Thursday, February 28, 2013

KEcundang di hari ke3

huhuhu! mahu kurus bukan senang sesenang a b c.

simple teori nya adalah

kalori yang masuk mestilah lagi kurang dari kalori yang dibakar = kurus
kalau kalori yang masuk lagi banyak dari yang dibakar = gemoks
kalori masuk sama ngan kalori yang dibakar = maintain

sebagai contoh kalau kalori yang badan bakar sehari 1500cal
makanan masuk hanya 1000cal maka kita dah ada pengurangan kalori sebanyak 500cal sehari

dan 1kg =  7700 cal

jadi kalau sehari da kurang 500 cal makanya kalau 500 x 7 = 3500 kalori

makanya 3500/7700 = 0.45kg = 450g
kalau sebulan 450g x 4 bulan sudah 1800g = 1.8kg sudah dapat dikurangkan

yerpp...fact memang macam tu. tak dapat dinafikan lagi.

tapi 1000cal sehari banyak manalah yang boleh dimakan kan? huhuhu! sangat sedih

kena bagi2 mengikut waktu makan
sarapan - snack - lunch - tea - dinner

sebagai contoh

sarapan (100cal)
snack (100cal)
lunch (400cal)
tea (100cal)
dinner (300cal)

yang lain tak boleh makan dah

huhuhu! dan berdasarkan role ini saya mampu bertahan 2 hari sajor. hari ketiga saya dah break the rule. tak tahu mahu mula bila pulaks...huhuhu! cobaan.

sumber: kawan saya  & pengalaman sendiri


Tuesday, February 26, 2013

Jom mengira BMR

Apa itu BMR? 

BMR adalah basal metabolic rate, senang citer metabolisma yang digunakan oleh badan kita bila badan dalam keadaan rehat. 

Sebagai contoh walaupun kita tidur sepanjang hari tetap ada pembakaran kalori yang terjadi disebabkan oleh pergerakan sistem dalam badan kita. 

Dipendekkan cerita BMR untuk lelaki dan perempuan adalah berbeza. 

ini adalah formulanya. 

BMR lelaki = 66 + (13.7 x berat in kg) + (5 x tinggi in cm) - (6.8 x umur dalam tahun) 

kita amik contoh husband saya

BMR husband = 66 + (13.7 x 64.8) + (5 x 163) - (6.8 x 27) = 1585

*haritu ada timbang ngn penimbang herbalife dia tunjuk angka 1412..oke kot tak jauh beza sangat kan. more or less lah kot. 

BMR perempuan = 655 + (9.6 x berat in kg) + (1.8 x tinggi in cm) - (4.7 x umur dalam tahun) 

BMR saya = 655 + (9.6 x 61.8) + (1.8 x 153) - (4.7 x 27) = 1397

* masa timbang hr tu 1240

okay itu je nak cakap pasal BMR =)

sumber: kawan saya 




Friday, February 22, 2013

Baucer buku

Alhamdulillah isnin hari tu saya dapat baucer buku rm250. mula2 dapat macam tak tahu nak beli apa. banyak tu rm250.


Tiba2 masa on da way balik hari selasa nampak pula pesta buku by popular kat UM ni. so, decide esklah nak g tengok2.

maka rabu tu ajak kawan teman g tengok2 buku. belum nak beli lagi tengok2 je sebab baucer sudah tertinggal kat umah. ingat nak ajak husband g beli kat mana2 kedai buku. Nak dijadikan cerita masa g window shopping hari rabu tu, tertengok pula promosi kalau beli rm250 dapat lagi baucer dari popular rm50 dan keahlian percuma. keahlian tu sepatutnya bayarannya dalah rm12. Terus dalam hati semangat nak beli buku.

kamis pagi2 lagi terus ke pesta buku tersebut dengan baucer rm250. saya terus memborong buku2 yang dah di aim pada hari rabu tu. g pesta buku kali ni perasaan nak beli buku tu lain sikit compare ngan masa g big bang wolf kat the mines hr tu. mungkin sebab:

kali ni beli buku free je tak bayar apa2. 

yang keduanya kerana tempat dia tak luas sangat compare ngan bbw. jadi senang nak pilih nak round 2 3 kali pun oke. 

lagi pula kat sini je. tak payah ajak husband teman. maka boleh berlama2 memilih buku.

taraaaaa inilah sume buku2 yang saya beli. total rm300.20. jadi 20 sen saya tambah duit sendiri. semua suda dibelek2.. tapi belum baca betul2 lagi. yang pastinya memang puas hati dapat miliki semua buku ni. insyaAllah saya akan manfaatkan semuanya. 


insyaAllah kalau da abes baca saya review kat sini.

