Thursday, March 28, 2013

Ada dua jenis orang yang berjaya

Pencapaian dia biasa-biasa je sejak dari sekolah sehingga ke universiti sehingga ke dunia pekerjaan. Kerana dia gigih berusaha dan dia berjaya.

Ada pula yang memang sentiasa berjaya dalam pelajaran. Dalam kerjaya juga dia berjaya.

Jadi yang mana satu adalah anda?

Wednesday, March 27, 2013

Adakah ini benar?


dapat dari google, jika ini benar maka tak ramai yang berada di golongan yang pertama dan kedua. sebab we love and tend to talk about people more than we discuss about things and ideas. Betul tak kawan2? hehehe tu je nak cakap. 

p/s: currently i am addicted to whatever motivation from Prof. Muhaya. Bila baca apa yang dia tulis and relate ngan hidup kita, eh! betul lah. eh! betul lah. huhu! apa yang saya dapat bila tengok reset minda kat tv kita kena always positive dan dengan aura positive itu kita akan jadi kuat. apa yang ada di dalam melambangkan apa yang orang tengok kat luar. really adore her. (eh terpanjang plaks PS)

Tuesday, March 26, 2013

Sambungan....dhiya amani

Baiklah. memandangkan entri semalam tak membantu. sebenarnya nak kejar tarikh tu that's why lah letak je gambar banyak2...

Sempena 2 tahun, da baaaaaaaaaaaanyak sangat benda yang dhiya amani pandai buat. sangat berbeza dah dengan masa kecik dolu2...

antaranya:

cakap banyak

cakap baaaaaaanyak sangat. kalau naik kete boleh kata start naik je potpet2 sampai la sampai tempat yang nak g atau tidur kepenatan. faham tak apa dia cakap? sikit2 paham banyak yang tak paham....

tapi banyak juga words yang dia belajar. 

macam kalau orang bagi benda cakap terima kasih. 

kalau jumpa pintu ketuk dan bagi salam. walaupun pintu tandas. oke masih boleh dimaafkan, sebab konsep dia pintu bukan tempat apa disebalik pintu tu. 

keramahan yang ketara

dari cakap banyak jadilah seorang yang peramah. terutama dalam lift. jumpa baby dalam lift duk baby2 sampai sudah. jumpa toddler dalam lift, duk kakak2 sampai sudah. bila dah sampai babai2 pula. kadang risau takut kena kepit ngan lift. 

kat rumah pula memerlukan pendengar setia untuk dengar dia membebel. kalau tak dengar siap. huhuhu! untuk kurangkan bercakap kena bagi mainan. 

dulu ngan sepupu tak boleh geng, sekarang dah boleh naik buaian sama2..

makan baaaaaaanyak

bila lapar dah pandai mintak nasik. sayuran hijau adalah kegemaran. lauk berkuah macam sup dan kuah kari @ lemak (berasaskan santan) memang bertambah2.. 

biskut, roti atau keropok kena sentiasa ada sebab tengok dia makan macam tak mo berhenti. tadi makan keropok lekor sampai abes beberapa puntung. huhuhu! sudah besar anak mama ini. 

badan tetap maintain

walaupun makan banyak badan tetap mantain. bagi mama sikit metabolisma tu boleh? hehe... risau jugak tengok anak kurus. kesian. tp nak buat cam mana dah tak naik badannya. 

suka main puzzle

boleh berlama2 main puzzle tanpa boring. kalau takde depan mata mesti cari. jadi rumah adalah bersepah dengan puzzle dia.


yang ni dah pass. ingt nak beli yang a b c pula tapi belum beli lagi
p/s menggigit puzzle adalah biasa


yang ni pun dah abes satu buku dah. 
tahu susun je, sebut kasut je pandai. yang lain belum.












Monday, March 25, 2013

25.03.2013 Dhiya turn two

Hari ni birthday dhiya amani

happy birthday to u!~~~
happy birthday to u!`~~~

happy birthday dhiya amani 

happy bithday to youuuu....!

Mama & Papa sayang dhiya sangat2...be a good girl k.!!








Friday, March 22, 2013

Saya ada perangai pelik..

