Saturday, September 21, 2013

Slide and Swing

Hari tu nak dijadikan cerita tertengok kawan post kat fb pasal slide n swing atau indoor playground ni. Tanya harga dia beli dalam rm299 kat Jusco kalau tak silap. Pastu macam berkira2 nak beli lah untuk dhiya amani. Sekali tanya kat internet paling murah pun dalam rm399. u makkk aih banyaknya beza seratus kot. so mama slow down jap. harga asal dikatakan rm699. Kalau jual dengan harga asal ni memang sah2 lah tak beli sampai bila2. alih2 kawan post balik pasal tesco ada buat sale slide and swing ni rm269. Terus tanya papa. papa duk uk ah uk ah sebab dia sebenarnya nak beli ipad untuk dhiya. bagi saya pula baik beli benda ni dari ipad. entahlah kalau nak pinjam phone mama kejap2 boleh je. kalau beli ipad kang asyik berkepit je macam tak elok lah pulak kan. 

jadinya niat untuk beli diteruskan. dengan gigihnya kami ke Tesco Taman Midah. Tanya2 orang tu cakap penghantaran takde kena bawa balik sendiri. macam mana ni kotak agak besar. keta kami pun agak besar. gajah putih lah katakan. tanya2 papa muat ke tak ni. pk punya pk punya pk apa kata kita try dulu. kalau duk pk pun tak tahu juga muat ke tak. oh! masa ni dhiya belum amik kat umah bs. 

try pun try punya try seat depan terpaksa digunakan jadi mama kena duduk belakang. side mirror belah kiri memang papa tak nampak jadi mama kena jadi side mirror kejap. nasib baik lah tesco tu dekat je. 

balik2 umah terus g amik dhiya amani. punyelah suke dia tengok kitorang bawa balik taman untuk ia. dhiya memang panggil taman untuk semua playground. tak kira lah playground besar ke kecik ke. yang ni pun sampai sekarang panggil taman. tersengih pastu dua tiga kali duk tanya. apa ni papa? apa ni mama? eleh buat2 tanya pula. pastu tanya dhiya punye ke? hahaha! dhiya punye lah ni. excited kot dia. 

muka orang gembira dapat taman sendiri..

Tapi lepas beli ni dhiya amani demam seminggu sedih rasa. dia gembira ada benda ni tapi sebab dia demam tak larat nak main. duk kat umah baring je. banyak kali juga ajak dia main. dia cakap dhiya penat. ooooohh sedih la masa tu. touching. makan tak selera. kalau boleh nak tido je. kurus kekek jadinya. 

pas seminggu alhamdullilah dhiya oke balik. makin selera makan dan dia dah boleh main taman dia ni. gembira kemain lagi. kira berbaloi lah beli sebab dia guna benda ni. masa beli tu risau juga takut dia tak main. dah lah mahalkan. 


Tadi kawan cakap Tesco ada buat sale lagi benda ni. 
Tapi untuk 3 hari je (eh! macam tajuk cerita pula)
Rasanya dah termasuk hari ni. Sampai Ahad ni kot sale tu.

yang kitorang beli ni rm269.
tapi yang tengah offer sekarang ni rm249 barang sebijik camni. 
rugi rm20 =P

katanya siap ada penghantaran percuma lagi.
tapi tak tahu lah betul ke tak. tu kena tanya tesco sendiri. 


okes. babai...!




4 comments:

BUNDA a.k.a KN said...

kenapa tu, sampai terjelir lidah tu..

eira eixora said...

sekarang dia suka amik gambar camtu. dia rasa comel kot bt gtu =)

Azylina Abdullah said...

salam sis nak jual x playgroun ni

eira eixora said...

salam sis. belum nak jual lagi. sebab anak tgh nak main lg. =)