Thursday, January 31, 2013

Andai saya berjaya nanti, hanya satu pinta saya

RENDAH DIRI

walau di mana pun saya. walau di takat mana pun kejayaan saya, saya mahu bersikap rendah diri dengan siapa2 saja. insyaAllah i will try my best. Ini doa saya. Moga Allah perkenankannya. 

Membaca kisah orang berjaya yang sangat merendah diri membuatkan diri ini sangat terkesan dengan sikap mereka. masih ada orang yang macam ni. sebenarnya dari pengamatan saya ramai orang yang macam ni. pendek kata memang saya dikelilingi oleh orang yang merendah diri dan baik hati. mereka adalah contoh terbaik buat saya. saya mahu jadi macam mereka. 


Tuesday, January 29, 2013

Suka tak, suka tak, suka tak

Hahahaha, mesti korang perasan yang amat yang butang like2 tu dah tak ada, tak payah tunggu seminit ke berminit2 dah bila nak baca blog ini. to be truth sy pun tak bape suka dengan kehadiran benda alah tu tapi nak buat macam mana dah terbeli kenalah guna juga untuk suatu masa kalau tak membazir saja kan beli. ye lah, mana ada kat dunia ni free sumenya kena beli. saya ni pula buta IT. kalau pasal script2 bagai ni memang tak reti. guna komputer ni pun tahu on off update fb ngan update blog je. cukup lah tu dah ada basic knowledge kan. 

Monday, January 28, 2013

testimonial VCO catalyst

Rentetan dari entri ini di sini saya dengan jayanya telah membeli sekotak VCO catalyst dan telah pun abes di makan selama sebulan. dan tak restock dah. kenapa? sebab malas nak beli. hewhewhew!!


Ini testimonial saya. Andaikata seller ada terjumpa entri ini dan mahu amik ini testimonial jangan letak nama saya please...haha letak lah puan A ke? hahaha! malu2. tapi ada ke yang nak amik? just incase sebelum sesuatu yang tak sepatutnya berlaku berlaku kena mention awal2...

kebanyakkan testimonial yang saya baca, kesan boleh di rasai masa hari ke 3 atau ke 4 selepas makan. note: saya makan 2 biji sehari belah malam sebelum tido. yang nyatanya kesan saya rasai selepas 2 minggu makan. mungkin lain orang lain cara penerimaan dan kesannya. ye tak?

dan yang paling effect adalah the upper part of the body (u have to guess which one, malas mahu tulis secara nyata) memang rasa up sikit. huhuhu! still cannot guess?? rasanya da boleh agak kot which one. 

dan yang kedua the lower part of the body (u have to guess again) also rasa yang sangat ketara. memang tight. huhuhu! mungkin testimoni ni tak bape best. tapi takpelah at least maklumat sampai. 

dan muka, ada kawan tegur agak berseri-seri. auwwww. hahaha. tapi dia tak kata makin muda pun just berseri2 je. tu pun da nak masuk sebulan makan. mungkin kena makaaaaaaan lama lagi kut. sy ni actually susah sikit nak makan ubat atau supplement secara consistence. asyik luuuupa aje. ni pun last2 ada terskip juga. tapi fikir da beli mahal2 terpaksa abeskan juga. 

ada terbaca kat fb. kawan tulis kalau minyak kelapa dara apa2 brand atau jenama kat kedai sume effect dia sama je. cuma jangan terbeli yang tipu sudah. 



Saturday, January 26, 2013

Bihun goreng

Maaf sehari dua ni rajin pula masak & amik gambar. makanya banyaklah gambar makanan kat sini. 

Biasa saya guna sos cili untuk masak bihun goreng atau mi goreng. tapi lepas tengok buku 1 hari 1 resepi tu terus rasa macam best pula bila guna cili boh. cili boh ni sebenarnya lagi jimat kalau kita guna sebab bubuh 2 3 sudu dah oke dah. compare ngan guna cili sos kena bubuh banyak2 baru oke. da la cili sos mahal compare ngan cili boh. 

So, rasa oke lah. tak muak macam biasa. biasanya kalau husband request masak bihun, sy masakkan je tak makan sebab muak,. kali ni abis licin. awwwwwwww puji masakan sendiri. sorry =)



Friday, January 25, 2013

Breakfast like a king...

Orang cakap, kalau breakfast kena like a king. lunch like a prince. dinner like a pauper. tapi saya masa breakfast lah paling tak selera nak makan berat. sekadar roti, biskut atau kuih. itu je yang bestnya. tak pun kadang2 minum air masak je. sangat lah tak king nya. tapi nak buat cam mana. 

dan masa paling selera pula masa dinner. huhuhu! sangat salah itu habit. pagi makan sikit. malam makan banyak. 

kat bawah ni gambar nasi goreng sotong masa lunch semalam. first time juga buat. sebab saja nak try. makan kat kedai sedap. saya buat tak berapa nak ummphhh. need improvement =P


Thursday, January 24, 2013

Resepi Spageti

Untuk makluman ini adala spageti pertama seumpamanya yang saya pernah buat.

Sebelum ini saya tak buat sebab:

1. malas nak g beli barang2..
2. katanya husband tak suka makan western. jadi mood nak buat tak berapa nak ada.

Tapi sumenya berubah bila beli bulu 1 resepi 1 hari. menu dia senang2 je. barang2 yang nak guna juga senang yang amat. tambah pula malam tadi husband keje. jadi berspageti lah kita. 


Untuk tidak mengecewakan anda yang kalau ada tetiba tergoogle resepi spageti lalu termasuk ke page ini. maka saya kongsi resepi kat sini. ini versi saya. dah diolah baaaaaaanyak dari resepi asal. tapi rasa macam oke je. 

Bahan2:

2,3 ulas bawang putih
3,4 ulas bawang merah. resepi asal bawang besar tp bawang besar habes pula
cendawan 4 ketul
4 sudu cili boh
secawan sos tomato, saya guna brand life
lada benggala di potong dadu
sedikit minyak masak
garam secukup rasa
saya letak gula sikit. kalau tak nak pun oke
air secukupnya
daging cincang
serbuk lada hitam sikit sahaja

Cara masak:

1. panaskan minyak
2. tumis bawang putih ngan bawang merah
3. masukkan cili boh
4. biar sampai masak cili boh itu
5. masukkan daging cincang,. goreng2 sikit...
6. masukkan sos tomato
7. masukkan air ngan cendawan
8. biarkan seketika. agak2 da nak masak masukkan lada benggala
9. masukkan garam dan gula
10. agak2 masak tutup air
11. letak kuah atas spageti yang dah direbus terlebih dahulu. 

Siapppppp, da boleh makan. yummy yummy =)


Tuesday, January 22, 2013

In order to be a good researcher, u must refer to a good journal

Ini adalah pesanan sv saya untuk hari ini. Dan dengan ini I have to try the new method which is the third method. Hopefully, hopefully and really hope it will work. 

And how time flies, dah nearly one year saya kat UM,. dan ini adalah pencapaian terbaik saya sepanjang berada di dalam dunia kerjaya. well, now i am not working. tapi senang citer. first keje kat adventa dulu sempat bertahan selama setahun 10 bulan, tu pun setiap hari cakap nak berhenti. selepas itu company kedua hanya bertahan selama 4 bulan sahaja. tapi sekarang lain sikit, mungkin passion saya in this field kot. semoga saya nekad dengan keputusan ini walau apa jua keadaan pun. 


kenangan di hari convocation pertama, semoga akan ada convocation ke2 dan ke3 nanti. 
insyaAllah..insyaAllah

Monday, January 21, 2013

Experiment saya gagal lagi =(

p/s: entri ni sepatutnya di publish hari jumaat lepas. tapi malam ni baru publish

Tak tahu nak sedih ke nak gembira. huk huk huk

Experiment lepas dikatakan gagal walaupun hati saya kata masih boleh diperbaiki dan boleh ditambahbaikkan. (Saya nekad mahu repeat yang ini dan buat improvement, better dari start from beginning)

Experiment sekarang memang saya rasa gagal. dan ia betul2 gagal. huk huk huk

Saya ni nama je amik environmental eng. concern to environment. need to keep environment clean. try to reduce pollution. end up everyday pun dealing with chemicals. kadang2 kalau bau kuat sampai sakit kepala. bahaya tak? macam bahaya je. but it is part of my life. hendak tak hendak kena juga buat. makanya saya ni chem eng. ke env. eng. hahaha! pape je lah. yang penting don't give up.

takpe hari ni tak jadi. buat lagi. esok tak jadi. lusa buat lagi. sampailah ianya jadi. dan saya tahu yang bila ia menjadi sayalah orang yang paling bahagia kat dunia ni. susah woo mahu buat sampai jadi. sapa tak gembira kalau jadi tul tk? tapi tak tahu lah bila ianya akan menjadi. hopefully very soon sebabnya saya akan pergi conference awal bulan 4 ni. 

btw, kalau ada perkataan conference dalam every post pun buat donno je lah sebab memang takut nk hadapi conference ni. da la kena g sorang2. i mean kawan2 takde yang pergi sekali. kat penang pulak tu. seumur hidup br 2x je pergi penang island. tak familiar sangat dengan kawasan tu. cadang nak ajak suami teman. boleh bawa dhiya amani sekali. walau bagaimana pun conference tetap conference. dan ini hanyalah perancangan awal. hopefully husband takde keje masa tu. else saya kena g naik bas sajor. nak naik flight macam mahal pula. walaupun boleh claim sebenarnya. lagi pula tak pernah naik flight tak tahu prosedur dia macam mana. 

experiment will continue next week. ya Allah permudahkanlah segalanya. InsyaAllah everyting will be  okay. Hopefully. 


muka orang gembira sebab hari ni berhantar berambik. 
husband baik hati sebab dia off hari ni.


Thursday, January 17, 2013

Presentation & Presentation Slide

Hari tu da niat nak share pengalaman present research proposal masa last class research methodology. Jadi hari ni terlebih rajin da hari ni lah masa sesuai nak share. 

Huhuhu! seperti biasalah bila nak buat presentation ni nervous nya kemain padahal audience hanyalah rakan se couse sahaja belum lagi terlibat dengan fakulti lain, universiti lain, negara lain. 

Presentation

1. Alhamdulillah masa awal2 je nervous pastu tu da tak berapa nak nervous dan presentation berjalan dengan lancar. 

2. Kalau boleh guna suara yang kuat sikit. sebab nak bagi orang pay attention pada apa yang kita present. bila orang pay attention kita akan rasa lagi semangat. 

3. kalau kita tak pandai guna slang "orang putih" tak payah guna. cakap masa biasa. as long as orang paham. 

4. Intonasi suara kena ada sedikit sebanyak. jangan plain je. nanti orang mengantuk. 

5. kalau boleh buat ayat sendiri untuk presentation tu. sebab kita lagi comfortable dan senang nak recognize apa yang kita nak cakap. pernah dulu saya amik bulat2 text dari internet dan hafal end up presentation entah ke mana. confident level terus turun. mind cannot recall apa yang dah dihafal. worst case ever rasanya. 

6. yang penting rehearsal before presentation kalau ada masa yang ditetapkan try ikut masa. masa real nanti hopefully kalau terlebih atau terkurang tak banyak sangat beza. 

Presentation slide

1. Pengalaman saya bila buat presentation slide saya akan buat sesimple mungkin asalkan objektif tercapai.

2. Tak perlu too wordy, sebab kalau banyak sangat words kita akan terperangkap dengan words yang kita tulis tu. end up kita hanya reading not presenting. 

3. Ataupun boleh juga present as figure atau picture. semua ada kat situ. tinggal nak explain je. orang pun senang paham dan ingat lama bila tengok gambar ni banding dengan perkataan yang banyak. 




p/s: awal bulan 4 ni i will attend my first conference for master requirement. doakan yang baik2 k

Wednesday, January 16, 2013

Pangkat & Tanggungjawab

Sebenarnya husband saya juga naik pangkat last year bulan 10 if i am not mistaken. bukan pangkat dalam tupperware tapi pangkat betul2 dalam kerja dia. itu pun selepas berkhidmat dalam tentera plus minus 8 tahun. huhuhu lamanya. kalau nak naik gaji kena naik pangkat. ye tak kawan2. 

Tapi satu je lah yang saya boleh rasa sejak naik pangkat ni dia agak sibuk. asyik kena kerja kuar aja. walaupun naiknya hanya secoet sahaja. malam ni dia takde. ada operasi di ijok. bulan lepas tak silap ada operasi di johor. dengar kata bulan 2 ni dia akan berkursus pula selama sebulan pula. dalam seminggu mesti ada 2 3 hari kena duty. wiken pula kadang2 kena kerja. 

kami biasanya petang2 balik keje suka ronda2 sambil jalan2 cari makan. sekarang masa ronda2 sudah kurang banyak. bila dia tak balik saya makan simple2 je kat umah. bagus juga boleh berjimat cermat. 