Seperti semua sedia maklum keputusan SPM diumumkan semalam. EH? semalam kan. or the day before. sebab sekarang ni banyak tenggelam dalam dunia sendiri. namun begitu, =P masih sempat lagi mengambil tahu perkembangan semasa walaupun kurang boleh ingat exact date and day. Hhhuhuhu! 

Jadi dipendekkan cerita, saya akan rasa macam nak nangis je bila tengok adik2 yang berjaya bergembira dengan result yang mereka dapat. macam boleh rasa betapa penat lelah mereka terbayar setelah berhempas pulas berusaha untuk mengejar kejayaan tersebut. macam nak menitis air mata kegembiraan rasa. buat yang berjaya TAHNIAH untuk anda. 

orak lah langkah sebaiknya agar apa yang dicapai hari ini menjadi lebih bermakna untuk hari esk. 

kepada yang kurang berjaya jangan sedih. SPM bukan penentu segalanya. rezeki Allah s.w.t bagi untuk setiap hambaNya. yang penting jangan pernah berhenti berusaha. cuba bayangkan kalau semua pun dapat straight A's maka tak meriahlah dunia kan. 

memandangkan cari gambar masa graduasi kat scipp dulu tak jumpa jadi layan je lah k gambar dolu2...hehe!


gambar ini baru balik kelas mengaji al-quran hari sabtu kalau tak silap. hahah comel2 je sume =)


ini pula tak ingat tingakatan berapa. macam tingkatan 3. sebab aidah ada lagi. masa form 4 
rasanya aidah dah g MRSM. Izzah pun ada lagi time ni


ini masa form 4 kot. saya kelas fatimah. ni lah ahli kelas saya =)


ini dalam kelas pula. baju ni kami buat together2 sampai hari ni masih elok lagi,
 pakai sekali 2 je. sebab warnanya meriah sangat 

Conference is just around the corner

Takutttttnyaaaaaaa

saya kena prepare banyak benda. Here is the list

1. one page of presentation slide - done

2. journal paper - halfway done

3. poster because mine is poster presentation - almost done

4. labwork - need to do as much as i can to make me confident to share my work. tulun2...

Thursday, March 21, 2013

Hobi terbaru saya baca journal =P

Hahaha! Ini semua poyo. Percaya tak korang? silalah percaya. 

Alkisahnya macam ni. kawan saya introducing dropbox. dropbox ini adalah dimana ia merupakan satu folder dalam laptop/komputer kita yang kita boleh simpan fail2 kita dan nanti kita boleh baca di smartphone kita. dengan syarat kita da buat semua yang saya akan listkan kat bawah ni. 

1. sign up dropbox kat link ini

2. nanti emel akan dihantar suh kita download dan install dropbox itu. maka kita kena lah donwload n install

3. bila da siap boleh lah masukkan fail2 kita dalam dropbox folder tu. 

4. lepas itu donload pula dropbox di smartphone anda. apa yg disave daripada laptop ke dalam dropbox itu boleh juga dibuka pada dropbox kat smartphone. 

begitulah alkisahnya, jadi saya sudah save journal2 saya dalam dropbox. kalau nak baca journal just buka kat phone dan baca. kat mana2 pun dah boleh baca journal sekarang. wah rajinnya. haha! sebabkan kalau tetiba kan nak bawak journal kat merata2 apa pula kata orang (mentaliti orang melayukan suka mengata benda yang out of normal) dan kita ini pula tipikal melayu senang nak sentap dengan keadaan seumpama itu. jadi untuk mengelakkan sebarang ketidak inginan daripada berlaku gunalah dropbox...hahah! ada kaitan ke? anggap saja lah ada. btw! jangan lupa sign up dan install

Plan to give dhiya adik

But don't know when the right time  . . . .

Tuesday, March 19, 2013

"Pantai Buatan" Pullman Lakeside

Best juga pantai ni.

Kedudukan: Sama traffic light ngan KPT (kementerian pengajian tinggi). KPT amik kiri. tasik buatan ni amik kanan.

Layan gambar je k =)




Ini pula kat taman wetland 







Monday, March 18, 2013

Puding roti karamel

Saje mahu kongsi resepi. nnti kalau nak buat lagi boleh refer kat sini. resepi ni saya amik kat sini. sebijik2..


