Wednesday, February 6, 2013

Rawatan akar gigi (root canal)

kalau tak sakit gigi bukan anis lah tu. saya ni bermasalah gigi sejak kecikkkkkkkkkkkk lagi. awal lagi gigi dah tumbuh. gigi depan, gigi susu. tapi gigi tu tak kukuh then patah masa jatuh. dua2 batang pun patah. myparent decide untuk cabut sekali ngan tunggul2 gigi tersebut. and seriously it take times untuk tumbuh balik. tak silap darjah satu baru gigi depan naik. before tu saya adalah rongak. 

sejak darjah tiga bermula kisah bilamana nurse datang sekolah je saya kena scaling ngan tampal gigi berlubang. bukan sejekap malah berejam saya dalam treatment room. pada awalnya takut dah jadi biasa. sakit memang sakit. nak tak ndak kena buat jugak. tapi gigi saya tak elok2. tak tahu di mana silapnya. ada kawan saya dia tak pernah pun buat treatment gigi tapi gigi dia cantik je. siap tersusun rapi lagi. 

lepas abes sekolah, saya sendiri make an effort pergi jumpa dentist sekali setahun. saya prefer swasta masa tu sebab masa tak mengizinkan untuk saya ke klinik kerajaan memandangkan saya belajar jauh bukan belajar kat kelate. kalau buat appoinmnet nak dating ngan dentist kena balik kg. untuk senang masa balik g klinik swasta dia terus buat. biasanya puluh2 je untuk treatment satu atau 2 gigi. kalau cuci gigi seratus lebih. harga ni saya cakap ni pada masa tu lah. sekarang tak tahu. sebab da lama tak g klinik swasta. kenapa?

sebab saya da kawen ngan askar. dia ada klinik gigi sendiri. jadi pergi klinik gigi dia je. lagi pula free tak payah bayar apa2. yang perlu buat nganga je. lagi pula sekarang ni saya student. suka suki nak g uni bila2 jadi tak payah amik time slip ataupun MC. masa mula2 dulu tak tahu askar ada klinik gigi sendiri. dengan gigih ke HKL naik lrt. pastu naik teksi pula. nk drive tengah2 KL takut. husband pula takde kursus. last2 baru tahu dalam pagar ni aje kliniknya. maka makin rancak lah saya ke klinik gigi. bukan suka sangat tapi terpaksa. tapi masa HKL hari tu sempatlah jugak cabut 2 batang geraham bongsu yang naik senget and bagi effect pada bahagian lain jadi sakit. entrinya di sini. 

ingat lagi masa kat KMK, saya ke klinik gigi Kulim. masa matrik takpelah. nak g klinik gigi berhantar berambik. pakcik van tu baik. dan doc and nurse kat sana juga baik. kat sana kenangan takleh lupa sebab terpaksa cabut gigi geraham bawah. tak tahu gigi no berapa sebab tak pandai nak kira. masa tu gigi dah kritikal gler. rapuh sangat. masa tu doc pompuan yang cabut. tetiba gigi patah. ada lagi serpihan gigi kat dalam. dia da start nervous. then dia mintak pertolongan doc lelaki. yang mana sampai sudah doc lelaki tu yang cabut, kemain besar lagi lubangnya. sampai makan nasi pun boleh masuk kat situ. tapi lama2 lubang tu tertutup jua akhirnya.

nak dijadikan cerita kes yang terbaru ni. gigi geraham belah atas pula yang sakit. bukan belah geraham bawah yang dicabut. tapi yang sebelah lagi. kalaulah yang atas pula dicabut. jadi kiri kanan lah takde giginya. maka saya merayu kat doc jangan cabut gigi saya. buatlah macam mana sekali pun. dengan itu doc suggest lah rawatan akar ni. tapi banyakkkk gler appoinment. akar saya tak mati2...second treatment hidup lagi. and another problem is doc tak jumpa salah satu akar gigi. sebab katanya akar gigi saya bengkok. susah nak masukkan ubat and whatsoever. 

