Benarlah pepatah, belajar dari pengalaman. Dulu sekadar angan-angan. Masih ingat lagi masa tu saya tercari-cari perniagaan yang sesuai untuk saya jalankannya hanya melalui facebook. Sebab saya selalu log in facebook tanpa ada sebab yang kukuh. just log in dan log out. skodeng orang. jarang saya buat. sebab tu lah walau ada facebook pun saya jarang tahu perkembangan semasa kawan-kawan. sekadar tengok status yang di update dan masuk ke feed. itu saja. yang tak masuk di feed saya, terus terang saya memang tak ambil tahu. melainkan adalah jugak tetiba teringat dan bukak page dia kejap dan klik pangkah.
sehingga lah tahun 2011 bulan november. saya sign up sebagai ahli tupperware brand. itu pun sekadar suka suka. untuk beli barang keperluan sendiri. bukan keperluan sebenarnya. keinginan sendiri. tiba-tiba tanpa sedar tiap-tiap bulan pun saya beli tupperware dan dengan nekadnya sekitar mac 2012 saya mula berkecimpung dalam perniaagaan tupperware ini. gembira juga sebab selain menjual saya tidak lupa untuk belikan sesuatu untuk diri sendiri pada setiap bulan. hahaha koleksi juga sudah banyak yang bertambah.
tapi biasalah dalam berniaga ada naik dan turunnya. Ada macam-macam dugaan. walau tak sewa kedai. walau hanya berniaga depan laptop turut ada cabarannya. pernah suatu hari saya sedih sangat. ramai yang tanya harga. gembira bukan kepalang sebab ramai orang berminat ngan barang kita jual. akan tetapi at the end of the day takde sorang pun yang beli. walhal saya kena sematkan di hari bila orang tanya harga tu sebenarnya orang tu berminat tapi masih belum cukup duit. just survey2 je ke. kita pun pernah buatkan tanya harga dulu then kumpul duit dulu then datang balik baru beli. kat sini ditekankan nak buat apa2 pun kena be positive jangan mudah nak down tak tentu arah. kejap2 down kejap2 down. macam mana anak melayu nak berjaya.
ada juga yang nak masuk ahli tetiba datang cancel balik. tak jadi masuk ahli. masa tu macam nak meletup je kan. serious. tapi saya tetap bertenang. dan tiba-tiba terus datang yang lain mahu masuk ahli. adakah ini adalah ujian dari Allah yang mahu melihat kesabaran hambaNya menghadapai sesuatu perkara.
InsyaAllah. Saya akan sentiasa bersabar, telus dan tulus dalam melakukan perkara yang bagi saya masih baru ini.
2 comments:
setuju...berniaga cara mcm mana pun mesti ada naik turunnya...mcm2 org kak jumpa..tapi adatlah..manusia ni..rambut sma hitam hati lain2.
insyaAllah kak. dengan semangat yg ada saya akan cuba hadapi apa2 jua cabarannya.
Post a Comment