Okay ini resepi nya.

Bahan2

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur (dipukul dan ditapis)
2 cawan air suam
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

Cara buat

1. Masak gula hangus. letak dalam loyang untuk mengukus. ketepikan
2. panaskan pengukus
3. carik2 roti kemudia blender bersama air suam, susu, telur dan esen vanila.
4. kemudian masukkan adunan ke dalam loyang gula hangus.
5. kukus sehingga masak
6. siap dan boleh makan =)

p/s: saya punya puding ni macam tak jadi sikit. tapi okaylah kot at least dapat jugak makan. biasanya kalau tak jadi terpaksa dibuang sebab sangat teruk =P

p/s/s: resepi ni macam manis sikit, untuk yang nk kurang manis leh kurangkan sikit susu pekat kot.

Sunday, March 17, 2013

Huggies Dry Pants “Change for Better Convenience”


This is sticky mode entry. Please scroll for new entry =)

Kata orang tak kenal maka tak cinta. Dhiya Amani sudah lama menghidap merah-merah a.k.a rashes di bahagian dot dot. Kebiasaannya saya akan letak bedak dan baru lah pakaikan dia diaper. Tetapi lama-lama merah makin banyak. Ada masa ianya hilang. Ada masa ada balik. Sampai suatu hari penuh merah2 kat bontot. Dhiya memang tak selesa. Tergaru2 je keje.

Hendak dikatakan cerita saya dapat sample percuma dari Huggies. Huggies Dry Pants. Mahu tak mahu pakaikan juga. Sebelum pakai of course lah kan kita akan belek2 dulu. Then jumpalah perkataan “CLINICALLY PROVEN” Helps Prevent Diaper Rash. Wow!! Apa lagi tanpa berlengah terus pakaikan dhiya.

Perkara pertama yang saya observe sudah tentu rashes kan. Sebab kulit dhiya amat sensitive. Selepas sekali pakai, rashes berkurangan. DAN selepas dua kali pakai terus hilang. Amazing bukan?

Tapi kenapa boleh hilang rashes tu? Pertama kali pakaikan dhiya saya tukar diaper macam biasa pakai. Lebih kurang lepas 3 jam pakai, sekali tengok tak basah pun. Even masa tu dhiya memang kencing banyak. Tapi surface nya tak basah macam yang I expect. Sebabnya bila tengok betul2 air kencing tu sume sudah berada di layer yang bawah bukan bahagian atas yang contact ngan kulit. Jadinya kekeringan masih dipelihara walaupun baby kencing banyak. Dan esoknya malam saya cuba tak tukar. Dari kul 6 petang pakaikan dhiya sehinggalah pagi esok. Masih okay lagi. Malah merah2 juga tidak ada menunjukkan tanda2 mahu muncul kembali sebabnya kulit kering dan yang penting tak bocor pun.

Yes, I think they successfully provide the items as per what they claim. Thanks Huggies. If you are one of the user yang masih takut2 mahu beli one whole pack of Huggies boleh request sample percuma untuk si manja anda.

Just klik sini


and request for FREE sample and they will send the sample to your doorstep.


Taraaaa ini gambar dhiya amani tengah menggayakan diaper Huggies Dry Pants ni. 

  

Bukan itu saja. Siap main2 lagi. Punyalah excited!



Bagi si manja yang sedang membesar dan juga semakin lasak, Huggies juga telah melakukan innovation untuk memudahkan kerja para ibu di luar sana.

“Koyak, Salin & Lepas”

Sekarang dengan Huggies Dry Pants kerja menyalin diaper adalah sesenang menyebutnya. Apa koyak, salin dan lepas ni?

Okaylah untuk lebih jelas boleh refer gambarajah ini:


From my personal opinion, selain memudahkan untuk menyalin diaper, rekaan Huggies Dry Pants ini juga boleh menghalang si manja dari membuka sendiri diaper mereka. Biasalah kanak2 membesar suka mahu cuba benda baru. Sebelum ini dhiya banyak kali juga buka sendiri diaper dia. Dan bila dah buka, susah mahu attach balik. Jadi kena tukar diaper baru walaupun baru lepas tukar. Huhu! Dengan Huggies Dry Pants sume itu tidak menjadi masalah lagi.

