 berangan saya untuk memiliki smart phone, antaranya di sini dan di sini. Lepas tulis entri samsung galaxy S3 kami ke the mines survey2 phone. Tapi saya tiba2 tidak berkenan pula pada galaxy S3. tengok dalam internet tak sama dengan tengok in real. kemudian saya terbekenan pulak pada galaxy note. sebab saya suka size dia. walaupun ia besar dan ia mungkin menyusahkan saya untuk membawanya ke mana2...saya tetap suke juga. tp instead of samsung galaxy note saya berjaya memiliki samsung galaxy tab.
dan semakin hari saya semakin yakin. apa yang kita impikan. mahukan. tulis, tulis, tulis tengok tiap2 hari baca impian2 kita, diikuti dengan usaha dan berdoa kepada Allah s.w.t dan insyaAllah kita akan berjaya memilikinya. sudah agak banyak benda yang saya duk coretkan kat sini walhal semasa saya coretkan itu saya langsung tidak ada idea bagaimana cara untuk memliki. tapi akhirnya ia menjadi milik saya juga.
InsyaAllah, kawan2 pun boleh buat cara yag sama juga. Mahukan sesuatu cuba tulis. Is up to u nak tulis in detail ke tak. but kalau tulis in detail lagi senang nak achieve kan. walaupun tak dapat the exact one at least u have chance to have it.
ini sume saya dapat masa menghadiri GEMS program kat merang dulu. walaupun ade sedikit ragu2, saya cuba juga apply teori ini dan hari makin hari saya rasakan ia berhasil. secara logiknya macam mana nak achieve benda yang kita sendiri tak pasti kan. jadi dengan menulis kita boleh plan clearly apa yang kita mahu dan kita akan berusaha cuba untuk memiliki lepas tu. dan insyaAllah lambat atau cepat kita akan berjaya.
broadband
entri pertama saya lepas menghadiri GEMS adalah pasal kejayaan saya memiliki broadband (feb 18, 2010). masa kat utp takpelah sebab nk guna internet cucuk cable je. bila da keje kena pandai2 sendiri nak idup. tapi masa tu laptop takde n broadband juga takde. maka lahirlah entri ini (july 24, 2009). tanpa sebarang idea saya menulis entri tersebut. yang mana masa tu laptop dan broadband, to have both at the same time memang sangat mustahil. duit cukup2 makan je.
laptop
sebenarnya keinginan untuk memilik laptop sudah disuarakan sejak berada di utp lagi. masa my PC monitor rosak (jan 13, 2009). July 24, 2009 keep on write the same thing. June 25, 2011 belum dapat lagi ke? ye belum dapat lagi. tulis lagi. then finally oct 11, 2011 i got my new laptop walaupun husband yang belikan ia tetap laptop saya. see how I get my laptop. keep writing on the same thing for two years and finally I get it. It such a happy sweet moment la jugak. even a laptop kan. bukan senang nak dapat tu. excited dpt laptop baru sampai tulis tajuk entri pun salah.
ini pun saya tulis jugak as my dreams. and now both of it saya miliki.
cadar kawan bagi masa kawen
pinggan mangkuk pun banyak dapat masa kawen. tapi pinggan yang paling saya sayang mestilah set corelle ini &; set vantage ini. alhamdullilah.
lot banglo
selama ini apa yang saya impikan dan inginkan kebanyakkan bercorak liability. as far as i know ni liability ni adalah barang yang kita miliki tapi akan susut nilai nya suatu hari nanti bila kita nak jual or whatsoever.
tapi aset adalah sesuatu harta yang kita miliki yang makin lama kita simpan makin bertambah nilai.
n now. sejajar dengan kedewasaan yang menghambat diri. saya mahu set target untuk memiliki satu lot banglo di kelantan dalam masa 3 tahun ini. sekarang survey2 harga dalam 35k up to 50k. huhuhu! makin lambat beli harga makin naik. tapi saya akan berusaha untuk memilikinya. InsyaAllah apabila saya sudah berjaya memilikinya saya akan kembali pada entri ini untuk melihat angan2 kosong yang di simpan elok disini. angan2 kosong sebab cakap je duit takde. macam mana nak dapat duit nak beli? kena usaha. dan saya bagi diri saya masa selama 3 tahun. InsyaAllah jika diizinkan Allah. Aminnnnn~
lot banglo
selama ini apa yang saya impikan dan inginkan kebanyakkan bercorak liability. as far as i know ni liability ni adalah barang yang kita miliki tapi akan susut nilai nya suatu hari nanti bila kita nak jual or whatsoever.
