Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Hari ini hari pertama puasa. Memandangkan saya pregnant. Besarlah harapan saya untuk puasa penuh sebulan. Tahap kesihatan oke. Selera masih lagi di tahap tak memuaskan. Tahap kerajinan untuk memasak tu pun tak tahu lah oke ke tak. 

Kalau tak oke, maknanya petang ni ke bazar ramadhan lah kita. Bazar pun awal-awal ni okelah nak beli. Kalau dah banyak hari mungkin kena hati-hati sikit nak beli makanan. 

And oh!. 2 hb kami balik berbuka puasa kat kampung. Tak sabar. Kat kampung sume makanan best. Semoga saya makan banyak-banyak. 

Monday, June 23, 2014

Jus Epal dan Asam Boi


Hahaha! Ini hasil teruja tengok jus epal asam boi kat blog KNor. Petang tu terus zass ke kedai beli epal dan asam boi. Kebetulan puasa pula. 

Balik-balik buat. Terlebih tambah gula. Jadi tak kick sangat. Terus ilang rasa masam epal hijau tu. Ataupun mungkin sebab asam boi besar. Hahaha! Plus tak leh try sebab puasa. Bila tak sedap macam-macam alasan kan?

Dek kerana teruja sangat terbuat sampai satu jug. Akhirnya minum 2 gelas sahaja. Yang lain buat aiskrim malaysia. Merasalah makan aiskrim mahal =)

Sunday, June 22, 2014

Char Kuey Teow sedap di Det Station

Pertama kali tahu pasal kedai ni sebab adik yang duk kat Ampang tu ajak pergi makan. Pertama kali pergi dah rasa char kuey teow dia terbaik. Memang setiap kali pergi pun saya makan char kuey teow dia je. Husband pernah try nasi lemak. Dia kata sedap juga. 

Memandangkan sekarang ni saya tak selera nak makan. Tengok tu tak nak, tengok ni tak nak. Tadi dah terjelepek kat umah ni. Biasa kalau rasa nak makan, kat kedai atau umah makan 3 sudu je dah. 

Hari tu pernah ajak husband ke Kg. Baru sebab teringin nak makan kat kedai yang selalu makan tu (lupa nama kedai). End up bila pergi saya makan sikit dan tak habis pun. Nasib baik husband oke je. Dan dia pula tukang abeskan. 

Tadi tetiba terfikir nak ke Det Station. Tawakal ke lah pergi sebab dah tak bertenaga sangat. Makan sikit je hari ni. Husband pun oke je ikut je lah. Dan miracle happened bila saya boleh habiskan char kuey teow special kat Det Station tu. Husband pun pelik. Saya lagi peliks tak mual langsung. Husband pening kepala, tak kan lah nak ke Det Station tiap-tiap hari kot which is impossible sebab Det Station tu kat Ampang. Kami kat Bandar Tasik Selatan. Memang boleh tahan jauh. 

Untuk cerita bergambar mengenai Det Station boleh ke link di bawah. Sebabnya saya teruja sangat sampai tak menyempat nak snap gambar. 



Saturday, June 21, 2014

Hari Khamis ke Floria Putrajaya

Ingatkan pergi weekdays tak ramai orang. Rupanya parking full juga. Terfikir dalam hati, ramai juga yang work from home ni. Ke student. Haha! Macam-macam kan fikir. 

Biasanya tahun-tahun sudah pergi seingatnya takde tiket untuk masuk kan. Sekali g kamis tu kena amik tiket la pulak. Nasib baik murah. RM3 untuk dewasa. Kanak-kanak atas 7 tahun RM1. Jadi kami abes RM6 untuk 2 orang dan dhiya amani percuma. 

Kawasan boleh tahan luas juga. Tapi me tak larat nak jalan. Pusing half je. Okelah. Layan gambar-gambar je k. Gambar dhiya je yang banyak sebab mama malas nak bergambar. Jadi tukang amik gambar je. 

















Friday, June 20, 2014

Cakap biar terang

Baru balik dari tengok adik dhiya. 

Ceritanya macam ni. Hari tu sebelum disahkan pregnant. Period saya tak stabil. Jadi masa pergi klinik untuk confirm kan pregnant ke tak hari tu. Doc cakap tak boleh nak  bagi due date sebab due date akan lari kalau period tak stabil. Kena g scan masa 2 bulan. Dan due date base on scan tu lah. 

Okelah, jadi tadi kami decide lah nak g tengok-tengok. Sambil tahu due date semua lah. 

Seperti biasa. Suh husband survey harga dulu. Saya tak turun kete. Husband je turun. Dia cakap receptionist bgtau harga RM35. Okelah lah cakap sebab masa scan dhiya 4 tahun lepas RM30. Naik RM5 je plus minus takde lah banyak sangat beza. 

