Tuesday, May 11, 2010

Jom mengira bersama saya

Setiap hari bila pergi kerja saya akan naik 2 bas yang berlainan. Setiap kali naik, saya kena bayar rm1. Bila saya naik 2 bas berlainan untuk berjalanan pergi dan balik saya perlu bayar rm4.00 sehari. Jika dikira hari bekerja saya sebulan adalah sebanyak 22 hari. Jadinya rm4 x 22 = rm88.00. Jika saya membeli tiket bas selama sebulan nilainya cuma rm40.00. Da untung rm48.00 sebulan. Plus saya guna jugak tiket pada hari lain jika perlu saya keluar untuk beli barang atau untuk perkara yang lain. Disebabkan itu la saya berazam untuk menyimpan tiket bas saya sebagai collection.

Ini adalah collection saya setakat hari ni.

Januari

Februari

Mac


April

Mana tiket untuk bulan 5. Tular korang bulan 5 hanya baru sampai 11 hb hari ni. Tapi tiket tu da hilang. Sedih sangat sebab saya beli dengan harga rm40.00 tapi lepas sehari guna da hilang. Dan tiket tu hanya boleh dibeli sehingga 7hb sahaja untuk setiap bulan.

Jadinya lepas ni still ada lebih kurang 3 minggu lagi untuk saya pergi kerja. Katakan rm4 x 15. Saya masih kena keluarkan duit sebanyak rm60.00 lagi...Huhuhu!! sangat sedih.

Bukan saya nak berkira. Tapi bila beli dan berharap sangat tak payah keluarkan duit tiket untuk bulan ni tapi at last still kena bayar. Korang tahu kan apa perasaannya. Herm~~

Moral of the story "keep your things carefully" Kalau tak kita jugak yang rugi. Isk2

2 comments:

Mag said...

awat bulan 5 hancur sangat=p

eira eixora said...

sebab koho ganah. Hehehe..