tapi aset adalah sesuatu harta yang kita miliki yang makin lama kita simpan makin bertambah nilai.
n now. sejajar dengan kedewasaan yang menghambat diri. saya mahu set target untuk memiliki satu lot banglo di kelantan dalam masa 3 tahun ini. sekarang survey2 harga dalam 35k up to 50k. huhuhu! makin lambat beli harga makin naik. tapi saya akan berusaha untuk memilikinya. InsyaAllah apabila saya sudah berjaya memilikinya saya akan kembali pada entri ini untuk melihat angan2 kosong yang di simpan elok disini. angan2 kosong sebab cakap je duit takde. macam mana nak dapat duit nak beli? kena usaha. dan saya bagi diri saya masa selama 3 tahun. InsyaAllah jika diizinkan Allah. Aminnnnn~
Ikut suka
motivasi
Dhiya Amani di hari raya
Gambar ni di ambil di pagi raya pertama. dhiya bangun awal hari tu. mungkin excited nak raya. lalu mama mandikan siap2. sebab kalau mama da mandi baru nak mandikan dhiya basah pulaks.
Beg duit raya tu recycle tahun lepas punye. Tahun lepas dhiya tak pakai pun beg tu sebab masih kecik cenonet. tahun ni pun pakai kejap ke risau takut beg entah ke mana nanti.
InsyaAllah tahun depan pun guna beg yang sama juga nanti. Lagi pun mama da simpan siap2 beg tu dalam almari. Amboiii untuk anak ke main berjimat cermat ye. hahaha! anak2 kena belajar berjimat dari sekarang. bila da jadi mak2 boleh lah nak boros sikit2 kan.
Baju kurung tu sedara yang bagi, alhamdullilah it suit well. sebenarnya ada satu lagi baju kurung dhiya tapi mama lupa nak amik gambar. padahal sehari suntuk duk pakai.
Ini pula di hari raya ke 3, gaun tu sedara dhiya juga bagi. actually da lama. tapi dia bagi saiz besar jadi masih boleh pakai buat raya. terkebetulan sama pulak bergaun ngan kakak sedara dia. jadi mama suh posing tangkap gambar. tp dhiya tak tengok pom
ini di malam raya ke 3. berbaju t-shirt bercollar ngan jeans. Ini request papa suh pakai cam ni. mungkin tak nak anak dia feel gegirl kot bile asyik pakai gaun je. last2 di bawanya anak naik motor. next baby hopefully leh geng ngan papa pula. tapi tak tahu bila lagi lah. insyaAllah bila ada rezeki.
Ikut suka
dhiya amani,
Raya
Monday, August 27, 2012
Salam Aidilfitri dari kami
Kiranya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada sume rakan2 yang sudi singgah di sini. Almaklumlah seminggu lebih di kampung, lupa terus nak berblog.
Layan gambar raya k.
Layan gambar raya k.
Family kecik: dhiya, mama & papa
Ini family besar. sorang adik takde dalam gambar.
tak dapat beraya di kampung kerana kekangan tugas.
Tahun depan insyaAllah beraya umah mertua pula =)
p/s: rumah dibelakang ini jika bukan musin perayaan dijadikan homestay. Kepada yang mencari homestay di machang boleh contact saya:
anis@eira : 019-9885546
booking adalah sangat kencang bila pendaftaran pelajar UiTM machang bermula
musim cuti sekolah a.k.a musim kenduri kawen
first come first serve =)
Wednesday, August 15, 2012
Sunday, August 12, 2012
Almost done!
Tinggal bape hari lagi dah nak raya. Macam tak percaya je. Hari tu masa buat check list, macam sangat banyak benda yang kena buat. Tapi alhamdullillah semuanya almost done. Syukur padaMu ya Allah kerana mempermudahkan segalanya.
Yang paling penting, biskut raya saya da siap. tinggal kalau ade kerajinan lebih baru tambah jenis lain. kalau tak rajin lagi cukup lah yang ni je.
keterangan nama ikut warna bekas:
1. ungu - biskut almond london (first time buat)
2. biru - biskut semperit
3. oren - biskut labu syawal
4. merah - biskut choc chips
5. kuning - biskut seputih salju
6. hijau - biskut kacang
Ikut suka
Biskut Raya,
Raya
Saturday, August 11, 2012
Beza raya dulu dan sekarang
Betul berbeza..
