Thursday, September 19, 2013

Tupperware....

Ekekeke! Takut ler tu takut entri ni berbau promote tupperware. Takdelah ni entri santai je saje nak cerita pasal tupperware. Mungkin ada part yang diulang2 sudah cerita nya. Tapi disebabkan sudah tak tahu di mana entri yang berkaitan tulis di sini semua lah. 

Sebenarnya dulu sebelum kawen tak minat langsung okeh tupperware2 ni. malah pelik pula kalau orang tu beria beli tupperware pastu beria nak jaga bagai tupperware tu kan. walhal dalam hati tupperware je pun. kalau ada kawan2 suh tengok katalog pun. oh ah oh ah mahalnya. last2 letak sebab harga mahal. macam tak logik pun ye. (read: itu dulu oke). Alkisahnya masa kawen makcik bagi sekotak tupperware ada one touch, ada freezermate, ada modular mate. banyak juga lah. agaknya berapa la makcik abes. bila tanya harga tak bgtau lak kan. tapi betul jgk sbb hadiah kan. tak kan nak bgtau kot. 

dan kebetulan masa tu kat rumah memang tak beli habe satu barang plastik pun. jadi guna je lah semua yang dapat hadiah tu. lepas guna guna dan guna lagi teruslah terjatuh cinta ngan tupperware ni. nak dijadikan cerita lagi sorang office mate ni kakak dia dealer tapi dia tak menjual mana pun membeli je lebih. kalau kami2 ni yang membeli dia bgi harga ahli je. haaa kan dah start dah. memula beli kongsi. contoh: kalau ada 10 ketul kau 5 aku 5. then tak payah kongsi pula. then next month beli lagi. then next month beli lg. huahuahua!. 

Tak mahu kantoi mula2 simpan dalam kabinet pastu bawak kluar satu satu satu. Sapa boleh tak perasan kan. Pastu satu hari husband kata jual je lah separuh. Maka di situ lah bermulanya kisah menjadi dealer tupperware ni. but tu citer lain. takmo citer hari ni. 

dan disebabkan jadi dealer jugalah tak terperasan bila beli untuk order orang lain terbeli untuk diri sendiri juga. boleh dikatakan tiap2 bulan jugalah terbeli untuk diri sendiri. disebabkan dah jadi dealer ni makanya adalah group dealer2 pula. kebanyakkan dealer2 ni pun tupperware lover juga. eh bukan kebanyakkan lah semua lah sbb mereka yang jual tupperware ni adalah asalnya macam saya juga lah suka guna then jual. then memang sebenarnya nawaitu nak beli untuk diri sendiri lagi banyak dari nak menjual. 

pendek kata tupperware lover ni ada beberapa kategori:

1. suke jual, suka beli untuk diri sendiri. (saya la ni)

2. suke beli je tak suka jual.

3. suke beli beli pastu bila dah out dated sikit let go sebagai preloved then beli yang latest edition pula. 

4. ada yang suka beli tapi tak guna sebab sayang. 

5. ada yang beli tapi guna selasak2 nya (saya la ni)

6. ada yang siap ada rak deco lagi. tiap2 minggu pasti bertukar barang di dalamnya. kadang ikut tema. minggu ungu semua ungu. minggu hijau semua hijau. 

7. ada yang simpan dalam kotak je tak guna (saya adala sikit yang macam ni)

8. apa pun most of us memang peeenuh barang tupperware kat dapur. 

As for me, saya seboleh mungkin guna je apa yang dah beli. Ikut keperluan. Actually koleksi saya takdelah banyak mana. Tapi sesuailah untuk kegunaan dan keperluan kat dapur. bagi saya no point beli tupperware banyak2 pastu bila nak guna beli barangan pastik kat kedai sebabnya tupperware sayang nak guna duk dalam kotak. abes sapa nak gunakan. 

tupperware saya kebanyakkan dah calar balar. kalau jual sebagai pre-love pun belum tentu ada orang nak beli. bukannya tak nak berhati masa basuh tapi untuk take care sume tupperware kat dapur adalah not so me. haha! memang tak cermat orangnya. tapi memang worth it lah beli barangan tupperware ni. 

Terbaru saya ada buat contest pasal letakkan cili dalam tupperware sekarang contest telah berlangsung more than two weeks tapi cili masih lagi elok dalam tu. tak sabar nak tahu sapa pemenang. insyaAllah bila dah ada pemenang saya akan kongsi kat sini nanti. even daun sup yang saya dah beli beberapa minggu yang lalu masih segar bugar lagi. dan paling best boleh guna ulang2 daun sup. takdelah sekali beli pakai sikit then buang. alhamdullillah banyak mengelakkan pembazirannn. eh! ini bukan promote ini cerita je =)














No comments: