Thursday, January 24, 2013

Resepi Spageti

Untuk makluman ini adala spageti pertama seumpamanya yang saya pernah buat.

Sebelum ini saya tak buat sebab:

1. malas nak g beli barang2..
2. katanya husband tak suka makan western. jadi mood nak buat tak berapa nak ada.

Tapi sumenya berubah bila beli bulu 1 resepi 1 hari. menu dia senang2 je. barang2 yang nak guna juga senang yang amat. tambah pula malam tadi husband keje. jadi berspageti lah kita. 


Untuk tidak mengecewakan anda yang kalau ada tetiba tergoogle resepi spageti lalu termasuk ke page ini. maka saya kongsi resepi kat sini. ini versi saya. dah diolah baaaaaaanyak dari resepi asal. tapi rasa macam oke je. 

Bahan2:

2,3 ulas bawang putih
3,4 ulas bawang merah. resepi asal bawang besar tp bawang besar habes pula
cendawan 4 ketul
4 sudu cili boh
secawan sos tomato, saya guna brand life
lada benggala di potong dadu
sedikit minyak masak
garam secukup rasa
saya letak gula sikit. kalau tak nak pun oke
air secukupnya
daging cincang
serbuk lada hitam sikit sahaja

Cara masak:

1. panaskan minyak
2. tumis bawang putih ngan bawang merah
3. masukkan cili boh
4. biar sampai masak cili boh itu
5. masukkan daging cincang,. goreng2 sikit...
6. masukkan sos tomato
7. masukkan air ngan cendawan
8. biarkan seketika. agak2 da nak masak masukkan lada benggala
9. masukkan garam dan gula
10. agak2 masak tutup air
11. letak kuah atas spageti yang dah direbus terlebih dahulu. 

Siapppppp, da boleh makan. yummy yummy =)


3 comments:

Aisy Nasiha said...

Dah lama saya tak masak spagetti... Anak dh tak suka makan.. Dulu selalu masak sebab dia suka.

eira eixora said...

sy terasa nak makan. tp husband tk suka. macam tak berbaloi pulak nk makan kat kedai. sbb tu try jgk masak =)

eira eixora said...

hahahaa,agak2 masak tutup air pulaks. tutup api lah. malas nak edit