Ketahuilah Huggies sangat suka anjurkan content untuk si manja anda. Jadi jika tidak mahu ketinggalan sebarang contest dan promotion dari Huggies anda boleh Like Page Huggies di:


Akhir kata, Jom tukar untuk lebih senang dipakai!! =)






Friday, March 15, 2013

Makin hari kita makin dewasa

Mungkin sejak kecik sehingga lah kebelakangan ini cita-cita dan impian saya adalah lebih ke arah materialistik. ye lah, saya bukan lahir dalam keluarga yang kaya raya. keluarga saya sederhana saja. dan sudah tentu saya tidak mahu lagi anak2 dan cucu2 serta keturunan saya kelak dibelenggu kesusahan seperti mana yang saya rasa. 

Tetapi sejak kebelakangan ini saya banyak membaca mengenai tokoh2 dan orang2 yang berjaya. kebanyakan mereka adalah sangat low profile. ramai di kalangan mereka mempunyai hati yang luhur. mereka sangat sayangkan negara kita. mereka sangat cintakan bangsa kita dan mereka seboleh mungkin mahu menolong bangsa kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.  

banyak benda yang tidak elok dikaitkan dengan bangsa kita. bila cakap pemalas je mesti melayu. bila cakap tak kuat berusaha je mesti melayu. bila cakap kutu rayau je mesti melayu. dan mereka ini lah antara yang berdiri untuk membuatkan melayu terus naik dan dipandang dunia. kita patutnya bersyukur kerana ada melayu yang macam ni. melayu yang mahu tolong melayu. melayu yang masih meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit mereka untuk membantu bangsa sendiri. 

saya mula sedar yang wang ringgit bukanlah segalanya. kemewahan hanyalah bersifat sementara sahaja. begitu juga dengan pangkat. niat kena perbetulkan balik. kenapa kita buat ini. kenapa mahu pilih jalan hidup ini. jika niat kita adalah baik. insyaAllah Allah akan permudahkan jalan kita. 

yer. kebanyakkan orang2 yang berjaya adalah mereka yang mempunyai hati yang baik. saya juga mahu jadi salah seorang dari mereka. semoga dipermudahkan oleh Allah. InsyaAllah. 

p/s: kalau nak baca bibliografi syed mokhtar al-bukhary boleh klik sini. atau google saja namanya. 

sekian =)

Thursday, March 14, 2013

Tolonglah jangan salah guna internet terutamanya FB

Dewasa ini. ceeeeeeewah FB seolah2 menjadi media massa paling utama. apa sahaja berita, keadaan semasa mesti kita dapat tahu thru FB dulu. but, the situation is don't just simply use FB as you think only you yang excess FB tiap2 hari. every word yang u taip. everything yang you have share the story can be read by billion of people. not only in malaysia but it will spread over the world. 

so people please please please make your investigation first if you get any news from some one else before you share. even if you are the first person which post the news, get the fact right before you post it to the public. 

Tuesday, March 12, 2013

Wah romantiknya...copy from FB


I AM PREGNANT" she TOLD her MAN...

he SMILED and KISSED her LIPS and

said

"CORRECTION my LOVE, 

we ARE pregnant. 

FOR that CHILD in YOUR womb is HALF of ME and HALF of YOU; 

and I will NOT let YOU go THROUGH the PREGNANCY alone... 

I may NOT carry OUR child BUT i WILL carry YOU and OUR child IN my HEART and CARE. 

I WILL be THE best FATHER to OUR child... 

WE are PREGNANT!"

Now that's a REAL MAN............

♥ KNIGHT♥

Monday, March 11, 2013

Akhirnya, berjaya juga untuk bermula. Tahniah untuk diri sendiri


Where to start?

Huhuhu! Belum start tulis apa2 lagi. Walhal mahu submitnya within this two weeks. apa la nak jadi. tak suka ngan diri sendiri. bukan susah sangat sebenarnya. tapi driving force kurang. semangat kurang. maka apa pun tak jadi. 

tapi apa pun mesti kena siapkan juga. semangat sila datang. padahal berbondong2 journal di bawa balik. satu pun tak terusik. kelas research methodology pun dah amik. cara nak menulis dah belajar cuma tulis je. itu pun susah ka?


sumber gambar: google

Sunday, March 10, 2013

Saya bangga jadi anak Malaysia

Herm, saya ni kalau berpakaian mesti selekeh. tak tahu nak pakai macam mana dah tak nak bagi tak selekeh. Kadang2 kalau naik kemudahan awam macam bas atau komuter. penuh indon. huhuhuhu! dalam ramai2 indon tu sy sangat bangga kalau orang masih recognize saya ni orang Malaysia. tak tahu lah kalau2 orang masih rasa saya indon huhuhu!

saya tk kisah kalau nak kongsi kemudahan awam ngan diorang tapi please respect US. huhuhu! saya kemain beratur nak naik bas. alih2 berebut2 nak duk depan. waht the.. kalau tengok orang tengah beratur tu. tolong lah beratur. dan ingat saya bukan indon. saya orang malaysia. 

saya tak kisah kalau korang nka berbedak pakai 3 hari da habis. tak kisah korang nak pakai perfume berbotol2 but please respect tu je yang saya mahu. 

tapi ketahuilah kadang2 saya rasa diorang ni macam nak hide diorang punye identiti. tapi bila tengok gaya kita da boleh agak kan diorang asal mana. ops!. 

walhal mengalir juga darah indon dalam badan ni. tapi saya tetap bangga menjadi anak Malaysia. dan saya mahu dikenali sebagai rakyat Malaysia. 


sumber gambar: google

Pemanggang Vantage


Kepada yang berminat untuk memiliki pemanggang ni boleh contact saya k 

Pemanggang Vantage, Lebar 30cm


Untuk harga boleh contact seperti info di bawah k

019-9885546 - eira
eira.eixora@gmail.com

Friday, March 8, 2013

Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!


A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!
I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty products in Malaysia for a really
long time…
And today…
Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!
They are selling for Hello Kitty products and tickets for
Sanrio Hello Kitty Town Malaysia through online!
Currently they’re giving away Hello Kitty 2013 Calender, and you can
have your own copy from them today.
If you don’t believe me check it out for yourself here,
while it’s still available:
==> http://www.hellokittymalaysia.com
This special Hello Kitty 2013 Calender is valid for a limited time
only, which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and grab
your own copy now:
==> http://www.hellokittymalaysia.com
If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)

Grab Your Calender Now


Thursday, March 7, 2013

Jangan dengar apa orang kata

Orang boleh kata apa saja., pandangan orang macam2. sebab orang ramai. kita sorang je. kalau ikut apa orang kata, sampai bila kita tak jadi diri sendiri kita jadi orang lain. 

Hanya kita yang tahu kebolehan diri kita sendiri bukan orang. jadi kita lah yang menentukan kita nak jadi apa kita nak buat apa bukannya orang lain. 

Ingat lagi kenangan 9 tahun dulu. masa tu saya baru dapat offer letter dari matrikulasi. tetiba kawan saya cakap, eh better naik tingkatan 6. matrik susah. tapi masa tu saya sangat mahu belajar di matrik. alang2 da dapat saya masuk juga matrik. belajar macam biasa. dan alhamdulillah result saya not that bad. jadinya apa jadi kalau saya dengar apa yang dia kata. mungkin saya naik tingkatan 6. dua tahun then baru masuk u. tu pun tak tahu lah kan flow dia macam mana sebab saya tak pilih yang tu. tapi to be truth saya tak menyesal langsung pilih untuk masuk matrik. da percaya lah, masa matrik adalah moment yang sangat indah dalam kamus saya sebagai pelajar. yes, i miss kolej mara kulim so much!. 

bila saya buat keputusan untuk apply utp masa abes matrik pun ada juga cakap2 yang saya dengar. isk utp susah nak dapat. nak masuk pun susah belajar apa lagi. selagi kita tak cuba kita tak tahu kan. yes, saya apply utp with one of my friend. but end up i am alone sebab kawan saya tu tak terpilih dan saya tahu dia sangat mengharap. saya pun tak sangka saya terpilih dan saya dapat scholar. bersyukur sangat. daaaaaaaan result saya juga not that baaaad walaupun tak excellent. i am proud to be one of utipian. 