2009 - Masih beraya single mingle. Kami bertunang pada raya ke tiga.
2009 - Masih beraya single mingle. Kami bertunang pada raya ke tiga.
Kami pada raya pertama =)
da berpakat nak pakai sedodon
on our engagement day, raya ke-3
him =P
our cake
2010 - first raya as a husband and wife. dan saya beraya di rumah mertua. gambar ada satu ke kot. lupa nak snap banyak2.
ni je satu2 nya gambar kami masa raya 2010.
tetiba kami dapat baby kembar. haha tak lah. ini anak sedara we all
2011 - first raya as a wife and at the same time as a mother to dhiya amani. juga beraya di umah mertua.
mama & dhiya, kecik lagi dhiya mana ni. cute2 je lagi
now dah big girl. sume benda pun dah pandai =)
us ..masa ni dhiya da tido. penat beraya
2012 - this coming raya will be first raya me as a wife and as a mother at ummi house. suke gler lah dapat raya umah sendiri on first raya. bukan tak best raya kat umah mertua. tapi biasalah kan mesti lagi feeling kalau beraya di umah sendiri dengan sanak saudara sendiri. sebab tu terexcited dengan 3 pasang baju raya tu. nak pakai bila entah.
malam tadi lepas bersahur try2 tudung yang dapat hari tu. yang i citer warna purple tu. layan gambar nye ye
bila i pakai takdelah lawa mana pun banding bila tengok model2 tu pakai. mungkin diorang memliki kecantikan semulajadi, maka pakai apa pun nampak lawa. tapi dah terbeli pakai je lah kan
ini pula sandal...
nampak old school tak sandal ni. ni pun dah tak tahu nak pilih yang mana. last2 amik je lah mana2. at least ade pada takde.
handbag tak beli pun sebab sume handbag pun tak berkenan kat sogo semalam. yang berkenan pula harga tak bape berkenan. tengoklah dulu cam mana. purse dah beli online. esok kot sampai. macam persiapan raya almost done. tinggal nak buat biskut sejenis dua je lagi.
Ikut suka
Raya
Monday, August 6, 2012
instead of elastic it's brittle
mood sedih kembali ON, saya nak membrane yang elastic. takmo yang brittle. cam mana la pulak boleh jadi brittle nya. waa tak nak. disebabkan itu saya macam mengalami monday blues. malas pulaks nak baca journal ni. ingat nak alter sket experiment ni. Mungkin tunggu tengah hari kot.
Ikut suka
Master Study,
Study
Sunday, August 5, 2012
Biskut ke-2: Biskut Kacang
Resipi ni saya suka suki buat dan olah sendiri. Kalau mahu buat juga resipi kat bawah k. Rupa takde tapi rasa not bad k =P
Bahan2:
1. 3 cawan kacang tanah di goreng tanpa minyak ( betul ke ni, ke ade perkataan lain?) dan diblend halus
2. 3 cawan gula aising/gula biasa. mana2 boleh tgk nk structure kasar atau halus. tapi ni agak manis sket. boleh kurangkan.
3. 3 cawan gandum
4. 1 1/2 cawan minyak masak
Cara2:
1. Masukkan kacang, gula dan gamdum ke dalam bekas. gaul rata.
2. Masukkan minyak masak sikit2 sehingga adunan menjadi elok. Kalau keras leh tambah minyak kalau lembik kurangkan minyak.
3. Bentukkan adunan sesuka hati.
4. Bakar di dalam oven, suhu 150oC, 20 minit
Selamat mencuba~~~
Ikut suka
Biskut Raya,
masak-masak,
resipi
Biskut raya pertama: Biskut Labu Syawal
Hajat di hati nak buat biskut semperit dulu. Tapi hari tu tak singgah kedai lepas balik keje jumaat. Sebab semangat da ade buat je lah ikut barang yang available kat umah. Makanya inilah kali pertama saya buat biskut ni. Nama diberi Biskut Labu Syawal. Rupa tak labu sangat pun. Almaklumlah tak bape reti sangat nak buat tapi tetap mahu buat biskut sendiri jugak =P
Sumber: Majalah saji Ogos 2011, page 128
Bahan2:
1. 180gm mentega
2. 50gm gula aising
3. 200gm tepung gandum
4. 2 sudu susu tepung
5. 40 gm gula perang
6. Pes nanas
7. 2 biji kuning telur
8. Pewarna
Cara2:
1. Mentega & gula aising di pukul hingga kembang.
2. Kemudian, masukkan gandum, susu tepung dan gula perang. Gaul sebati.
3. Bentukkan aduanan seperti buah labu. Sebagai penyedap rasa, letakkan pes nenas sebagai inti.
4. Kemudian, sapu adunan yang telah siap dengan pewarna dan bakar pada suhu 150oC dalam masa 20 minit.
Ikut suka
Biskut Raya,
masak-masak,
resipi
Friday, August 3, 2012
Alhamdulillah!