Wednesday, February 20, 2013

Semester baru bermula

Ini sudah sem ke 2 saya sambung master. macam cepat je mana berlalu. hopefully saya dapat grad on time. fikir punya fikir. fikir punya fikir. saya macam decide untuk kerja dulu lepas master dan bila masa dah sesuai baru sambung belajar lagi.



Ini adalah syarat untuk sy grad. yang pertama done.

yang kedua dan ke4 insyaallah bulan 4 ni.

yang ke3 sem depan.

yang ke 5 tak tahu lagi bila. paper belum start tulis lagi. result pun takde lagi.

yang no 6 rasanya lepas sbb memang warganegara kan.,,,

chaiyok anis chaiyok...!!

pssttt! saya dapat baucer buku esok sy update pasal baucer tu k

Tuesday, February 19, 2013

Rasa mahu buang saja benda alah ini

Tujuan ada chatbox dulu untuk senang kawan2 baru tinggalkan link. tapi kebelakangan ini asyik dilink kan kepada page2 yang pelik je. Memandangkan ia takde faedah sangat berada disitu macam nak buang saja. 


Comment juga da tukar setting. sekarang kalau approved dulu baru comment appear. sebenarnya saya bukan protective sangat. tapi geram bila asyik dpt komen dari anonymous saja dan komen yang bukan2...bila need approval takde pulak anonymous yang komen. tapi leceh lah sikit. kadang2 komen masuk spam dan terlepas pandang. kepada kawan2 ampun & maaf ye andai kata ada komen yang saya tak publish. 


Teringat dulu2

Hahaha, semua orang pernah muda remaja bukan? bila tengok ramai kawan kawen dan tunang di fb teringat dolu2. bukan teringat masa kita kawen atau tunang. teringat bila sedara mara tunang atau kawen kita jadi tukang sebok2. kebetulan ramai anak dara seusia masa tu. jadi lagi lah meriah. dengan pakaian mengalahkan yang nak kawen nye. pastu duk menyebok bajet ayu. hahaha kelakar2. gambar takde pula. 

pastu mula lah pasang angan2 yang datang tu konon2nya sedara mara dia terbekenan kat kita kan. hahaha. korang pernah tak rasa cam ni ke aku sorang je. bila tengok gambar orang kawen memang teringat peristiwa dulu2 tu. 

tapi sejak kawen ni masih lagi jadi tukang sebok tapi perasaan bajet ayu sume tu dah takde. 

bukti masih lagi tukang sebok. 



Thursday, February 14, 2013

Balik kampung

Hampir seminggu balik kampung. oh bestnya balik kampung. setiap kali balik mesti berkira2 mahu beli rumah kat kampung. tapi masih belum rezeki kami, asyik g tengok rumah yang salah saja. ye lah kadang2 rumah kawasan banjir pun mahu jual. kawasan yang tak elok juga mahu jual. kawasan elok pula mahal. huhuhu! insyaAllah rezeki akan datang kemudian. yang penting ada cita2. 

Kalau orang tanya kenapa saya suka tinggal kat kampung. mahu kerja kat kampung. mahu buat rumah kat kampung. saya takde jawapan yang betul2. yang penting sy mahu macam tu. 

Balik kampung best. yang tak bestnya satu badan dhiya amani kena gigit nyamuk. sebab satu malam tak pasang kelambu. ingatkan oke. sekali bangun2 abes satu badan, mama & papa tak kena gigit pula. 

Kenduri

Masa cutilah ramai kawan2 yang kawen. biasanya kalau kawan2 kat kelate saya seboleh mungkin mahu hadiri majlis korang masa cuti2 macam ni. sebab kalau waktu2 lain tak balik kg. confirm2 tak dapat pergi. tapi tu lah. kadang2 balik sekejap. macam2 nk buat. melawat sedara mara lagi. jadi dapat lah pergi ke satu dua rumah saja. tapi hakikat sebenarnya saya mahu hadiri semua majlis korang. 

kepada kawan2 yang baru kawen selamat pengantin baru. semoga korang bahagia hingga ke syurga. doakan kami juga. 