okes. setakat ini saja dulu. kalau ada idea saya kongsi apa yang patut lagi =)


Cita2 mestilah realistik

Kalau tanya apa yang saya akan sumbangkan ke sekolah sekiranya ada program back to school. ini yang pertama sekali mahu saya buat. 

saya tak nak bagi duit sebab duit akan abes. 
saya tak nak bagi buku sebab buku murid @ pelajar @ student boleh beli sendiri

jadi apa kita nak bagi.
kita bagi ilmu
In Sha Allah ilmu boleh buatkan masa depan berubah
bila ada ilmu In Sha Allah dia bukan sahaja dapat merubah masa depannya bahkan kehidupan keluarganya serta kehidupan orang kampung dan masyarakat setempat seterusnya besar2 lah. dengan secara tak langsung akan dapat benefitnya.

jadi apa yang saya mahu share. 

oke, minda masyarakat kita sebenarnya adalah terdedah kepada skop yang kecik. 

kalau tanya murid2 darjah satu nak jadi apa bila besar nanti?
jawapan kebanyakkannya

bomba
polis 
askar
doktor
cikgu

jawapan2 ini pasti ada. kalau darjah satu masih boleh di maafkan lagi sebab diorang masih baru,. dan badan2 beruniform ni yang diorang kerap jumpa dan lain dari yang lain so diorang akan recognize dan mula menunjukkan minat untuk menjadi seperti apa yang mereka lihat. 

tapi bila mereka sudah di tingkatan 4 @ tingkatan 5 sudah tentu cita2 itu sudah tidak valid lagi dan di sini lah kita mesti berdiri di dunia yang nyata. tidak boleh lagi berimpian macam dulu2 atau pun main tangkap muat saja. 

sebenarnya kita di peringkat awal iaitu di akhir zaman persekolah kita tidak didedahkan kepada dunia kerjaya. dan betapa banyaknya kos2 di universiti. masa abes form 5 lah sebenarnya kita mesti memilih untuk masa depan kita. saya rasa kita sebenarnya masa ditingkatan 5 atau pun ketika di matrikulasi sudah cukup dewasa untuk memilih apa yang kita minat. 

percayalah kerjaya yang berkaitan dengan minat adalah kerjaya yang paling kita rasa tak penat nak lakukan sebab kita ikhlas dan seronok. banding ngan kerjaya yang kita terpaksa buat dan akhirnya kita dapat dua penat. penat kerja dan penat merungut. 

sebagai contoh jika kita minat memasak, kita boleh pilih kos kulinari masa kat uni. 

kalau kita suka fesyen. amik kos yang berkaitan ngan fesyen. In Sha Allah dengan kesungguhan dan minat serta ketekunan anda boleh berjaya. lagipun banyak peluang untuk berniaga online sekarang. 

ada lagi. kalau anda minat gler nak jadi doktor. tapi universiti di Malaysia tak terima anda dan bagi kos2 yang tak berkaitan yang anda tak minat. yang anda tak suka nak belajar dan tak suka nak kerja dalam bidang tu. anda masih ada peluang untuk apply universiti oversea. sebab kenapa anda tak dapat tempat di Malaysia sebab di Malaysia ni tempatnya terhad bukannya sebab anda tak cerdik. tak pintar. disebabkan tempat terhad makanya peluang di berikan kepada yang lagi tinggi resultnya. itu saja. percayalah jika anda balik dari luar negara anda juga akan menjadi doktor sama juga seperti kawan2 yang belajar di Malaysia. yang penting minat. jangan sebab orang lain minat anda turutkan saja. 

ramai juga graduan malaysia yang suka bidang pertanian. so, anda boleh apply kos pertanian. percayalah bidang pertanian sangat luas. sekecil2 bela itik kepada buka ladang berhektar2.. selain menambahkan sumber pendapatan negara anda juga mungkin boleh cipta teknologi pertanian yang canggih sebab anda bukan tipikal petani. tetapi anda petani moden yang bijak. so, sapa kata anda tak boleh. tepuk dada tanya selera. 

pendek kata. itu lah serba sedikit yang saya mahu bagitau di sini. percayalah. sangat banyak kos2 di universiti yang anda boleh pilih dan terokai. 


