Thursday, May 30, 2013

Rasa macam mahu nangis

Huhuhu! cop! sekarang tak tahu kenapa suka pula guna perkataan huhuhu! ni. biarlah asalkan tak effect pape entri kat sini. 

Sebenarnya bila kita berfikiran positif, kita akan dapat rasakan setiap hikmah yang Allah aturkan untuk kita. Kadang2 saya keep question kenapa saya tak dapat kerja yang saya idamkan. kenapa saya duk KL instead of kelate. kenapa itu dan kenapa ini. tanpa saya berusaha untuk berfikir sejenak kenapa Allah hadiahkan saya sume ni. 

ye ini sume adalah anugerah Allah pada saya. kaya itu nikmat dan tak kaya itu pun nikmat yang Allah berikan. banyak cara Allah nak uji kita sebagai hambaNya. 

ditakdirkan di suatu hari. saya tak fikir apa2. penat. lepas buat testing. terserempak dengan kakak ni. biasanya saya tak cakap banyak dengan dia. saya tak tahu latar belakang hidup dia macam mana. saya always see the different side of her. yerp, mata selalu menipu. dan kita memang tak boleh judge orang hanya dengan pandangan mata kasar. 

she share me a lot of things. which after talking for 2 hours with her saya dapat rasakan yang inilah hikmahnya. Allah hantarkan dia pada saya untuk menampakkan apa yang Allah aturkan untuk saya ini ada hikmahnya. saya tidak perlu merungut dan mengeluh dengan nikmat yang Allah bagi. malah apa yang Allah bagi adalah sangat ternilai dan saya adalah bukan siapa2 tanpa nikmat tersebut. Ya Allah Alhamdullilah atas sume nikmat yang engkau berikan. engkau sudah sediakan jalan dan akulah yang kena berusaha untuk menggunakan segala apa yang disediakan kepada aku. 

dua tiga hari saya terfikir apa yang saya cakap dengan kakak tu. and she really touch my heart. saya dapat rasakan keikhlasan dia berbicara dengan saya. 

and what I can say, terima kasih kakak for your advice dan tunjuk ajar. insyaAllah saya akan apply sumenya nanti. 

hati saya menangis.....!!

Musuh yang paling utama adalah diri sendiri

Untung kejar kejayaan bukan mudah. sebab diri sendiri mahu berjaya dan diri sendiri jugalah penyumbang kepada kegagalan untuk menggapai kejayaan tersebut. 

dan makin kita rasa kejayaan itu semakin hampir semakin diri bukan ke arah itu. Huhuhu! peritnya rasa. but i will never give up. I will try my best. 

Saturday, May 18, 2013

Selamat Hari Guru

wah wah wah...kemain banyak entri hari ni. maaf sebab saya hari ni punya mood untuk menulis. jadi menulis sajalah. kalau takde mood mahu berminggu2 pun tak hupdate kan. 

okleh. saya punya ramai cikgu selama saya belajar ni. kalau sebut satu2 memang entri ni tak kan abes malam ni. jadi untuk dipendekkan cerita saya cerita secara umum je lah. tapi tak nafikan juga adalah cikgu favorite masa sekolah dolu2... 

sekolah pertama saya tadika perkumpulan perempuan machang. tahun 1991. masa tu saya umur 5 tahun. nama cikgu saya dah tak ingat. tapi muka cikgu saya masih ingat. masih ada lagi gambar masa tu tapi gambar kat kampung. kawan2 kalau ada yang kenal sy lagi jomlah mengeratkan silaturahim balik =) mungkin ramai yang tak ingatkan. saya pun tak ingat sangat. sebab masih kecik plus setahun je. 

pra sekolah ngan darjah satu saya sek ren keb hamzah 1. saya sekolah kat situ setahun setengah je. tapi saya ada best friend kat situ. fortunately saya jumpa balik bestfriend2 saya tu masa saya sekolah menengah. we still keep in touch tapi tak sebaik dulu. miracle kan budak darjah satu still boleh ingat kawan lama dan boleh jumpa balik walaupun muka masing2 da lain. yang paling penting. nama kena unik. so senang nak cari. hehehe. ada tu ingat sekali ngan nama ayah lagi. so tu yang jumpa tu. dan saya sangat gembira dapat jumpa mereka balik. cikgu? sorang pun sy dah tak ingat. nama mungkin ingat tapi tak pernah jumpa dan tak tahu dah diorang mengajar sekolah mana. 