Jadi kami pun setuju lah nak scan kat situ. Scan punye scan doc cakap tak jumpa baby kat mana. Mak aihhhh kita lagi lah tak tahu nak tengok bendalah scan tu kan. Dia pulak main confirm tak confirm pula. Pastu suh g chek Mediviron lah, nak suh refer Hospital Besar lah. Kitorang pun macam risau gak lah. Macam mana lah baby leh tak nampak. Laaaaaaaama dalam bilik scan tu tahu. 

Last-last baru dia cakap...oh! ada-ada. Me, da macam percaya tak percaya je. Tapi terima je lah seperti yang dibagitahu itu. 

Ini part yang nak citer sebenarnya..

Masa nak bayar saya keluarkan lah duit RM35. Tetiba receptionist tu cakap RM50. Saya pun terus lah hangin apa lagi. "Aik tadi cakap RM35, knape sekarang RM50 pula" "Ye lah sekali ngan consultant dari doktor" "Lah kenapa tak cakap awal-awal tadi, kan kami dah tanya harga berapa. Kenapa tak campur terus harga scan ngan harga consult. Boleh kami survey2 klinik lain. Tak kan masa scan doktor tak bercakap. Senyap je kot" Me tak lama terus ajak husband balik. 

Rasanya dalam citer ni kami tak salah kot. Sepatutnya bagitau siap-siap RM50 scan sekali ngan doktor consult. Senang. Sebab yang dhiya amani dulu masa scan tu kami tanya RM30 dan doktor tu takde lah scan je cakap-cakap juga. Tapi bayar RM30 je. 

Kami bukan pertikaikan kena bayar RM50 sebab kalau tahu awal-awal RM50 kami memang dah cabut. Tapi kami pertikaikan cakap tak jelas. Kalau bagitau awal-awal kan senang. 

Btw, due date takde beza sangat pun base on doktor tu cakap tadi lah. Beza dalam 2 3 hari je. Normallah kalau beza dalam 2 3 hari kan ingatkan beza 2 3 minggu. 


Tuesday, June 17, 2014

Saya perlu kembali ke cita-cita asal

Dalam tahun ni saya banyak belajar, belajar dan terus belajar. Belajar pasal hidup, belajar pasal berniaga dan belajar macam-macam lagi. Pernah terfikir untuk menjadi 'work at home mom' tapi sebenarnya tak semudah itu. Perlu berjiwa kental.

Dalam masa yang sama. Saya jumpa ramai orang. Ramai orang berjaya. Berjaya dengan cara mereka masing-masing. Mereka idola saya. Sampai saat ini saya masih lagi positif. Tapi saya kena restructured balik apa yang tengah lakukan sekarang ni.  

Kadang-kadang saya sibuk sangat belajar benda lain sampai pelajaran terabai. Sedangkan saya kena kejar dua-dua. Dalam hati saya tidak mahu mengejar sanjungan manusia. Walau apa pun bidang kerjaya yang bakal saya ceburi nanti. Biarlah bidang itu mampu membuka jalan kepada saya untuk membantu lebih ramai orang. Biarlah apa pandangan orang pada saya, saya tak kisah. 

Sekarang apa yang perlu saya buat fokuskan pada study. Abeskan study dulu. Buat apa yang patut. Then, go with the flow. Ramai sudah orang nasihatkan saya. Mungkin ada antara nasihat mereka saya perlu letak kat hati. InsyaAllah InsyaAllah. Harapan dan doa kalian akan saya ingat dan apply dalam hidup ini. 

Monday, June 16, 2014

Hari Isnin lepas kami ke Port Dickson



Entahlah lately, suka pantai. Teringat pantai kat Kerteh. Compare ngan PD pantai kerteh lagi best. Sebab kat sana ada banyak makanan best2. sebab tu lah dulu i wish i will stay at Kerteh. But, Allah know better. 

Hari tu masa kat PD makanan sangat lah tak memenuhi selera tekak. Entahlah, note to peniaga. Janganlah terlalu memikirkan nak untung semata. Air tembikai, rupa seperti air ais biasa je. Warna merah hilang entah ke mana, rasa lagi lah. Pencicah pulok cair lole orang kelate kata sampai hilang rasa pencicah tu. 

Saya rasa tak salah kalau kita buat sedap-sedap nanti orang akan ingat. Macam coconut shake klebang tu. Sume orang pun akan singgah kalau g Melaka. Siap beratur bagai lagi. 

Kenapa pergi hari isnin? Sebab husband saya kerja sekarang peliks sikit jadual dia. 