Sunday, March 3, 2013

Huggies Dry Pants "Change for Better Convenience" Roadshow

 Sticky post entry. For new entry scroll below  =) 


Kepada mommies out there yang ada anak kecik boleh lah meluangkan masa anda bersama si manja tersayang di Huggies Dry Pants Roadshow

Hadiah menanti untuk anda yang menyertai acara Tukarkan lampin Huggies Dry Pants si manja
anda dalam masa kurang dari 30 saat. Menarik bukan?

Mahu join all those activities??

persembahan
promosi hebat
hadiah percuma
permainan
pertunjukan silat mata
pelbagai aktivi menarik

jemput lah singgah di booth Huggies 
dan jangan lupa dapatkan sample PERCUMA Huggies Dry Pants untuk si manja anda

Butiran mengenai Huggies Dry Pants Roadshow adalah seperti berikut:

Bertempat di: Ruang legar, Mydin USJ
Tarikh: 25 Februari 2013 (Isnin) - 3 Mac 2013 (Ahad)
Aktiviti istimewa: 
Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat 
Huggies dan persembahan akan diadakan setiap hari
pada masa berikut:
10.30 pagi
2.00 petang
8.00 malam

Yang PENTING datanglah beramai-ramai ke acara penutup 
yang akan berlangsung pada 
3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam - 9 malam

Opsss tunggu dulu...hehehe!

Ni ada lagi mengenai Huggies Dry Pants

Huggies Dry Pants adalah pilihan yang mudah untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif. Cubalah, pasti anda tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya. Hanya "koyak" "salin" dan "lepas!!". Juga peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah tidak kira semasa bayi bergerak dan yang penting sisten pengunci untuk menghalang kebocoran

Lagi pula, Huggies adalah jenama lampin pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!

Mengenai Huggies®

Huggies® merupakan satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia
membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampir seluar kepada ibu dan bayi 
untuk mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi anda sentiasa 
gembira =)



Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Huggies boleh ke

dan ke website Huggies  http://www.huggies.com.my





Jalan-jalan genting (updated)

Pagi tadi ajak papa dhiya g genting.....daaaaaaaaaan dia setuju. maka ke genting lah we all =)
Last time saya ke genting adalah masa akhir tahun darjah 5. da laaaaaama sangat. da ingat2 lupa suasana kat sana. 

yang paling ingat masa naik cable car then sampai2 sana we all je yang pakai baju sejuk tebal2...haha! tapi since dengan rombongan sekolah kan. oke je lah sebab semua pun pakai. pastu main satu mainan je. naik monorail. dulu tu tak tahu permainan tu monorail. sebab badannya macam semut jadi panggil semut je. 

Kami pilih naik atas sana naik cable car. sebab masa g dulu naik cable car. tak tahu condition jalan ke atas sana macam mana. Ini dhiya amani masa kat genting sky way. Abes sume benda dia nak bawak. Last2 bagi mama & papa juga sebab berat. 


Oh ya hari tu saya pernah buat survey2 pasal genting kat sini. 

Dan setelah pergi sendiri barulah tahu harga tiket dengan betul.

Untuk dewasa

indoor only rm34 per person
indoor & outdoor (all park) rm70 per person

outdoor je tak ingat pula nak tengok. jadi tahu lah kan we all hanya masuk indoor saja =P oke lah kot sebab ada budak kecik takleh main yang lasak2 sangat. indoor tu pun ada 2 3 game yang tak main. 

oh untuk budak ada ukuran dia. below berapa ntah tak payah bayar. then untuk certain ride ada juga yang kena bayar kalau nk naik. maksudnya pay per ride. jadi dhiya tak payah bayar. dan certain ride yang dia kena bayar kalau nak naik tu pun dia tak naik. jadi tak bayar pape lah untuk dia. 

dan yang lagi best we all dapat diskaun:

untuk dapat diskaun ada banyak cara. ni antara yang kami tahu

kad diskaun 1 malaysia, less 10%
kad kuasa polis atau IC tentera less 30%

btw, cable car one way rm6
return ticket rm12 untuk dewasa

untuk indoor boleh main sume ni

CHILDREN RIDES
Carousel
Ride De Paris - tak naik
Junior Bumper Car - tak naik

FAMILY RIDE
Reindeer Cruiser
Monorail
Venice Gondola - under maintanence
Rio Float
Mini Train - tak naik

THRILL RIDES
Euro Express - yang ni laju yg amat tk seswai
Adult Bumper Car - papa naik sorang2
4D Motion Master - tak naik
Flying Dragon - ni pun tak naik

jadi berapa je yang naik. huhuhu nasib baik amik yang indoor je.