Makan banyak

Kalau kat kampung sy memang tak leh control makan langsung. pagi da makan kuih 3 4 ketul. pastu makan nasi berlauk lagi. kejap je dh tengah hari. makan nasi lagi. malam kadang2 makan mi. Yang pasti semuanya sedap. waaaaaaaa rindu sudah. kalau kat sini jarang makan nasi pagi sebab tak selera

Hujan

2 hari yang last tu asyik hujan saya. bukan hujan yang kilat2 tu. hujan macam masa banjir tu. tak lebat tapi lama. suka suasana macam tu tapi sejuk lah. plus pakaian susah nak kering. 






Wednesday, February 6, 2013

Rawatan akar gigi (root canal)

kalau tak sakit gigi bukan anis lah tu. saya ni bermasalah gigi sejak kecikkkkkkkkkkkk lagi. awal lagi gigi dah tumbuh. gigi depan, gigi susu. tapi gigi tu tak kukuh then patah masa jatuh. dua2 batang pun patah. myparent decide untuk cabut sekali ngan tunggul2 gigi tersebut. and seriously it take times untuk tumbuh balik. tak silap darjah satu baru gigi depan naik. before tu saya adalah rongak. 

sejak darjah tiga bermula kisah bilamana nurse datang sekolah je saya kena scaling ngan tampal gigi berlubang. bukan sejekap malah berejam saya dalam treatment room. pada awalnya takut dah jadi biasa. sakit memang sakit. nak tak ndak kena buat jugak. tapi gigi saya tak elok2. tak tahu di mana silapnya. ada kawan saya dia tak pernah pun buat treatment gigi tapi gigi dia cantik je. siap tersusun rapi lagi. 

lepas abes sekolah, saya sendiri make an effort pergi jumpa dentist sekali setahun. saya prefer swasta masa tu sebab masa tak mengizinkan untuk saya ke klinik kerajaan memandangkan saya belajar jauh bukan belajar kat kelate. kalau buat appoinmnet nak dating ngan dentist kena balik kg. untuk senang masa balik g klinik swasta dia terus buat. biasanya puluh2 je untuk treatment satu atau 2 gigi. kalau cuci gigi seratus lebih. harga ni saya cakap ni pada masa tu lah. sekarang tak tahu. sebab da lama tak g klinik swasta. kenapa?

sebab saya da kawen ngan askar. dia ada klinik gigi sendiri. jadi pergi klinik gigi dia je. lagi pula free tak payah bayar apa2. yang perlu buat nganga je. lagi pula sekarang ni saya student. suka suki nak g uni bila2 jadi tak payah amik time slip ataupun MC. masa mula2 dulu tak tahu askar ada klinik gigi sendiri. dengan gigih ke HKL naik lrt. pastu naik teksi pula. nk drive tengah2 KL takut. husband pula takde kursus. last2 baru tahu dalam pagar ni aje kliniknya. maka makin rancak lah saya ke klinik gigi. bukan suka sangat tapi terpaksa. tapi masa HKL hari tu sempatlah jugak cabut 2 batang geraham bongsu yang naik senget and bagi effect pada bahagian lain jadi sakit. entrinya di sini. 

ingat lagi masa kat KMK, saya ke klinik gigi Kulim. masa matrik takpelah. nak g klinik gigi berhantar berambik. pakcik van tu baik. dan doc and nurse kat sana juga baik. kat sana kenangan takleh lupa sebab terpaksa cabut gigi geraham bawah. tak tahu gigi no berapa sebab tak pandai nak kira. masa tu gigi dah kritikal gler. rapuh sangat. masa tu doc pompuan yang cabut. tetiba gigi patah. ada lagi serpihan gigi kat dalam. dia da start nervous. then dia mintak pertolongan doc lelaki. yang mana sampai sudah doc lelaki tu yang cabut, kemain besar lagi lubangnya. sampai makan nasi pun boleh masuk kat situ. tapi lama2 lubang tu tertutup jua akhirnya.