mungkin sebab itu juga saya sekarang sudah agak pandai berdikari. 

dulu awal2 kawen saya tak pandai drive. kemudian bertekad mahu drive sendiri. akhirnya saya berjaya drive walau dalam takut2. mula2 drive minyak tak pandai isi tunggu dia isi je. sekarang da pandai. dulu tak pandai singgah kedai tak reti parking tempat2 sempit. sekarang da pandai. dulu tak pandai nak g putrajaya sendiri amik stok tupperware sekarang da pandai. 

bila fikir balik, kesibukan dia ada hikmahnya. dalam tak sedar saya makin berdikari dan kadar kebergantungan pada dia makin berkurang. 

secara positive nya, kita tak boleh sentiasa berada di takut lama. kena sentiasa sedia menerima perubahan atau pembaharuan ke arah sesuatu yang lebih baik. 

nasib baik ada dhiya amani tolong teman kat rumah. 


papa & dhiya
luv u sayang!!

Alhamdulillah, saya naik pangkat

Ingat lagi dulu masa kat adventa. sejak adventa di teknologi park lagi duk bincang ngan yaya nak buat bisnes. dari bisnes jual one drop perfume ke bisnes jual jambu letak asam boh tepi2 jalan. masa tu siap calculate lagi. kalau laku dapat untung macam ni macam ni. kisah bersambung sampailah bila adventa di PJ. nak buat bisnes itu ini itu ini. 

then kak jib pun cerita lah yang kakak dia ahli tupperware. setiap bulan ada je katalog yang dia bawa. sebenarnya kami yang suh bawa. makanya setiap bulan lah saya membeli tupperware. walaupun rasa mahal beli juga. kalau set banyak bagi 2. kak jib lah jadi mangsa sebab dia senang dipengaruhi bab membeli beli ni. satu je lah keyword nak beli tupperware ni. beli bila offer. bila tak offer sabar dulu jangan beli lagi.

kemudian datang idea nak berniaga. tanya kak jib kakak dia boleh tolong guide tak. dia cakap tak dapat sebab kakak dia beli untuk diri sendiri je. dia tak buat bisnes. nak dijadikan cerita suatu hari terjumpa lah seller tupperware di fb yg setuju untuk bg guide. sekitar bulan 2, 2012 kalau tak silap. 

berbekalkan modal yang tak seberapa. maka bermula la perniagaan tupperware secara kecil-kecilan. letak gambar di fb. memang majoriti barang saya jual di fb. jarang jual kat orang di alam nyata sebab saya malu nak promote. kalau orang tanya baru saya cerita. 

daripada beli sedikit2 lama2 beli banyak sikit. lama2 banyak sikit. ahli a.k.a donwline pula seorang, bertambah jadi dua dan begitu lah seterusnya. yang saya rasa banyak pertambahan ahli hasil saya buat kutu rice dispenser. saya buat kutu sebab saya tahu, ramai yang sayang duit nak beli kalau harga sebiji rice dispenser rm288 sekaligus. kalau rm50 sebulan tak rasa sangat kan. alhamdulillah group kutu saya makin lama makin berkembang. satu je saya prinsip saya bawa, untuk buat orang percaya pada kita, kita dulu jangan aniayai orang. alhamdullillah setakat ini saya belum ada problem sepanjang berniaga online. 

berniaga ada pasang surutnya. bulan 7, 2012 saya sign letter of intent (betul ke ejaan ni, takde kekuatan nak google) tapi saya tak berjaya. kemudian bulan 10, 2012 sekali lagi saya sign letter of intent dan alhamdullillah saya berjaya. tapi pangkat saya ni bukannya besar sangat. just one step higher. 

dalam tupperware pertama sekali consultant, senior consultant then director. sekarang saya director. syarat nak jadi director. sign letter of intent. recruit 15 orang downline bawah kita dan kena buat belian rm14K dalam masa 2 bulan. ye tak mudah sebenarnya. tetapi dengan semangat dan segala pertolongan dari upline dan up upline saya berjaya menghabiskan challenge. 

kenapa saya suka berniaga tupperware?

lain orang lain pandangan dan pendapat. banyak sebab kenapa saya jual tupperware.

1. sebab semua sedia maklum yang tupperware adalah bekas yang sangat berkualiti untuk dijadikan kegunaan seharian di dapur atau di mana2 sahaja dalam rumah. 

