Since, hari tu percutian ke Melaka yang di plan sebegitu lama tidak menjadi. Maka ini adalah unplan trip to Melaka. Da namanya unplan, jadinya agak kelam kabut sikit. Pergi tengah hari ahad. Then balik KL kul 5 pagi isnin sebab husband kene keje dan sy kena g uni. Huhuhu!
Kisah bermula bila sabtu sy ada kelas. so sehingga ujung disember sabtu memang tak boleh kacau. Bangun2 pagi ahad tu tel pakcik. dia duk melaka. memang dah duk sana lama. da berbelas2 tahun. tapi tak pernah sampai umah dia. banyak kali dia ajak tapi tak pergi2 pun. ade je halangannya. jadi masa tu dia ajak then terus diskuss2 terus pergi. bayangkan kul 12 baru gerak dari KL.
dalam lebih kurang kul 2 camtu sampai kem husband dulu. Depot pangkalan peluru masjid tanah. Yang sebenarnya takde motif pun g sana. just singgah2 je. husband banyak kenangan kat situ. dari mula2 jadi askar sampailah kawin sebelum mintak tukar KL. kawan2 dia sume tkde masa tu sbb ade majlis apa ntah. pas round2 terus ke umah pakcik.
Sampai dalam kul 4 camtu. solat sume terus ke pantai klebang. atau pantai satu malaysia. betul ke? sebab nampak satu kemain besornya kat situ tp tak amik gambar pon. 2 tahun lepas pergi kat situ pantainya sangat sempit. ada orang duk tambak2. sekarang pantai da semakin besar dan sesuai untuk tempat riadah.
layan je gambar kitorang yang tak seberapa ni, gambar dari instagram. Masih tak berjaya transfer gambar dari phone ke laptop guna bluetooth. Gambar dhiya amani pun banyak lagi yang cumil2. tapi tu lah. never mind tengok yang mana ada je.
Ini lah gambar dhiya, cantik tak? ni dia tgk wau. siap lambai2 wau tu. dia lah yang paling gembira. dhiya tak pernah pergi pantai. ni first time. sebab tu lah kot dia excited sangat. berlari2 atas pasir. kita nak berjalan pun kemain susah atas pasir dia siap boleh berlari2 lagi. Langsung tak mahu duduk. Siap ajak naik kuda. Tapi papa tak bagi takut jatuh.
Malam pergi makan seafood bakar kat umbai. m i right? hehhee i cakap umai pakcik gelak. umbai lah kot yang sebetulnya. Oklah banyak jugak makan. pakcik belanja.
Dalam kul 12 cam tu, 12 malam hokey. G mandi kolam air panas pula dekat Gadek. Ingat kan orang tak ramai rupa2nya orang adalah sangat ramai. Dhiya excited juga. Dia macam tak rasa pun air tu panas. Main je keje. kitorang nak masuk kaki dalam air pun terasa sangat panas. Last2 g cari kolam yang airnya suam sikit then baru mandi.
Sampai2 umah pakcik da kul 2 sume orang da flat. Terus tido sebab esk pagi2 kul 5 da nak balik KL.
2 comments:
bestnya jln2..kak ni juga yg sibuk..insyaAllah
cantik gambar baby dhiya tu..
hehe. tp jalan2 yang tak plan ni sedikit penat. mahu seminggu nk recover penat tu =)
Post a Comment