nak dijadikan cerita kes yang terbaru ni. gigi geraham belah atas pula yang sakit. bukan belah geraham bawah yang dicabut. tapi yang sebelah lagi. kalaulah yang atas pula dicabut. jadi kiri kanan lah takde giginya. maka saya merayu kat doc jangan cabut gigi saya. buatlah macam mana sekali pun. dengan itu doc suggest lah rawatan akar ni. tapi banyakkkk gler appoinment. akar saya tak mati2...second treatment hidup lagi. and another problem is doc tak jumpa salah satu akar gigi. sebab katanya akar gigi saya bengkok. susah nak masukkan ubat and whatsoever. 

kat bawah ni adalah ringkasan rawatan akar gigi ni. saya amik kat blog doc ini. untuk mengetahui pasal root canal ngan lebih detail leh ke sana. 




sakit ke tak rawatan akar  ni? sakit memang sakit kata pun bermain ngan saraf. tapi biasanya doc akan bius untuk tak bagi rasa sakit. bagi saya lebih baik sakit kena bius daripada sakit disebabkan oleh treatment tu. sakit wooo... tapi bila treatment semua sudah siap tak sakit dah. masa tgh buat tu je sakitnya. 

UPDATE : JAB. BEDAH MULUT, HKL

Klinik gigi HKL tak buat untuk treatment biasa. dia hanya buat untuk yang melibatkan pembedahan sahaja.

Disebabkan kemalangan atau
Nak buang geraham bongsu

pendek kata apa2 yang melibatkan pembedahan je. kalau setakat nak cabut gigi biasa memang dia tak layan. biasanya nak g HKL kena ada surat rujukan dari klinik biasa dahulu.



Sunday, February 3, 2013

Pusat Sains Negara

Hari ni berkesempatan bawa dhiya amani ke pusat sains negara. one mission accomplished. dlu masa dhiya tecik pernah bawa dia ke petrosains. insyaAllah next planetarium pula. huhu!


baru sampai dhiya blur2 lagi. mungkin tengok apa la ni haa


masih lagi tak tahu nak main apa. tak tahu nape asyik takut takut takut je


bunga belakang dhiya tu sebenarnya tangga gelongsor. cantikan. very the creative. tangga pula adalah daun. 
tapi dhiya takmo naik. uhuk


last2 jumpa blok puzzle ni. dan of cos lah dhiya suka. lalu duduk dan main dengan bersungguh. 


papa tengah bagi hint


taraaaa sudah siap. clap2..pandai dhiya amani.


ini cikgu ke. hahahaha


then main ini pula. dhiya pun suka main ni
IKEA ada kan benda ni. nak belilah satu. 
nampak macam oke je menan ni sebab biji2 tu stick kat menan tu jadi tak bersepah


nak belon tapi malu nk minta. btw cantik kan kerusi. alangkah bestnya kalau tadika macam ni
very creative and attracting untuk budak2 kecik belajar. 


eh tetiba papa jadi angkasawan pula


mama pun nak ke bulan juga lah. hahahaha


papa hilang lagi. da jadi robot rupanya =P

sebenarnya banyak lagi tempat menarik kat petrosains ni. contohnya:

1. akuarium macam yang kat akuaria tu. tapi section dia pendek je lah.
2. tempat baby main macam kat i-kidz ICT tu. tapi kecik juga kawasannya
3. cermin ajaib -- ni kat bahagian shape and mirror kot
4. ada bahagian fizik
5. yang dhiya main tu dia buat mcam tadika. satu room yang sederhana besar dengan kelengkapa pembelajaran yang pelbagai. 
6. ada exhibition juga. tapi kami tak masuk. 

entrance fee:

rm6 ringgit untuk dewasa
budak 2 tahun macam dhiya amani free

tutup kul 5 petang




Tupperware dealer

Macam mana saya bermula menjadi tupperware dealer? sebenarnya sejak kawen saya tak pernah beli barang plastik. ada sebiji 2 biji yang kawan bagi masa kawen. guna sekadar yang ada. tetiba satu hari dapat parcel dari makcik kiranya adiah kawen tapi dia bagi lambat jadi dia poskan. tahu tak apa yang dalam kotak tu. rupa rupanya tupperware satu kotak dia hadiahkan. ada freezermate, ada modular mates, ada one touch. terharu pun ada, gembira pun ada yelah tupperware bukan murah. ni lagi lah plak satu kotak. pastu saya guna je tupperware tu sume sekadar ada. masa tu nak beli sebab rasa mahal. 