2. seperti semua juga sedia maklum tuperware juga akan mahal harganya. kalau saya join ahli saya akan dapat less 25% dari harga katalog. di samping itu saya juga akan tak teragak2 untuk beli dan buat stok kat rumah. tak memiliki just beli tengok dan jual itu sudah kepuasan bagi saya. ada juga saya pakai tapi ikut keperluan. 

3. culture dalam tupperware ialah kalau kita achieve apa2 challenge kita akan dihadiakan dengan tupperware. suka sangat. ye lah sapa tak suka tupperware free kan. 

4. saya juga boleh memanfaatkan penggunaan fb. kalau dulu suka staker opsss! fb orang, sekarang motif utama berfb sudah divert sikit kepada berniaga. at least takdelah buang masa sangat. 

saya senaraikan 4 saja dulu. insha Allah kalau rajin saya tambah lagi.


ini adalah saya dan up upline masa recognition hari tu. suka sebab dapat hadiah yang saya belum ada lagi. btw, baju kuning tu lah yang saya beli dekat thepoplook tempoh hari. tangan dia pendek sebab tu saya pakai cardigan. 


ini adalah hadiah yang saya dapat hari tu. kebanyakkan hadiah saya belum guna sebab rasa sayang nak guna. ada sentimental value di situ. huhuhu!

kepada yang berminat mahu jadi ahli under saya boleh lah tel/wassup saya 019-9885546 atau boleh emel anis_nurdhiani@yahoo.com atau boleh juga search saya di fb anis nurdhiani atau boleh juga search page saya kedaimayasaya.blogspot.com. keahlian adalah rm70. 

Question & Answer

Q: Adakah tupperware adalah MLM?

A: Ye, tupperware adalah MLM, tapi bukan macam sesetengah MLM yang lain. konsepnya telus. upline tidak dapat apa komisyen daripada duit keahlian yang rm70 tu. upline hanya akan menikmati komisyen sekiranya dowline membuat pembelian dengan syarat upline juga ada belian sekurang2nya rm500. tupperware juga berjual beli barang yang nyata, boleh di pegang, disimpan dan dilihat bukan berjual beli barang atas angin saja. konsepnya mudah saya. dalam tupperware upline dan donwline kena bekerjasama kalau mahu berjaya. bukan downline saja bekerja dan upline goyang kaki. kalau upline kerja goyang kaki saja maka upline tak akan dapat apa2.

Q: rm70 untuk pendaftaran nanti akan dapat apa?

A: selepas selesai mendaftar, anda akan dapat satu goody bag dari tupperware. di dalamnya ada baucer yang ada potongan harga untuk ahli baru memulakan perniagaan atau untuk beli kegunaan sendiri. katalog. guideline untuk berbisnes dan bekas tupperware. jadi, berbaloikan rm70 tu. dan ingat upline tak dapat apa2 hasil duit pendaftaran itu. 

Q: kenapa tupperware mahal?

A: Kita sebagai end user sudah tangan yang keberapa. kos raw material perlu di ambil kira. kos pembuatan dikilang juga perlu diambil kira. bila da siap dipacking cantik2. shipping kos. dari gudang ke stokis2 memerlukan kos. dan dealer2 mahu mengambil stock perlu ke stokis. semuanya ada added value. kalau fikirkan dengan kualitinya, tupperware takdelah mahal mana...ceeeeeeewah =) dan yang penting tupperware adalah lifetime warranty. 

Q: betul ke tupperware ni lifetime warranty?

A: ye betul, tapi masih ada rules and regulations dia. bekas yang boleh ditukar adalah bekas yang berubah bentuk by nature. bukan sebab kena gigit serangga, bukan sebab kena api, bukan sebab kena gunting. by nature maksudnya kita simpan barang dalam bekas tu tetiba tengok kulitnya da menggelupas. yes yang tu boleh tukar. bila guna penutup tetiba tengok penutup menggeleding. tahu ke menggeleding tu apa. hehe ha yang tu boleh tukar. ada banyak lagi condition. insha Allah nanti saya akan explain in detail lagi pasal ni. 

kepada yang sudi baca terima kasih ye.

sekali lagi. kepada yang berminat nak jadi ahli atau nak beli 

boleh call/wassup 019-9885546
fb anis nurdhiani
fb page kedaimayasaya.blogspot.com

keahlian hanya rm70 sahaja! 



