Friday, June 20, 2014

Cakap biar terang

Baru balik dari tengok adik dhiya. 

Ceritanya macam ni. Hari tu sebelum disahkan pregnant. Period saya tak stabil. Jadi masa pergi klinik untuk confirm kan pregnant ke tak hari tu. Doc cakap tak boleh nak  bagi due date sebab due date akan lari kalau period tak stabil. Kena g scan masa 2 bulan. Dan due date base on scan tu lah. 

Okelah, jadi tadi kami decide lah nak g tengok-tengok. Sambil tahu due date semua lah. 

Seperti biasa. Suh husband survey harga dulu. Saya tak turun kete. Husband je turun. Dia cakap receptionist bgtau harga RM35. Okelah lah cakap sebab masa scan dhiya 4 tahun lepas RM30. Naik RM5 je plus minus takde lah banyak sangat beza. 

Jadi kami pun setuju lah nak scan kat situ. Scan punye scan doc cakap tak jumpa baby kat mana. Mak aihhhh kita lagi lah tak tahu nak tengok bendalah scan tu kan. Dia pulak main confirm tak confirm pula. Pastu suh g chek Mediviron lah, nak suh refer Hospital Besar lah. Kitorang pun macam risau gak lah. Macam mana lah baby leh tak nampak. Laaaaaaaama dalam bilik scan tu tahu. 

Last-last baru dia cakap...oh! ada-ada. Me, da macam percaya tak percaya je. Tapi terima je lah seperti yang dibagitahu itu. 

Ini part yang nak citer sebenarnya..

Masa nak bayar saya keluarkan lah duit RM35. Tetiba receptionist tu cakap RM50. Saya pun terus lah hangin apa lagi. "Aik tadi cakap RM35, knape sekarang RM50 pula" "Ye lah sekali ngan consultant dari doktor" "Lah kenapa tak cakap awal-awal tadi, kan kami dah tanya harga berapa. Kenapa tak campur terus harga scan ngan harga consult. Boleh kami survey2 klinik lain. Tak kan masa scan doktor tak bercakap. Senyap je kot" Me tak lama terus ajak husband balik. 

Rasanya dalam citer ni kami tak salah kot. Sepatutnya bagitau siap-siap RM50 scan sekali ngan doktor consult. Senang. Sebab yang dhiya amani dulu masa scan tu kami tanya RM30 dan doktor tu takde lah scan je cakap-cakap juga. Tapi bayar RM30 je. 

Kami bukan pertikaikan kena bayar RM50 sebab kalau tahu awal-awal RM50 kami memang dah cabut. Tapi kami pertikaikan cakap tak jelas. Kalau bagitau awal-awal kan senang. 

Btw, due date takde beza sangat pun base on doktor tu cakap tadi lah. Beza dalam 2 3 hari je. Normallah kalau beza dalam 2 3 hari kan ingatkan beza 2 3 minggu. 


4 comments:

Knor said...

mesti dia kira masa dia tu..mmg ada jer doktor yg tamak haloba..berkira dgn sedikit khidmat dia...

sabar ye..ada hikmah tu..apa2 pun husnuzon..ckp dulu baru bersangka baik..kekek

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kiranya dah berapa bulan tu dear..

Akak pun cukup tak gemar macam tu.. cakap tak jelas.. bagi tau kos nya berapa.. jadi orang boleh bajet kan ..

akmaliyana said...

Hye done follow back :) Jemput join GA ye :)

Nurzakiah Hanum said...

memang x gemar kan