freezermate


modular mates


one touch

tapi tetiba terbeli mula2nya sebab nak bagi adiah kawen kawan. pastu terbeli untuk diri sendiri. bulan depan terbeli lagi untuk diri sendiri. berapa banyak kali terbeli. try test market kat fb ada kawan berminat. bermula dari kecik makin melarat jadinya. dan sekarang saya da officially jadi tupperware dealer. sebulan wajib dua kita empat lima kali g stokis beli tupperware. kebanyakkan untuk dijual lah. untuk diri sendiri amik jugak lah sebiji dua. saya bukan yang sangat fanatik tu. untuk diri sendiri guna juga tapi berpada2. ikut keperluan. selebihnya di jual. 

jadi, kali ini saya ingin mencari 2 orang new dealer. kenapa 2 orang? sebab saya nak guide dia macam mana untuk berjaya dalam tuppare bisnes ni. start dengan dua orang dulu. insyaAllah nanti bila da okay saya akan bukak lagi untuk yang lain.

kepada yang berminat boleh emel saya anis_nurdhiani@yahoo.com. yang benar2 berminat sahaja okay. terima kasih

Saturday, February 2, 2013

Homestay di Machang, Kelantan

Homestay ini terletak di Taman Sri Intan, Machang, Kelantan. 
Rujuk peta di bawah untuk lebih jelas

rumah teres
sesuai untuk keluarga kecil
3 bilik
1 bilik air

5 minit perjalanan ke bandar machang
15 minit ke UiTM machang
20 minit ke tanah merah
30 minit ke pasir puteh
30 minit ke kuala krai
30 minit ke kota bharu


sofa di ruang tamu


TV di ruang tamu


meja makan di dapur


peti sejuk di dapur


sinki
dapur untuk memasak turut disediakan


pandangan dapur dari ruang tamu


bilik pertama
dilengkapi air cond


bilik kedua
dilengkapi kipas

bilik ketiga
disediakan tilam


ini adalah homestay kedua
rujuk map di atas untuk mengetahui kedudukan homestay ini

rate = rm200 sehari
deposit rm100 tanda booking. 
keutamaan keberikan kepada yang bagi deposit
check in 12 tengah hari - check out 12 tengah hari keesokan harinya

boleh contact
cikgu rosdi - 014-5128561
anis/eira - 019-9885546



Homestay di Machang, Kelantan

Homestay ini terletak di Kg. Sungai Mas, Machang, Kelantan

rumah luas sesuai untuk rombongan kenduri

5 minit perjalanan ke UiTM Machang
10 minit ke bandar Machang
20 minit ke Tanah Merah
30 minit ke Kota Baru
20 minit ke Pasir Puteh
30 minit ke Kuala Krai


pandangan hadapan rumah


juga pandangan hadapan rumah


pandangan bilik dari ruang tamu


meja makan di ruang tamu
juga terdapat meja makan di dapur


TV disediakan di ruang tamu


bilik tidur pertama
dilengkapi katil
aircond


meja solek dalam bilik pertama



bilik kedua
dilengkapi kipas angin
dilengkapi katil


bilik ketiga
tiada katil (UPDATE: bilik ini sudah disediakan katil)
*gambar katil akan diupdate kemudian
ada kipas angin

kemudahan lain:

dapur untuk memasak
peti ais
parking kereta yang luas
berdekatan jalan besar


map untuk ke homestay.
ini homestay pertama
untuk homestay ke dua saya akan masukkan gambar dalam next entri

rate = rm200 sehari
deposit rm100 tanda booking. 
keutamaan keberikan kepada yang bagi deposit
check in 12 tengah hari - check out 12 tengah hari keesokan harinya

boleh contact
cikgu rosdi - 014-5128561
anis/eira - 019-9885546



Friday, February 1, 2013

Selamat bertunang Azra

Rasanya masih belum terlambat lagi nak wish selamat bertunang untuk one of gegirls azra for her engagement day. tarikh tak ingat dah bila. tapi end of november hari tu. 

Okes, kita layan gambar2 sahaja ye. 










Gambar adalah dari Darkspoon Photojourney...kalau berminat boleh klik link k =)

Tataaa