kemudian saya pindah ke SK ladang Bari Sungai Tong Setiu. 5 bulan je saya kat situ. Tapi sangat banyak kenangan masa kat situ. kebanyakkannya masih jelas di ingatan. yang paling tak leh blah. ada senior minat saya sanggup tunggu kat kantin. dia darjah 6 sanggup masuk rehat lambat sebab nak terserempak ngan saya. tapi dia perempuan. hahaha lawak2 kalau ingat balik. kalau nak g sekolah kena lalu padang yang luas dan padang tu banyak embun sampai padang jadi putihhhhhh je. ye tuan2 saya bernasib baik sebab masih dapat tengok embun depan mata. 

then darjah 2 saya sekolah kat sek temalir sampailah darjah 6. kat sini lagiiiiii lah banyak kenangan sebab laaaaaamma. ada yang best dan ada yang tak best. dan mostly cikgu2 sume saya masih ingat nama dan recognize muka diorang. tapi bila terserempak saya tengok cikgu2 macam dah makin meningkat usia. tak sedar siri sendiri dah tua juga. hehehe. 

form 1 sampai form 5. saya sekolah kat sms pasir puteh. kat sini saya rasa memori saya banyak cut off hahaha sebabnya kat sini saya ulat buku. benda lain tak banyak sangat terjadi. antara 2 je lah hobi saya. baca buku ngan tido. tapi form 4 saya baru pandai sikit mengenal dunia. nasib baik form 4 sebab tinggal form 5 je lagi nak kena belajar kat situ. ye lah kan dah jadi senior tocang pun mula lah naik sikit2. yang paling obvious sy memang suka tidur dalam kelas sampai cikgu perasana gler saya tido. 

yang paling saya suka tido kelas fizik - cikgu hamidah, kelas bio - cikgu durrah, oke tu je yang memang siap mimpi lagi. oh lagi satu. kelas add math - cikgu kamaruddin. tapi yang speselnya kelas add math kalau saya mengantuk saya boleh bangun ronda2 jadi cikgu nombor 2. oke tak kelakar. sebabnya kalau saya ke tandas pun nanti bila balik kelas saya mengantuk balik. jadi saya pergi lah kat tempat kawan2 yang lain. cikgu tak marah pula. mungkin dia tahu kot kalau tak saya tido. 

subject yang paling saya susah nak skor adalah bahasa melayu, sejarah ngan pendidikan islam. mostly yang kena tulis dan hurai. saya memang fail. kalau fakta senang. tulis fakta dapat markah. kalau benda kena hurai banyak point tak kena. pendidikan islam saya repeat banyak kali past year question tapi sampai sudah saya tak dapat A termasuk lah masa SPM. tapi alhamdulillah result masih oke lagi. mungkin sebab buat past year kot. kalau tak tak tahulah macam mana. bahasa melayu pula saya pelik cikgu pun lagi lah peliks. kenapa saya tulis asyik tulis panjang2 tapi takde point. yang ni nasib baik sempat recover. 

sejarah. saya sebenarnya mengantuk gler masa sejarah tapi disebabkan majoriti kawan2 tido jadi saya tak sampai hati nk tido. walaupun tak bape minat dan tak bape paham saya gagahkan juga diri untuk tak tido. last2 ada lah soalan2 tak logik keluar sebab macam tak tahu nak tanya apa tapi terpaksa tanya juga sebab tak nak bagi mengantuk. kami panggil cikgu sejarah dengan panggilan manja papaya. cuba teka nama dia apa? hehe

english jangan cakap, memang teruk. dan saya tak sangka saya dapat sebaik itu. bagi diri saya lah. itu hasil tiap2 minggu menangis di meja teacher. mungkin teacher berdoa untuk saya juga. sebab tengok saya sedih sangatkan english selalu teruk. saya menangis sambil buat exercise bukan gi menangis saja2 tau =P

okelah kalau nak citer sume subject lagi panjang berjela kan. 