Monday, January 14, 2013

Kebebasan bersuara

Sejak kebelakangan ini saya rasa perlu untuk saya bersuara tentang isu semasa yang berlaku di negara kita Malaysia tercinta ini. Saya punya ramai kawan di fb sejak sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, universiti dan juga kawan2 sekampung. tidak kurang juga kawan2 berniaga tupperware. 

memandangkan ramai kawan, maka pendapat juga banyak. ye lah. lain orang lain pendapat. maka kadang2 rasa macam tak selesa dengan pendapat yang pelbagai. mahu meluahkan pendapat sendiri takut di salah tafsir.

jadi kawan2 di sini lah yang akan terkena tempiasnya.. hehe!

kita amik contoh beginilah

jika ada dua orang individu.

individu A dan individu B

sapa lagi perfect dari segi perbuatan, rupa paras dan segalanya. mungkin based on comparison it up to u to say which person is perfect. either A or B.

tapi bila dalam kontek bila A tiada cacat cela langsung. A semua betul.
rupa cantik
perangai baik
sampai tidak terlihat akan kekurangan. hanya kebaikan yang diagongkan. itu macam masih boleh dimaafkan lagi.
tapi dalam masa yang sama mengata pula B begitu begini begitu begini
B buat itu tak betul
B buat itu salah




Thursday, January 10, 2013

Bila baca dan terus suka dan terus rasa macam nak baca lagi

Sesungguhnya dunia pembacaan blog saya bermula sekitar tahun 2006 dan 2007 lagi. bagaimana boleh terjerumus? asalnya saya terbaca blog dengan nickname akimahen. ke dah pernah cerita? hehe tapi nak citer lagi. blog tu best. asalnya nak google somting lalu termasuk ke link blog nya. sy sebagai silent reader je masa tu. nak komen segan. namun akhirnya sebab tak tahan saya buat blog sendiri, blog ini lah yang korang sedang baca ni. lepas tu saya ada komen sekali dua di blog beliau sebelum beliau bertukar link ke blog lain. dan tidak lama selepas itu blog itu pun macam sudah tak wujud. tapi blog sy ni ada je. kadang2 rancak. kadang2 slow and steady saja. 

kemudian sekitar tahun 2008 saya dikenalkan oleh seorang rakan dengan blog lidah2. mahu ke sana just search lidah2 di google search. sehingga kini saya masih membaca blog beliau. banyaknya sebagai silent reader saya. komen2 sangat jaaaaaaaaaaaarang ataupun tak pernah komen langsung. huhu. tak ingt. 

terbaru. saya terbaca pula blog sembang kencang. google juga ye kalau mahu ke sana. alkisah bermula dari link i-city di facebook dan sekarang saya menjadi peminat tegar blog itu. 

perasan tak mereka semua lelaki dan saya suka baca blog mereka kerana mereka lain sikit berbanding bila kita baca blog wanita. mereka lebih straight forward. kadang2 bila baca apa yang mereka tulis terasa macam oooooooooo aku pun pernah melalui pengalaman, pernah merasai apa yang mereka lalui cumanya tak pandai nak expresskan kepada masyarakat. 

kalau korang still tertanya2 apa yang saya maksudkan boleh ke sana. hehehe!

Bila gembira kadang2 saya lupa

nak update blog. that why kebanyakkan post di blog ini macam negative je kan. ni bukan entri untuk defend diri sendiri. tapi just untuk pengetahuan umum. hehe!

untuk menjadikan entri ini bermakna. saya akan ceritakan satu pengalaman hidup yang saya kira cukup bermakna untuk dikongsi. 

alkisah kejadian mahu beli rumah. not mine but the other half. 

survey punya survey jumpalah terrace house below 100k. murah tak? murah kan. then called the owner. she/he desperately ask my husband to send 3 months of salary statement. tapi kami masih waras lagi. she said the only two house left and overall already taken. husband cakap kalau takde rezeki takde lah. and we decide to go back to my hometown to see the house first. 

LUCKILY, we don't give the salary statement to them. the house is somewhere in kelantan. don't want to mention which area. but the condition of the house is very poor.

