Sunday, June 22, 2014

Char Kuey Teow sedap di Det Station

Pertama kali tahu pasal kedai ni sebab adik yang duk kat Ampang tu ajak pergi makan. Pertama kali pergi dah rasa char kuey teow dia terbaik. Memang setiap kali pergi pun saya makan char kuey teow dia je. Husband pernah try nasi lemak. Dia kata sedap juga. 

Memandangkan sekarang ni saya tak selera nak makan. Tengok tu tak nak, tengok ni tak nak. Tadi dah terjelepek kat umah ni. Biasa kalau rasa nak makan, kat kedai atau umah makan 3 sudu je dah. 

Hari tu pernah ajak husband ke Kg. Baru sebab teringin nak makan kat kedai yang selalu makan tu (lupa nama kedai). End up bila pergi saya makan sikit dan tak habis pun. Nasib baik husband oke je. Dan dia pula tukang abeskan. 

Tadi tetiba terfikir nak ke Det Station. Tawakal ke lah pergi sebab dah tak bertenaga sangat. Makan sikit je hari ni. Husband pun oke je ikut je lah. Dan miracle happened bila saya boleh habiskan char kuey teow special kat Det Station tu. Husband pun pelik. Saya lagi peliks tak mual langsung. Husband pening kepala, tak kan lah nak ke Det Station tiap-tiap hari kot which is impossible sebab Det Station tu kat Ampang. Kami kat Bandar Tasik Selatan. Memang boleh tahan jauh. 

Untuk cerita bergambar mengenai Det Station boleh ke link di bawah. Sebabnya saya teruja sangat sampai tak menyempat nak snap gambar. 



1 comment:

Knor said...

kesian..takpe normal tu..3 bln pertama kan..

mengidam mkn apa agaknya..panas sejuk../dulu knor akan makan..makanan sunah