lepas tu saya dapat masuk matrik Kolej Mara Kulim 2004/2005. sepanjang zama persekolahan saya kat kulim memang sangat best. pelajaran dan kerohanian adalah selari. jadi kita tak mudah lalai. hari jumaat ada kelas agama untuk perempuan saja. hari rabu pula untuk semua. hati memang kena bajai selalu dengan ilmu kerohanian. kalau tak manusia ni akan lalai. sekarang berpeluang tengok apa2 ceramah atau motivasi kat tv je. kat luar jarang. tapi walau saya ke KMK perangai tido saya masih bawa. susah mahu tinggal. jadi saya selalu tido kelas fizik. sampai belajar dalam lena. tapi cikgu tahu saya selalu tido jadi cikgu selalu tanya soklan. terima kasih cikgu menyelamatkan saya. 

pastu saya masuk pula UTP. hermmm,,, culture shock ke tak tahu. tapi kat UTP saya macam honeymoon sikit. belajar biasa2 je dan result pun biasa2 je lah kan. mungkin saya dah rasa secure sebab dah dapat masuk uni kan? tapi sikap ini salah ye adik2. sikit sebanyak dia effect jugalah resume kita dan reputasi kita bila keluar uni nanti. 

then sekarang, saya masih belajar lgi kat UM... dunia belajar saya masih panjang lagi dan tak tahu bila akan abes. dan saya sebenarnya suka belajar...hehe poyos je...=P

dan kepada2 cikgu2, lecturer2 yang pernah ajar saya terima kasih banyak2. tanpa kalian sume saya bukanlah saya yang hari ini. 

TERIMA KASIH CIKGU, SAYA SAYANG CIKGU SUME!!

p/s: mungkin banyak typing error tapi saya sudah mahu publish tanpa baca sekali lgi...=)










Ini gambar 2 bulan lepas...


Let picture tell the world. gomuk ke tak gomuk...hahahaha....

Ini gambar di ambil masa kenduri junior. dan semua dalam gambar ni adalah junior saya masa kat scipp. beza satu tahun je pun. macam lebih kurang sebaya juga lah kan. tapi saiz badan memang berbeza. hahaha. diorang walaupun dah kawen masih mantain slim mlim lagi. 

kepada cikro tahniah for your wedding. lambat bebenor nak buat entri nya kan! dari hari tu lagi nak buat entri ni tapi hari ni baru terhegeh2 maka begini lah jadinya. itu pun sebab nak tunjuk perkembangan terkini kan? hehehe

bila orang tengok dhiya amani kurus mesti orang kesian sebab mak membesar dengan jayanya anak cekeding. kot2 orang cakap tak bagi anak cukup makannnn....for your info dhiya memang makan banyak. berlumba2 dengan mama. haha tipu. tapi mungkin metabolisma mama sudah turun kot. ok, salahkan metabolisma pulakkkk.....diri sendiri makan banyak tak nak mengaku =P

p/s: fiza...berapa rm satu set herbalife awak jual? survey2 harga dulu..




Diari Diet VS HerbaLIfe

Huuhuhu!... badan makin lama makin naik. sekarang sudah gemok gedempol. tapi action tak di ambil2...adalah hari tu kan saya pernah citer tapi bertahan 2x je. mana lah nak nampak effectnya. bagai di pam adalah. now ada 2 option. 

Diari Diet 
Harga rm25.00



Herbalife saya pernah amik dlu2...supplement yang lain saya tak berani cuba sebab tak tahu side effect dia cam mana. tapi harganya mak aihhhhh rm380 ++...huhuhu! macam tak mampu je nak beli. mahal sangat.

source: google

so, yang mana adalah lebih baik....??