1. kawasan dikatakan bebas banjir tapi sebenarnya kawasan sekitar dan kebanyakkan rumah dinaikki air. 
2. hampir separuh rumah masih belum siap. seolah2 macam projek terbengkalai. 
3. rumah yang da siap pun masih belum ada electricity ngan takde sorang pun yang dah duduk kawasan tu. sangat scary k. 
4. the owner bagi alasan ada keje bila we all cakap nak tengok kawasan rumah. that why lah kot dia taknak jumpa sebab kondisi rumah sangat teruk.
5. owner = pemaju = orang melayu. 

moral of the story

1. kalau nak beli rumah kena g tengok dulu rumah tu macam mana. wujud ke tak. 
2. kalau wujud kawasan perumahan tu kalau in construction tengok workers dia ramai tak. equipment dia macam guna ke tak. else kawasan perumahan itu diconsider sebagai perumahan terbengkalai dan jangan beli. 
3. ingat nak beli rumah bukan macam beli baju. syukur alhamdullillah kami selamat. 

Wednesday, January 9, 2013

Kalau orang makan sedap, tak semestinya kita makan pun sedap

Dah tua2 ni selera sangat tak mengizinkan. sikap memilih terhadap makanan menjadi2. lagi teruk compare ngan masa pregnant dulu. sekarang kalau rasa tak sedap tekak terus takleh telan. sedangkan dulu2 sayalah yang paling tak memilih kalau bab makan. asal ada je makan. 

pernah satu kali kami (saya ngan husband) ke kedai makan yang dikatakan famous di sg besi ni. tetapi langsung tak selera nak makan. terus pastu tak g dah. nasib husband pun punyai selera yang sama. 

then dua tiga hari lepas kami balik kg. asyik makan masakan ummi je. sedap. masakan mak adalah yang terbaik. comparelah ngn sapa2 pun masakan mak jugak yang menjadi pilihan hati. tapi sekarang dah kat KL. huhuhu. homesick betul. how i wish untuk belajar, bekerja dan menjalani kehidupan di hometown. 

nanti tak payahlah balik kg sebab dah memang duk kat kg. yerp KL ada segala2nya tapi semua itu ternyata jarang membuatkan saya gembira. kalau bukan sebab kerja dan belajar kat sini. mahu je stay kat kg lamaaaaa lagi, huhuhuhu!

Thursday, January 3, 2013

Azam tahun baru 2013

Okes. saya agak terlambat ketapi. Orang sume pun duk bercakap pasal azam tahun baru. sy baru terhegeh2...azam saya ni saya bahagikan kepada beberapa kategori. so senang lah sket  =)

Mahu jadi hamba Allah dan ummat nabi muhammad yang baik

Bertudung bukan semestinya sudah baik dari segala segi. banyak lagi perkara dari segi pemakaian yang perlu diperbetulkan. insha Allah I will work on it slowly.
Mahu bukak akaun tabung haji. and by end of this year hopefully duit cukup untuk daftar haji. insha Allah
Mahu menghidupkan malam2 saya dengan bacaan al-Quran dan al-mathurat. sekarang sangat lalai dengan hal duniawi saja.

Mahu jadi Mama yang baik untuk dhiya amani

Mahu ajar dhiya baca buku, Iqra'
CD nasyid untuk dhiya da beli. on da way
Sebelum ujung tahun nak beli CD baby khalifah untuk dhiya sekarang tak mahu beli lagi sebab taknak dhiya addicted ngan laptop or computer

Mahu jadi Isteri yang lebih baik untuk suami saya

Mahu kurangkan tahap kemalasan diri
Mahu cantek untuk suami =P
Tak mahu boros

Mahu jadi anak yang baik untuk parent saya

Walaupun jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai saya akan berusaha untuk balas jasa mereka

Mahu jadi kakak yang baik untuk adik2

Mahu jadi pelajar yang berjaya

Mahu RAJIN takmo malas2
Mahu follow schedule
Mahu buat sehabis baik

Mahu jadi kawan yang baik buat rakan2

Hopefully dapat maafkan apa yang terguris dan bukak buku baru. penat hidup dalam bayang2






Wednesday, January 2, 2013

The good thing of being a student again

No matter what you have to read everyday. 
No matter how lazy you are you also need to read. 
Even a very short paragraph or very long journal. 
Sometimes, people see you with a lot of printed journal. 
Very heavy file are step well on your table. 
It's seem like you study very hard.
If you have no mood to study. 
You also need to pretend that you are studying very hard. 
Yes, you don't like it. But benefit is yours. 
Pretend can sometime be true after always being pretend. 

Previously you chose to be a student. 
But to be successful in the study is a must. 


p/s; Betul tak ayat ni betul tak. cikgu english a.k.a teacher betul kan k kalau salah. many thanks