Isnin Selasa cuti, Rabu Kamis Jumaat kerja
Isnin Selasa Rabu kerja, Kamis Jumaat cuti

Jadi kita kenalah manfaatkan masa cuti dia untuk jalan-jalan walaupun hari orang tak g jalan-jalan. 


Dhiya Amani dah besar. Dah sangat bersedia nak jadi kakak. Berjaya pow mama & papa beli pelampung ngan bola hari tu. Pelampung ni RM10. Bola rata-rata jual RM10 tapi kami berjaya jumpa yang RM5. Jadi total lost untuk mainan RM15. 


Ini anak sepupu dhiya. Anak kepada anak sedara husband. Dhiya lahir-lahir je dah ramai anak sepupu. Rayyan sepatutnya panggil dhiya makcik. Bila dia besar nanti dia boleh pilih sendiri nak panggil apa =)

Sunday, June 15, 2014

Dah oke sikit

Alhamdulillah sehari 2 ni macam oke sikit banding ngan sebelum ni. Tapi still tak boleh nak makan macam biasa lagi. Yang pasti kalau makan masakan sendiri boleh telan banyak sikit. Haha! Kena rajin masak lah ni nampak gayanya. Hopefully sebelum puasa semua dah balik seperti sediakala. Kalau tak memang lembik lah bila puasa dan malamnya tak selera nak makan. 

Kawan-kawan, doakan yang baik-baik saja okeh. 

Friday, June 13, 2014

Tak selera makan

Sama macam dhiya amani dulu jugak first trimester ni tak selera nak makan. Tapi dulu rasa nya tak sampai macam ni. Sekarang bukan sahaja nasi. Mee, kue teow dll pun tak selera juga. Perut lapar. Mulut tak nak makan. Nak nanges rasa. 

Makan burger sebiji boleh 2 3 kali makan last-last tak abes. Sume jenis benda nak makan bila g kedai tengok je terus macam "abang, tetiba tak jadi makan benda ni" End up makan tiga sudu the rest bungkus tapi dah takde sapa nak makan ke tong sampah jua lah. huhuhhu! 

Sekarang tumpang yang husband punya je. Tu pun makan sesudu dah sebu. Ya Allah bantulah aku!

Thursday, June 12, 2014

Biskut Raya Datang lagi..2014


STICKY MODE POST. Scroll down for new entry =)


LOVELY SNOW WHITE 

~ oat + badam + nestum ~


CRONY COOKIES 

~ Badam + Kuaci ~


MUMBLES EYES

~ asam manis + cornflakes ~


COKLAT CHIP


GREEN CRYSTAL 


COKLAT CRESENT

_______________________________

Semua harga biskut adalah sama

RM23/bekas (50 biji)

Pembelian 3 bekas dan ke atas akan di hantar PERCUMA ke 
kawasan sekitar:
✔ Kuala Lumpur
✔ Bangi
✔ Putrajaya
✔ Kajang
✔ Universiti Malaya
✔ Kuala Krai, Kelantan
✔ Machang, Kelantan

Pembayaran penuh diperlukan semasa booking. 

Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2 minggu sebelum raya.

Boleh mesej atau whatssap: 0199885546 (Anis/Eira)

Wednesday, June 4, 2014

Dhiya Amani sudah mau jadi kakak =)

Baik lah baik lah. Sebenarnya macam malu nak bagitau. Tapi excited punye pasal. Bagitau juga lah. 

Perasan tak saya dah letak pregnancy counter kat bawah blog ni sejak tahu hari tu lagi. Kali ni saya guna counter dari baby-gaga punye sebab senang. 


Dia siap bagi ukuran dan perkembangan baby secara detail. Best bukan? Jadi ini saja untuk entri permulaan. Doa2kanlah moga saya rajin update pasal pregnancy kali ini =)

Monday, June 2, 2014

Kisah masyarakat: Kedai Tudung Dot Dot

Pernah ke salah satu kedai tudung yang agak terkenal di tanah air kita ni terletak di Kuala Lumpur. Seperti biasa saya memang selekeh. Dan tudung sebegitu sebenarnya tidak sesuai dengan saya yang sempoi dan tidak berduit ini. 

Tapi hari tu pergi juga sebab ada sale dan katanya harga murah-murah dengan kualiti kain yang ok. 

Bila sampai orang sangat penuh. Sale lah katakan. Salegirl sume busy dengan customer masing. Kelihatannya seorang pun tidak mahu layan kita ni. Sedih tak. They prefer untuk layan wanita-wanita yang kelihatannya vouge dan mungkin berpoket tebal. 

Oke. Itu je nak citer.