Friday, May 17, 2013

air kosong dan suam

saya sekarang ni addicted dengan rancangan prof muhaya. reset minda. biasanya kalau tengok rancangan ilmiah lain susah nak lekat kat kepala. tapi kalau tengok reset minda senang je nak ingat apa yang dia bagitau. 


sumber: google

sangat positif orangnya. untuk cantik luar kena cantik dalam. kalau semua orang macam dia sudah tentu sume orang kat dunia ni baik2 belaka. 

yang latest saya tengok tajuk lupa. tapi dia cakap minuman paling bagus kat dunia ni adalah air kosong. yerp, air kosongkan tanpa pewarna dan gula jadi banyakkan minum air kosong. 

tadi pula tengah2 facebooking tetiba tertengok artikel pasal keburukan minum air sejuk. huhu! secara logiknya kalau benda berminyak di taruk air sejuk. beku laah minyak tu kan. macam tu lah dalam badan kita. untuk mengelakkan minyak tu membeku di dalam badan kita kat mana2 part better kita minum air suam pas makan. 

kesimpulannya minumlah air kosong yang suam. sekiannnn...=)

Tulis paper tak sama macam tulis blog

Huuhu!. kalau lah tulis paper tu sama macam ngan tulis blog sayalah orang yang paling bahagia kat dunia ni. sekarang saya tengah struggle tulis paper. sakit kepala memang sakit sebab saya tak reti english. ayat tunggang langgar. banyak fakta kena tahu. need to explain in detail each characterization that i have done. huhu! hopefully saya akan berjaya mengharungi pengajian ini dengan jayanya. 

seriously doing master is totally different with undergraduate study. tabik spring pada sume lecturer dan kawan2 yang sudah ada PhD and struggling for your PhD. you are my inspiration. 

walaupun saya tahu belajar itu makin susah tapi sampai titik ni saya masih belum mahu give up lagi. saya masih mahu sambung lagi kita ada peluang dan ruang. sebab itu adalah cita2 saya dari dulu. dengan itu saya harus menyediakan mental dan fizikal untuk menghadapinya nanti. dan saya kena proof yang saya boleh buat yang terbaik master ni. 

kawan2 doakan saya k. Aminnnn!

Kuala Selangor

Sejak duduk KL ni tak pernah lagi ke kuala selangor. dan hari tu, ada barang customer nak hantar. jadi ke kuala selangor lah kami. jauh boleh tahan. tengok dalam google map 75km one way. tapi okelah since nak ke subang juga pun hantar barang customer. 

masa pergi ikut jalan duta dan masuk PLUS exit LATAR kalau tak silap. sebab highway straight je rasa macam tak jauh sangat. 

bila sampai2 je nampak gerai cendol bakar tu. dalam hati mesti ajak husband makan cendol kat sini. sume orang pun cakap bestkan, jadi rugi kalau tak try. masa on da way balik baru kami singgah. memang sedap pun. orang pun boleh tahan ramai. sekeliling gerai cendol tu ada macam2 gerai lain yang jual makanan. ada nasi ayam. ada bakso. ada macam2 lah. tapi gambar tak amik sebab segan. 

menurut kawan yang saya hantar barang tu, kawasan best di kuala selangor adalah pulau kelip2 ngan bukit malawati. insyaAllah one day nak g kuala selangor lagi sebab nak g 2 tempat tu lah. hari tu tak sempat sebab rushing nak balik singgah subang pula. 

Sunday, May 12, 2013

minat membaca

alhamdullilah Allah beri saya nikmat membaca sejak dari kecil lagi. seawal usia 5 tahun saya sudah berusaha gigih untuk membaca. masa umur 6 tahun saya sudah boleh membaca tanpa mengeja. baca buku tentang alam haiwan pula tu. pakcik yang adiahkan. 

tapi yang sedihnya bila usia makin bertambah saya makin suka membaca tapi membaca blog orang, membaca tweet orang kat twitter ngan membaca news feed kat fb. huhuhu! hari tu buku yang beli ngan baucer buku hari tu pun belum abes di baca. terukla macam ni. da lama mahu berubah tapi tak juga berubah.

kepada adik2 dan anak2 di luar saya jangan tiru tabiat ini ye,. tidak baik untuk kesihatan dan masa depan sendiri.  

Tak tidur lagi?