Sudah hampir sebulan saya down. Sebabnya experiment yang saya buat tak menjadi. walaupun ni baru 1st step. walaupun saya tak register lagi untuk 1st semester. makanya saya terpaksa find out apa puncanya. baca journal lain. cari method lain. betul kata kawan saya rashidah. sambung master kena baca banyak. I agree with u now my friend. Sambung master ni sebenarnya bukan senang. banyak onak dan durinya. sebab itulah tak semua orang sambung master kan.
tambah-tambah pula saya sudah berkeluarga dan having a daughter. bukan nak kata mereka membebankan tapi bila balik umah, sebarang bahan bacaan mesti langsung tak tersentuh. kat umah saya full time housewife. tapi kat uni saya half time student. sebab banyak main internet. dush! dush! dush!
tapi finally what happened. experiment tak menjadi sebab saya hanya follow the instruction half way. next step after half way tu saya tersalah faham dan outcome nya mestilah tak menjadi. dan hari ini by following the correct one i got the thing that i desire to get. Alhamdullillah dan saya sangat happy! but i have to remember this is only 1st step banyak lagi yang saya perlu buat dan figure out pasni. masih banyak lagi onak dan duri yang perlu ditempuhi. walau apa pun saya sangat mengharapkan doa dari kalian. moga saya dapat abeskan pengajian ini pada masa yang ditetapkan sebabnya I have next mission to complete. wah! belum apa2 sudah bercakap pasal next mission. takpelah at least I have plan for a better future kan.
just for your information. tak tahu dah bgtau ke tak before ni. saya under civil engineering but doing membrane which totally dealing with chemicals and all sort of reactions. have to understand the degree of polymerisation and also the degree of sulfonation. sound civil or sound chemical. hahaha! but if sound chemical it suit me well sebab my degree is in chemical. however, i am using waste polystyrene plate which we always through away after a meal. yes i am using it. so, instead saving our earth it also saving our money.
Oh! belum tulis lagi pasal new blog title "lecture in the making". sebabnya every one yang masuk this blog mesti baca tajuk blog dulu kan. dan kata2 itu doa. harapnya doa2 kalian akan dimakhbulkan oleh Allah swt. Aminnn~~
Ikut suka
Study
Wednesday, August 1, 2012
Kuih @ biskut raya
Raya kali ini saya sudah decide mahu buat biskut raya sendiri. Dan yang paling teruja setelah 2 tahun plus kawen tahun ni baru saya berpeluang memiliki bekas biskut raya.
Dan semestinya ini adalah dari tupperware brand. Oh! saya bukan nak promote tapi kalau ada yang berminat boleh tel @ mesej saya, 019-9885546. Stok adalah terhad. Kebanyakan stokis sudah sold out benda ni. Untuk yang berminat insyaAllah saya akan cuba carikan =P Oke done of iklan.
Mungkin sebab biskut raya ni senang nak buat walaupun rasa belum tentu saya prefer buat sendiri. Kalau beli bagi saya agak mahal. Kalau modal seratus bila beli baru dapat 4 atau 5 jenis. Kalau buat da dapat banyak. Boleh bawak balik kampung dan tinggal kat umah KL juga. Biasanya saya lah yang tolong perabiskan kueh lepas raya.
Open house sempena raya macam takde kekuatan je nak buat. Sebabnya saya tak bape pandai masak. Lagi2 nak masak dalam kuantiti yang banyak. Mungkin pergi open house umah orang je kot. Tapi klau ada sape2 nak datang, datang je lah takde specific date. we all akan berada di kampung bermula 16 ogos selamat seminggu. Then lepas tu baru ada kat KL. Kalau nak dtg call nombor yang sama oke.
Btw, biskut yang wajib ada, saya tulis ikut turutan. semperit, coklat cips, sugi @biskut arab @ biskut makmur. yang lain belum tentu lagi. yang pasti bukan tart sebab saya tak pandai buat biskut tart. asyik tak jadi je. yang ni saya tempah =)
Ikut suka
Biskut Raya,
tupperware
Subscribe to:
Posts (Atom)