Thursday, January 3, 2013

Azam tahun baru 2013

Okes. saya agak terlambat ketapi. Orang sume pun duk bercakap pasal azam tahun baru. sy baru terhegeh2...azam saya ni saya bahagikan kepada beberapa kategori. so senang lah sket  =)

Mahu jadi hamba Allah dan ummat nabi muhammad yang baik

Bertudung bukan semestinya sudah baik dari segala segi. banyak lagi perkara dari segi pemakaian yang perlu diperbetulkan. insha Allah I will work on it slowly.
Mahu bukak akaun tabung haji. and by end of this year hopefully duit cukup untuk daftar haji. insha Allah
Mahu menghidupkan malam2 saya dengan bacaan al-Quran dan al-mathurat. sekarang sangat lalai dengan hal duniawi saja.

Mahu jadi Mama yang baik untuk dhiya amani

Mahu ajar dhiya baca buku, Iqra'
CD nasyid untuk dhiya da beli. on da way
Sebelum ujung tahun nak beli CD baby khalifah untuk dhiya sekarang tak mahu beli lagi sebab taknak dhiya addicted ngan laptop or computer

Mahu jadi Isteri yang lebih baik untuk suami saya

Mahu kurangkan tahap kemalasan diri
Mahu cantek untuk suami =P
Tak mahu boros

Mahu jadi anak yang baik untuk parent saya

Walaupun jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai saya akan berusaha untuk balas jasa mereka

Mahu jadi kakak yang baik untuk adik2

Mahu jadi pelajar yang berjaya

Mahu RAJIN takmo malas2
Mahu follow schedule
Mahu buat sehabis baik

Mahu jadi kawan yang baik buat rakan2

Hopefully dapat maafkan apa yang terguris dan bukak buku baru. penat hidup dalam bayang2






2 comments:

Diana said...

Selamat tahun baru 2013..
Semoga semua yang diimpikan itu termakbul, Insya Allah...

eira eixora said...

terima kasih diana