kat bawah ni adalah ringkasan rawatan akar gigi ni. saya amik kat blog doc ini. untuk mengetahui pasal root canal ngan lebih detail leh ke sana. 




sakit ke tak rawatan akar  ni? sakit memang sakit kata pun bermain ngan saraf. tapi biasanya doc akan bius untuk tak bagi rasa sakit. bagi saya lebih baik sakit kena bius daripada sakit disebabkan oleh treatment tu. sakit wooo... tapi bila treatment semua sudah siap tak sakit dah. masa tgh buat tu je sakitnya. 

UPDATE : JAB. BEDAH MULUT, HKL

Klinik gigi HKL tak buat untuk treatment biasa. dia hanya buat untuk yang melibatkan pembedahan sahaja.

Disebabkan kemalangan atau
Nak buang geraham bongsu

pendek kata apa2 yang melibatkan pembedahan je. kalau setakat nak cabut gigi biasa memang dia tak layan. biasanya nak g HKL kena ada surat rujukan dari klinik biasa dahulu.



13 comments:

Kayu Manis said...

baca pun kak rasa sakit gigi pulak..mmg sakitkan sakit gigi ni..

semoga cepat sembuh ye

eira eixora said...

insyaAllah kak

a said...

saya da seminggu lebih sakit ggi. pegi klink ggi nurse ckp ggi oke je. sru jumpa doc then tadi doc sahkan kena bt rwtan akar gigi.. mcm2 btl la pnykit ni. huhu

SukaSukiMizIda said...

sis..bt rawatan akar gigi nie mahal tak sis??

eira eixora said...

biasanya mahal juga. tp tk sure harga berapa.

sebab akak punye free sebab buat dekat government.

Unknown said...

Sakit tak? Sy skg tgah bgkak gusi. Jmpa doktor. Dya bgi ubt antibiotik n xray. Mggu strusnya kna jmpa doktor rawatan akar..

eira eixora said...

husna az-zahra. biasanya tak sakit sebab sebelum buat tu doc bius dulu. tp masa nak bius tu sakit sikit

naFiza said...

Brp lama ye u bt treatment nih? Coz I bru nk pegi appointment 10hb ni..

naFiza said...

Brp lama ye u bt treatment nih? I bru nk g appointmen 10hb ni..gg geraham bwh yg sakit nih

eira eixora said...

saya hari tu dalam 3 bulan. sebulan sekali appointment.

biasanya dia depend pada gigi. kalau akar cepat mati 2 kali dah oke rasanya. kalau lambat 3 4 kali juga.

tapi sakit masa mula2 tu je rasa. lepas dah kali ke2 tak rasa sangat sebab akar dah macam tak function sangat.

Unknown said...

Asalamualaikum nak tanya...
Gigi saya dah sakit seminggu lepas tu g kilinik doktor buat xray .Dah x ray doktor cakap kena buat tampal sementara kalau tak okey datag buat rawatan akar,doktor dah tampal tapi balik terus sakit sampai sekarang .doktor kata kalau 3 minggu tak baik dtg balik tapi ni baru 2 hari dah sakit yg teramat sakit..perlu ke saya pergi kilinik

Unknown said...

Asalamualaikum nak tanya...
Gigi saya dah sakit seminggu lepas tu g kilinik doktor buat xray .Dah x ray doktor cakap kena buat tampal sementara kalau tak okey datag buat rawatan akar,doktor dah tampal tapi balik terus sakit sampai sekarang .doktor kata kalau 3 minggu tak baik dtg balik tapi ni baru 2 hari dah sakit yg teramat sakit..perlu ke saya pergi kilinik

eira eixora said...

Waalaikummussalam.

Pergi lah nanti doktor cek. Kot dah bernanah kat dalam tu. Kalau bernanah dia sakit dan berdenyut.