Thursday, February 14, 2013

Balik kampung

Hampir seminggu balik kampung. oh bestnya balik kampung. setiap kali balik mesti berkira2 mahu beli rumah kat kampung. tapi masih belum rezeki kami, asyik g tengok rumah yang salah saja. ye lah kadang2 rumah kawasan banjir pun mahu jual. kawasan yang tak elok juga mahu jual. kawasan elok pula mahal. huhuhu! insyaAllah rezeki akan datang kemudian. yang penting ada cita2. 

Kalau orang tanya kenapa saya suka tinggal kat kampung. mahu kerja kat kampung. mahu buat rumah kat kampung. saya takde jawapan yang betul2. yang penting sy mahu macam tu. 

Balik kampung best. yang tak bestnya satu badan dhiya amani kena gigit nyamuk. sebab satu malam tak pasang kelambu. ingatkan oke. sekali bangun2 abes satu badan, mama & papa tak kena gigit pula. 

Kenduri

Masa cutilah ramai kawan2 yang kawen. biasanya kalau kawan2 kat kelate saya seboleh mungkin mahu hadiri majlis korang masa cuti2 macam ni. sebab kalau waktu2 lain tak balik kg. confirm2 tak dapat pergi. tapi tu lah. kadang2 balik sekejap. macam2 nk buat. melawat sedara mara lagi. jadi dapat lah pergi ke satu dua rumah saja. tapi hakikat sebenarnya saya mahu hadiri semua majlis korang. 

kepada kawan2 yang baru kawen selamat pengantin baru. semoga korang bahagia hingga ke syurga. doakan kami juga. 

Makan banyak

Kalau kat kampung sy memang tak leh control makan langsung. pagi da makan kuih 3 4 ketul. pastu makan nasi berlauk lagi. kejap je dh tengah hari. makan nasi lagi. malam kadang2 makan mi. Yang pasti semuanya sedap. waaaaaaaa rindu sudah. kalau kat sini jarang makan nasi pagi sebab tak selera

Hujan

2 hari yang last tu asyik hujan saya. bukan hujan yang kilat2 tu. hujan macam masa banjir tu. tak lebat tapi lama. suka suasana macam tu tapi sejuk lah. plus pakaian susah nak kering. 






2 comments:

Kakzakie said...

Bukan nyamuk tak gigit mama/papa tapi dhiya tak tahan kena gigit dan mama/papa kebal...

eira eixora said...

tapi sangat kesian kak, seluruh badan kena gigit