Huhuhu! tak dapat tidur. tengah packing katalog tupperware untuk hantar ke dowline. on btw, sape yang nak jadi downline saya (tupperware brand punye) boleh wassup/mesej/atau call saya 0199885546. 

sebenarnya boleh je packing esk. tapi alang2 takde buat apa2 pun packing je lah hari ni. alkisah berniaga tupperware ni. seriously tak untung mana. tapi saya boleh lah rasa ada perubahan before saya berniaga dengan sebelum saya berniaga. before this duit masuk sebulan sekali. lepas tu lagi sebulan baru masuk lagi. kali ni kadang2 direct seminggu ada yang masuk. walau amout tak banyak ada lah jugak. kadang2 seminggu tak masuk minggu depannya pula ada. tapi takdelah banyak mana. ada lah sikit2. kadang2 terfikir juga untuk berhenti berniaga ni tapi fikirkan minat macam susah sikit nak benti.

saya suka bila ada orang nak beli tupperware. bukan kata beli, bila ada orang tanya harga pun saya sudah cukup suka. walau saya kena beli salotip banyak2, beli kertas minyak banyak2 saya tetap suka buat keje ni. sanggup bawak kotak besar2 ke pejabat pos. saya tetap suka juga. 

pernah terfikir saya nak jual benda yang lagi kecik, untung banyak dan packing pun macam tak susah sangat since benda kecik2 kan. contohnya makanan kesihatan ke (except yang tupperware punya sikit adalah). tapi bila fikir saya tak minat takut saya tak mampu untuk bertahan lama. bagi saya biarlah side income ni saya buat lebih kepada hobi bukan yang berat sangat nk kena fikir. 

apa point saya citer ni? entahlah!

jadi sampai bila saya nak berniaga tupperware ni. entahlah saya pun tak tahu. tapi yang pastinya saya hanya tahu jual melalui blog ngan fb je. kalau face to face saya malu. sebab nanti takut orang cop jumpa budak ni je cakap pasal tupperware. jadi saya tak jual offline melainkan ada yang tanya saya dulu. saya ada pointlah nk menjual. jadi kalau tak nak dengar dengan panjang lebar jangan tanya =)

apa kelebihan kalau jadi downline saya. saya bukan otai. saya biasa2 je. bermodal kecik2 je untuk bisnes ni. tapi saya mungkin akan grow sekali ngan downline saya. insyaAllah apa yang saya tahu saya akan bagitau. insyaAllah bila katalog baru keluar saya akan pos. dan kalau ada yang dah nak inactive tu insyaAllah saya akan aktifkan sekiranya saya masih aktif berjual tupperware lagi. kalau suatu hari nnti sy dh tk minat nak berjual saya takleh janjilah untuk aktifkan sume tu. 

dan yang saya paling terharu. oh btw saya start jual tupperware ni mac 2012 kalau tak silap. saya biasa jual barang sorang2 je, buat sale sorang2 je. alhamdulillah dengan kesabaran untuk pertama kalinya ada downline saya yang berminat nak buat bisnes juga. dan belian pertama dia berjumlah rm600 bulan lepas sangat bermakna bagi saya. terima kasih. 

oklah tq sebab sudi baca. wassalam

Thursday, May 9, 2013

Fobia

Sesungguhnya saya memang fobia drive sekarang ni. Sebabnya:

1. saya memang penakut nak drive nye sejak dlu lagi pun
2. lagi pula sejak xcident je lately. 2x lah =(

Tapi hari tu tengok primadona. dia kata kalau kita fobia kita kena encounter fear tu dengan kita buat benda tu, oke then. saya still drive macam biasa. tapi bila drive rasa macam panas semacam je badan ni. macam keluar peluh pun ada. bila pandang cermin belakang. macam laju je kete belakang ke arah kita. yang sebenarnya dia memang laju tapi sebab ada break kan? jadi mengapa nak takut. huhu! but sy still takut. bila pandang kiri kanan macam nampak kete2 tu sume menghampiri kete sy. 

disebabkan sebab2 di atas bila drive saya jadi tak tentu arah. brek merata meraban. kadang2 macam peliks je saya rasa. confident level menghampiri zero. kepada pemandu lain harapnya diorang faham keadaan saya. dan saya sangat mengharapkan kerjasama diorang. walaupun diorang entah baca entah tidak blog saya ni. entah kenal entah tidak saya ni. tapi untuk masa ni tu je yang saya mampu. 

tukar kete? da banyak kali kira darab campur tolak bahagi. kami masih belum mampu beli yang baru. kami hanya berserah kepada Allah. sesungguhnya dialah yang menentukan segala apa yang berlaku. 

kawan2 doakan yang baik2 saja k..Aminn!!!