Monday, September 9, 2013

Separuh hari menjadi peniaga doyan!!...

Oke. citer dimulakan dengan gambar doyan....!


Alkisahnya husband tolong kawan dia menjual duyan. Tapi saya sajalah menyeboks juga kat situ. herm! tapi dalam setengah hari tak sampai sempat tengok macam2 ragam orang yang membeli.

situasi 1

"yang ni berapa?"
"selonggok rm20"
"boleh lah"

"abang, nak bukak dulu ke nak tengok.?"
"herm tak payah lah"

situasi 2

"yang ni berapa"
"rm20 selonggok"
"rm15 tak boleh ke?"
"tak boleh bang,.."
terus berlalu pergi

situasi 3

"yang ni boleh bukak ke nak tengok?"
"herm tawarnya..."
terus berlalu pergi

Tetiba terus rasa insaf kejap. biasa sebagai customer saya selalu mengambil sikap "customer is always right" kadang2 kalau bila rasa tak sedap ke apa terus buat muka time2 tu jugak. memang buroks perangai. now, macam ooohh tak nak lah buat cam tu lagi. kesian kat penjual tu penat...kalau taknak cakap elok2, kalau nak beli elok2...

tapikan betul lah berniaga ni adalah salah satu cabang rezeki yang rasulullah pun galakkan. sebabnya kan sekejaban je duit dah banyak gler. barang macam banyak lagi. duit da penuh plastik. biasalah first time meniaga beg pun tak bawak. duit letak dalam plastik buat bungkus buah orang tu je. hua hua hua. tapi sebab kami tolong2 je kawan husband yang kami dapat takde lah banyak mana. takpelah at least dapatlah pengalaman yang berharga. 

lagi pula memang laah duit dapat banyak, sume kena kira. mana nak tolak duit modal beli doyan orang lagi. mana nak kira duit minyak lori (OPsss sekarangkan tengah hot isu minyak naik) datang KL lagi (doyan dari kelate). nak bagi kuli2 yang bekerja ni lagi. 

jadi mehlah kita sama2 bersyukur kalau tetiba kita g tanya doyan selonggok tu rm20 hanya 3 biji walaupun dalam hati kita kata mak aihhhhhh mahalnya sebabnya kan kalau nak murah kita kena fikir lagi kos minyakkk (aiyak minyak lagi, haha!) kalau kita nk g amik doyan tu sendiri. terpaksa g turun naik bukit cari penjual doyan yang memang kita tak tahu pun sapa kan. lagi pula takleh beli sekilo2 kena beli borong...huhuhu! jika difikir kederat si penjual (kawan husband tu) yang bila saya tanya 3 hari 3 malam dah dia tak tidooo...oke fine sya belilah rm20 untuk 3 biji tanpa banyak songeh. 

*kadangkala kita kena merasai hidup orang lain barulah kita tahu betapa bersyukurnya kita dilahirkan sebagai kita hari ini. 



5 comments:

Kakzakie said...

Bila dah letak tangan dan berpengalaman walau tak sampai sehari buat kita sedar kan eira...

Knor said...

kalau knor mesti mkn banyak dr jual...kat mana ni/ nak beli durian..sekilo berapa hengget agaknya.

eira eixora said...

betul kakak

ni banyak sangat kaknor. sampai tak larat nak makan. saya dah buat tempoyak sikit. ni kat bandar tasik selatan. dia jual longgok. selonggok ada rm10 ada rm20

dayla said...

Jual kt mane tu?.

eira eixora said...

dalila. jual kat bandar tasik selatan. tapi skrg dh tk jual