Gambar bawah ini dhiya naik Carousel. Tapiiiiiii yang sebenarnya dia takut. kejap je ni naik pastu sebok nak turun. Nampak tak muka terpaksa tu.



ini pula naik monorail. monorail ni okelah sebab dia bawak pusing satu theme park tu. monorail ni lah yang saya panggil semut dulu. semua2 gambar yang dari kejauhan tu di ambil dari monorail ni lah. bila tengok game outdoor dia banyak kot yang menakutkan. huhu! tak tahu la ada kekuatan ke tak naik main.

dhiya kemain gembira lain naik monorail ni. takmo duduk & siap lambai2 lagi orang kat bawah.




bawah ni pula gambar masa dah nak balik. yang lain2 malas pula mahu masukkan. huhu! basically kebanyakkan ride adalah macam ketapi dan slow2. kalau amik gambar dari dalam nampak macam sume sama je. kalau amik dari luar barulah nampak rupa bentuk ride tu macam mana. tapi malas pula mahu amik gambar bila orang lain naik =)

dhiya amani excited tengok bagunan warna warni.


susah betul mahu ajak bergambar.


gambar ni pun amik masa atas monorail. seriauuu tengok. huhuhu. tapi ni tak gerak lagi.


tengok masih pandang sana lagi. kagum kot ngan bagunan warna warni itu.


hah! baru leh tangkap gambar dia.


ini masa dah nak balik. masa naik ke genting tak amik sebab mama takut yang amat. nak pegang phone pun menggigil. bila turun rasa okay sikit walaupun takut juga. macam tergantung je. cerun pula kat bawah. tinggi memang tinggi. huhuhu!. .sapa la cipta cable car ni. rasanya setiap 6hb cable car ni tak beroperasi. under maintenance. 


the only gambar kami bertiga. yang lain tak amik gambar bertiga sebab malas nak suh orang tolong amikkan.


sejurus selepas amik gmbar bertiga terus dhiya amani tidur. bangun2 kat umah dah. penat betul dia.



jalan cerita akan diupdate kemudian =) hehe!! (sudah update)

insyaAllah nanti jalan2 tempat lain pula ...

Saturday, March 2, 2013

One year older

Yang sebenarnya tak rancang pun nak sambut birthday ke apa. Tapi since my brother come from terengganu jadi we all decide untuk gather makan2. 

huhuhu! rasa macam sume cepat je besar. beza antara kitorang hanya 2 tahun. dan ada 4 beradik. jadi gap saya ngan adik bongsu hanya 6 tahun. tak beza sangat lah kan?

gambar bawah ni adalah saya ngan adik bongsu. sekarang stay kat KL juga. duk ngan adik yang ke3. 


as always. me and husband. dhiya tengah kusyuk makan keropok. jadi tak mo layan orang duk bergambar.


gambar bawah ni pula belah kiri adik yang ke3. belah kanan adik yang kedua. adik perempuan saya ni nurse kat spital ampang. hari tu pernah story mory pasal dia. 2 3 tahun lepas kot. now, she already has one son but her husband is at sabah. belum dapat tukar lagi. that why suh adik bongsu teman dia. at least ada juga kawan. 

adik yang second pula sekarang tgh prektikel kat terengganu. insyaAllah by end of this year he will graduate. tak sabar nak g jalan2 kat johor ujung tahun ini. peace...!!!!

yang pasti muka kitorang sume lain2..jadi macam 1 malaysia pula. haha!



okaylah. semoga dengan pertambahan usia ini menjadikan saya lebih matang dalam menghadapi semua perkara. 

last but not least, HAPPY BIRTHDAY to me~~ hehehe!