Wednesday, January 16, 2013

Alhamdulillah, saya naik pangkat

Ingat lagi dulu masa kat adventa. sejak adventa di teknologi park lagi duk bincang ngan yaya nak buat bisnes. dari bisnes jual one drop perfume ke bisnes jual jambu letak asam boh tepi2 jalan. masa tu siap calculate lagi. kalau laku dapat untung macam ni macam ni. kisah bersambung sampailah bila adventa di PJ. nak buat bisnes itu ini itu ini. 

then kak jib pun cerita lah yang kakak dia ahli tupperware. setiap bulan ada je katalog yang dia bawa. sebenarnya kami yang suh bawa. makanya setiap bulan lah saya membeli tupperware. walaupun rasa mahal beli juga. kalau set banyak bagi 2. kak jib lah jadi mangsa sebab dia senang dipengaruhi bab membeli beli ni. satu je lah keyword nak beli tupperware ni. beli bila offer. bila tak offer sabar dulu jangan beli lagi.

kemudian datang idea nak berniaga. tanya kak jib kakak dia boleh tolong guide tak. dia cakap tak dapat sebab kakak dia beli untuk diri sendiri je. dia tak buat bisnes. nak dijadikan cerita suatu hari terjumpa lah seller tupperware di fb yg setuju untuk bg guide. sekitar bulan 2, 2012 kalau tak silap. 

berbekalkan modal yang tak seberapa. maka bermula la perniagaan tupperware secara kecil-kecilan. letak gambar di fb. memang majoriti barang saya jual di fb. jarang jual kat orang di alam nyata sebab saya malu nak promote. kalau orang tanya baru saya cerita. 

daripada beli sedikit2 lama2 beli banyak sikit. lama2 banyak sikit. ahli a.k.a donwline pula seorang, bertambah jadi dua dan begitu lah seterusnya. yang saya rasa banyak pertambahan ahli hasil saya buat kutu rice dispenser. saya buat kutu sebab saya tahu, ramai yang sayang duit nak beli kalau harga sebiji rice dispenser rm288 sekaligus. kalau rm50 sebulan tak rasa sangat kan. alhamdulillah group kutu saya makin lama makin berkembang. satu je saya prinsip saya bawa, untuk buat orang percaya pada kita, kita dulu jangan aniayai orang. alhamdullillah setakat ini saya belum ada problem sepanjang berniaga online. 

berniaga ada pasang surutnya. bulan 7, 2012 saya sign letter of intent (betul ke ejaan ni, takde kekuatan nak google) tapi saya tak berjaya. kemudian bulan 10, 2012 sekali lagi saya sign letter of intent dan alhamdullillah saya berjaya. tapi pangkat saya ni bukannya besar sangat. just one step higher. 

dalam tupperware pertama sekali consultant, senior consultant then director. sekarang saya director. syarat nak jadi director. sign letter of intent. recruit 15 orang downline bawah kita dan kena buat belian rm14K dalam masa 2 bulan. ye tak mudah sebenarnya. tetapi dengan semangat dan segala pertolongan dari upline dan up upline saya berjaya menghabiskan challenge. 

kenapa saya suka berniaga tupperware?

lain orang lain pandangan dan pendapat. banyak sebab kenapa saya jual tupperware.

1. sebab semua sedia maklum yang tupperware adalah bekas yang sangat berkualiti untuk dijadikan kegunaan seharian di dapur atau di mana2 sahaja dalam rumah. 

2. seperti semua juga sedia maklum tuperware juga akan mahal harganya. kalau saya join ahli saya akan dapat less 25% dari harga katalog. di samping itu saya juga akan tak teragak2 untuk beli dan buat stok kat rumah. tak memiliki just beli tengok dan jual itu sudah kepuasan bagi saya. ada juga saya pakai tapi ikut keperluan. 

3. culture dalam tupperware ialah kalau kita achieve apa2 challenge kita akan dihadiakan dengan tupperware. suka sangat. ye lah sapa tak suka tupperware free kan. 

4. saya juga boleh memanfaatkan penggunaan fb. kalau dulu suka staker opsss! fb orang, sekarang motif utama berfb sudah divert sikit kepada berniaga. at least takdelah buang masa sangat. 

saya senaraikan 4 saja dulu. insha Allah kalau rajin saya tambah lagi.


ini adalah saya dan up upline masa recognition hari tu. suka sebab dapat hadiah yang saya belum ada lagi. btw, baju kuning tu lah yang saya beli dekat thepoplook tempoh hari. tangan dia pendek sebab tu saya pakai cardigan. 


ini adalah hadiah yang saya dapat hari tu. kebanyakkan hadiah saya belum guna sebab rasa sayang nak guna. ada sentimental value di situ. huhuhu!

kepada yang berminat mahu jadi ahli under saya boleh lah tel/wassup saya 019-9885546 atau boleh emel anis_nurdhiani@yahoo.com atau boleh juga search saya di fb anis nurdhiani atau boleh juga search page saya kedaimayasaya.blogspot.com. keahlian adalah rm70. 

Question & Answer

Q: Adakah tupperware adalah MLM?

A: Ye, tupperware adalah MLM, tapi bukan macam sesetengah MLM yang lain. konsepnya telus. upline tidak dapat apa komisyen daripada duit keahlian yang rm70 tu. upline hanya akan menikmati komisyen sekiranya dowline membuat pembelian dengan syarat upline juga ada belian sekurang2nya rm500. tupperware juga berjual beli barang yang nyata, boleh di pegang, disimpan dan dilihat bukan berjual beli barang atas angin saja. konsepnya mudah saya. dalam tupperware upline dan donwline kena bekerjasama kalau mahu berjaya. bukan downline saja bekerja dan upline goyang kaki. kalau upline kerja goyang kaki saja maka upline tak akan dapat apa2.

Q: rm70 untuk pendaftaran nanti akan dapat apa?

A: selepas selesai mendaftar, anda akan dapat satu goody bag dari tupperware. di dalamnya ada baucer yang ada potongan harga untuk ahli baru memulakan perniagaan atau untuk beli kegunaan sendiri. katalog. guideline untuk berbisnes dan bekas tupperware. jadi, berbaloikan rm70 tu. dan ingat upline tak dapat apa2 hasil duit pendaftaran itu. 

Q: kenapa tupperware mahal?

A: Kita sebagai end user sudah tangan yang keberapa. kos raw material perlu di ambil kira. kos pembuatan dikilang juga perlu diambil kira. bila da siap dipacking cantik2. shipping kos. dari gudang ke stokis2 memerlukan kos. dan dealer2 mahu mengambil stock perlu ke stokis. semuanya ada added value. kalau fikirkan dengan kualitinya, tupperware takdelah mahal mana...ceeeeeeewah =) dan yang penting tupperware adalah lifetime warranty. 

Q: betul ke tupperware ni lifetime warranty?

A: ye betul, tapi masih ada rules and regulations dia. bekas yang boleh ditukar adalah bekas yang berubah bentuk by nature. bukan sebab kena gigit serangga, bukan sebab kena api, bukan sebab kena gunting. by nature maksudnya kita simpan barang dalam bekas tu tetiba tengok kulitnya da menggelupas. yes yang tu boleh tukar. bila guna penutup tetiba tengok penutup menggeleding. tahu ke menggeleding tu apa. hehe ha yang tu boleh tukar. ada banyak lagi condition. insha Allah nanti saya akan explain in detail lagi pasal ni. 

kepada yang sudi baca terima kasih ye.

sekali lagi. kepada yang berminat nak jadi ahli atau nak beli 

boleh call/wassup 019-9885546
fb anis nurdhiani
fb page kedaimayasaya.blogspot.com

keahlian hanya rm70 sahaja! 



2 comments:

Kayu Manis said...

tahniah..sikit2 lama nanti berjaya jugakan..

pengunaan fb ni kalu betul salurannya..mmg membawa byk faedah..

kenapa sayang nak guna hadiah tu..kalau kak..tak sabar nak guna tu..

eira eixora said...

terima kasih kakak. sayang sebab kalau kita beli sendiri takde balut cantik2 macam tu. inshaa Allah suatu hari akan guna juga =)